| Di mana antara ayat berikut betul strukturnya: 1. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya pokok bunga hidup subur. 2. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur. Pertanyaan kedua: Beg-beg plastik sampah @ beg plastik-beg plastik sampah? Terima kasih. | Ayat yang betul adalah seperti yang berikut: 1. Mei Ling menyiram pokok bunga supaya hidup subur. 2. Beg-beg plastik sampah. | Tatabahasa | 27.04.2014 |
| Salam sejahtera, 1.Puan Noridah menghidangkan makanan kepada /untuk ahli keluarganya.(kepada atau untuk) 2.Puan Noridah menatang makanan kepada/ untuk ahli keluarganya. 3. Sofia mengikat beg plastik sampah/ plastik sampah. (beg plastik sampah/ plastik sampah) Terima kasih. | Ayat yang betul ialah (1). "Puan Noridah menghidangkan makanan untuk ahli keluarganya”, (2). "Puan Noridah menatang makanan untuk ahli keluarganya" dan (3). "Sofia mengikat “beg plastik sampah.” | Tatabahasa | 14.06.2022 |
| Salam sejahtera ! a) beg plastik sampah b) plastik sampah Yang manakah betul merujuk kepada plastik nipis yang biasa digunakan untuk membuang sampah. terima kasih. | Salam sejahtera, Tuan, sekiranya merujuk kepada "plastik nipis yang biasa digunakan untuk membuang sampah" , istilah yang tepat ialah "beg plastik sampah". Perkataan "plastik" bermaksud "bahan sintetik ynag pelbagai warna untuk membuat pelbagai alatan". | Istilah | 03.03.2015 |
| Apakah penjodoh bilangan bagi beg plastik sampah. bagi tujuan penjualan produk. | Tidak semua benda menerima penjodoh bilangan. Oleh itu, tiada penjodoh bilangan yang khusus bagi beg plastik. | Tatabahasa | 12.11.2013 |
| Ahmad mengangkat beg plastik yang berisikan / berisi sampah ? | Ayat yang betul ialah Ahmad mengangkat beg plastik yang berisi sampah. 'Berisi' bermaksud mempunyai isi. | Tatabahasa | 11.03.2010 |
| Selamat sejahtera, Saya ingin tahu. Perlukah kita menambah imbuhan apitan bagi perkataan yang pertama jika terdapat dua kata terbitan digunakan dalam satu ayat? Contohnya: Mereka mengumpulkan dan memasukkan sampah sarap ke dalam beg plastik. Atau sebenarnya patut ditulis, 'Mereka mengumpul dan memasukkan sampah sarap ke dalam beg plastik'?Terima kasih. | Ayat "Mereka mengumpul dan memasukkan sampah sarap ke dalam beg plastik." sudah gramatis tanpa meletakkan imbuhan -kan bagi perkataan mengumpul. | Tatabahasa | 12.03.2013 |
| Salam sejahtera. Yang manakah betul? 1.Siti meletakkan pinggan ke dalam besen. 2.Siti meletakkan pinggan di dalam besen 3.Siti menyimpan pisau ke dalam laci. 4.Siti menyimpan pisau di dalam laci. 5.Siti memasukkan buah epal ke dalam beg plastik. 6.Siti memasukkan buah epal di dalam beg plastik. 7.Siti membuang sampah ke dalam tong sampah. 8.Siti membuang sampah di dalam tong sampah. 9.Siti menyapu sampah di dalam kelas. 10.Siti menyapu sampah di kelas. 11.Siti makan di dalam kantin. 12.Siti makan di kantin. | Berikut disenaraikan ayat yang lebih tepat tatabahasanya: Siti meletakkan pinggan ke dalam besen. Siti menyimpan pisau ke dalam laci. Siti memasukkan buah epal ke dalam beg plastik. Siti membuang sampah ke dalam tong sampah. Siti menyapu sampah di kelas. Siti makan di kantin. | Tatabahasa | 06.09.2023 |