Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata before

Peribahasa

333

Look before you leap

Fikir masak-masak sebelum bertindak atau melakukan sesuatu pekerjaan supaya tidak menyesal kemudian, terutamanya yang mengundang risiko. (Peribahasa ini adalah untuk mengingatkan seseorang supaya jangan terburu-buru).

Telah dijual maka dibeli

I know that you like the girl, but look before you leap. You have to think carefully about the possible risks and consequences before you decide to marry another one.

Aku tahu yang kau menyukai gadis itu, tetapi telah dijual maka dibeli . Kamu perlulah berfikir baik-baik tentang risiko dan kesan yang bakal menanti sebelum kamu hendak berkahwin satu lagi.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(51)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah terdapat istilah dalam Bahasa Melayu untuk melambangkan penggunaan tahun BCE (Before Common Era) dan CE (Common Era)? Atau penutur boleh serap secara terus penggunaan BCE dan CE dalam penulisan Bahasa Melayu?Cadangan padanan bagi istilah Before Common Era (B.C.E.) dalam bahasa Melayu ialah Sebelum Masihi (S.M.) dan Common Era (C.E.) ialah Masihi (M.). Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah04.07.2024
Assalamu'alaikum dan selamat sejahtera. Adakah terjemahan untuk "What is the maximum loss you are willing to tolerate before selling your investment?" ialah "Berapakah jumlah kerugian maksimum yang anda sanggup bertoleransi sebelum menjual pelaburan anda?" Terima kasih.Cadangan terjemahan bagi "what is the maximum loss you are willing to tolerate before selling your investment?" ialah berapakah jumlah kerugian maksimum yang sanggup anda terima sebelum menjual pelaburan?Penyemakan dan penterjemahan03.10.2021
Mohon semakkan terjemahan di bawah. "My, I get to live in an apartment building before I die." Terjemahan: "Wah, saya dapat tinggal di dalam / dalam apartmen sebelum meninggal." Adakah penggunaan "di dalam" betul dalam konteks ini kerana frasa "di dalam" digunakan di hadapan kata yang menunjukkan ada ruang. Atau adakah dalam apartmen sudah memadai? Bagaimana pula dengan terjemahan "underwater world"? Adakah "dunia dalam air" atau "dunia di dalam air" yang lebih tepat? Kebanyakan Istilah MABBIM yang direkodkan membuang perkataan "di", contohnya seperti underwater environment menjadi "alam sekitar bawah air". Mohon penjelasan. Terima kasih.

Terjemahan bahasa Melayu untuk ayat My, I get to live in an apartment building before I die ialah "Akhirnya, saya dapat tinggal di dalam  apartmen sebelum meninggal".

Untuk pengetahuan puan, "di dalam" digunakan untuk menunjukkan tempat yang boleh dilihat secara fizikal ruang dalamnya, manakala "dalam" pula menunjukkan kedudukan sesuatu yang bersifat abstrak.

Untuk soalan seterusnya, padanan bahasa Melayu untuk "underwater world" ialah dunia bawah air.

 

Tatabahasa10.02.2022
Hi, I need some advise before I need to submit to DBKL license application~ Thank you!!Untuk semakan dan pengesahan iklan, kemukakan permohonan tuan melalui portal "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP".Lain-lain16.11.2015
Salam Sejahtera Apakah pengertian terbaik bagi perkataan berikut dalam bahasa Melayu : 1- Secured Area, authorized personnel only 2- Clean Your Hands before entering and leaving ICU Kenyataan diatas akan digunakan sebagai papan tanda, du unit rawatan rapi hospital (ICU), terima kasihTerjemahan yang sesuai bagi

1. Secured area authorized personel only ialah Kawasan Larangan, hanya pihak bertanggungjawab dibenarkan masuk.
2.  Clean your hands before entering and leaving ICU ialah Cuci tangan anda sebelum masuk dan keluar dari Unit Rawatan Rapi (ICU)
Penyemakan dan penterjemahan19.06.2019
Assalamualaikum. Apakah terjemahan bagi perkataan footage? Contoh ayat: Before you begin shooting footage, it is best to plan your movie with a storyboard. Adakah perkataan futej boleh digunakan? Terjemahan yang sesuai bagi perkataan footage ialah  filem  atau bahagian filemIstilah24.08.2020
Mohon terjemahkan istilah berikut: 1. Condenser Discharge Ignition (CDI) 2. Ignition timing 3. Before Top Dead Center 4. Ignition Coil Primary Winding 5. Starting battery 6. Deep cycle battery 7. Cell connector 8. Terminal post 9. Vent cap 10. Throttle body 11. Throttle position sensor 12. Idle air control 13. Manifold absolute pressure 14. Manifold air temperature 15. Vapor Separator 16. Fuel distributor 17. Fuel cooler 18. Pressure regulator 19. Engine coolant temperature sensor 20. Oil pressure switch 21. Crankshaft position sensor 22. Camshaft position sensor 23. Idle speed controlBagi mendapatkan padanan yang sesuai untuk perkataan-perkataan ini, sila nyatakan konteks penggunaannya.Istilah07.01.2020
Tuan/Puan, Apa padanan "sanctioning" dan "reconsideration" dalam Bahasa Melayu dalam konteks ayat di bawah: "(4) The Board may before sanctioning the estimates under subsection (3) refer any item back to the Vice-Chancellor for his reconsideration". Sekian, terima kasih.Berikut merupakan padanan perkataan dalam bahasa Melayu bagi konteks yang diberikan:



sanctioning: membenarkan, bersetuju, mengizinkan, meluluskan

reconsideration: pertimbangan semula



Padanan perkataan bergantung pada kesesuaian serta konsep penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.
Makna07.10.2021
Dear En Sulaiman, Attached here with the visual of bunting design for approval on the message written in the bunting before we send to DBKL for licensing purposed. Thank you CM OngPenggunaan bahasa dalam iklan tersebut betul. Untuk pengesahan iklan, klik "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" dan bukannya KHidmat Nasihat Bahasa.Lain-lain12.07.2012
Apakah perkataan terjemahan yang sesuai untuk Ground Zero, contohnya: The place where the World Trade Center stood in New York City before it was destroyed in an attack on 11 September, 2001: They printed a photograph of firefighters at Ground Zero. Ground zero has become a tourist landmark.Padanan bahasa Melayu bagi istilah ground zero ialah sifar bumi. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu.Istilah12.07.2023
123

Kembali ke atas