Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.gi.tu] | بݢيتو

Definisi : 1. bagai itu, macam itu, seperti itu: dahulu pun ~ juga; 2. amat sangat, terlalu: mereka hidup ~ mewah; ~ benar amat sangat, terlampau sangat: ~ benar lokek orang itu; ~ juga demikian juga: anak itu rajin, ~ juga adiknya; ~pun a) meskipun begitu; b) begitu juga; sebegitu 1. seperti itu, sebagai itu, begitu: sengaja atau tidak pameran dibuat ~, kita tidak dapat menafikan hakikat wujudnya perkara itu; 2. sangat, terlalu; ~ banyak sangat (terlalu) banyak;membegitukan membuat (memperlakukan) spt itu: saya tidak suka dibegitukan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.gi.tu] | بݢيتو

Definisi : 1 spt itu; bagai itu; demikian itu; serupa itu. 2 sangat; terlalu: Mereka hidup dgn ~ aman dan damai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata begitu

Puisi
 

Kalau begitu rupanya padi,
     Namun mengindang layu-layu;
Kalau begitu rusuhnya hati,
     Mahu menumpang biduk lalu.


Lihat selanjutnya...(62)
Peribahasa

Tingkalak menghadap mudik,
     lukah menghadap hilir.

Bermaksud :

Memang sudah begitu adatnya sejak dulu. tingkalak = bubu.

 

Lihat selanjutnya...(13)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat petang. Setelah membaca beberapa jawapan pihak tuan berkenaan .....begitu cantik/indah(adjektif) sekali, jawapan pada tahun 2010 dan 2009/8 ada perbezaan. Pada tahun 2010, begitu cantik sekali tidak diterima tetapi pada tahun 2009/8 diterima. Yang mana satukah betul? a) begitu cantik sekali, atau b) begitu cantik, atau c) cantik sekali. Terima kasih.Frasa "begitu cantik" dan "begitu cantik sekali" adalah betul. Yang tidak dibenarkan ialah "teramat cantik sekali", sebaliknya yang betul ialah "teramat cantik" atau "cantik sekali". Kami mohon maaf atas kekeliruan yang timbul.Tatabahasa31.05.2011
Adakah 'begitu' tergolong dalam kata adjektif? Adakah frasa berikut betul? .... begitu cantik sekali.

Merujuk kepada ayat tersebut, 'begitu' tergolong dalam kata peguat golongan kata tugas. Frasa tersebut betul.

Tatabahasa16.09.2008
Tuan, adakah ayat di bawah mempunyai kesalahan: 1. Bangunan itu kelihatan begitu jelas sekali dari atas Bukit Antarabangsa. adakah frasa begitu jelas sekali salah? kerana terdapat pernyataan menyatakan bahawa kalau terdapat perkataan begitu maka perkataan sekali tidak boleh digunakan di belakang sesuatu ayat? Sila beri jawapan secepat mungkin . Terima Kasih.Frasa "begitu jelas sekali" betul, dua unsur penguat boleh juga hadir berderetan sebelum kata adjektif, contohnya: sungguh amat indah dan terlalu amat pedih.Tatabahasa23.10.2012
Pasangan "Sebagaimana...begitu juga" tergolong dalam kata apa dalam BM? Contoh ayat: Sebagaimana dengan ibunya yang mengabaikan keluarga, begitu juga dengan anaknya yang kurang ajar. Soalannya: Adakah "dengan" diperlukan selepas "sebagaimana"" Atau memadai setakat mengatakan "Sebagaimana ibunya yang mengabaikan keluarga, begitu juga dengan anaknya yang kurang ajar"? Terima Kasih.Sebagaimana bermaksud sama halnya dengan, oleh itu tidak perlu lagi diikuti kata dengan.Tatabahasa08.09.2011
Soalan, 1.Apakah yang membezakan penggunaan 'pun' (dirapatkan dan dijarakkan) dalam bentuk tulisan? Contoh: begitupun,kalaupun,sungguhpun belum pun, mereka pun, telah punPerkataan "pun" yang bermaksud hendaklah dijarakkan seperti dia pun (dia juga) dan begitu pun (begitu juga). Pun yang berfungsi sebagai kata penegas hendaklah dirapatkan seperti walaupun dan sungguhpun.Tatabahasa31.07.2012
Sila pilih ayat yang betul, ayat 1 atau ayat 2 1.Ali begitu tertarik hati dengan keayuan gadis itu. 2.Ali begitu tertarik hati akan keayuan gadis itu.Ayat yang paling tepat ialah Ali begitu tertarik hati dengan keayuan gadis itu. Tatabahasa23.05.2011
Namum begitu, ada sesuatu yang tidak kena apabila rakyat tidak "mengambil" berat untuk mempelajari bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara. adakah mengambil dalam ayat di atas merupakan Kata kerja tak transitif berpelengkap?Frasa mengambil berat ialah kata majmuk. Perkataan mengambil di sini tidak berfungsi sebagai kata kerja transitif aktif seperti mengambil surat dan mengambil wang.Tatabahasa24.03.2012
SAYA BEGITU BERMINAT DI DALAM BIDANG PENULISAN, BAGAIMANAKAH CARA UNTUK BERKECIMPUNG DI DALAM BIDANG INI? APAKAH KARYA YANG SESUAI UNTUK PENULIS BARU? SAYA PERLUKAN PANDUAN UNTUK MENULIS MANUSKRIP, DAPATKAH ANDA BANTU? TERIMA KASIH.

Salam. Tahniah dan selamat datang ke dunia penulisan untuk menjadi penulis yang berjaya. Antara syarat utama untuk menjadi seorang penulis ialah minat (jujur dan ikhlas), rajin membaca (buku, majalah, akhbar dan lain-lain) dan meneliti karya penulis lain yang berjaya, rajin berkarya (dan menghantar kepada penerbit), mengikuti kursus penulisan, menghadiri program/majlis sastera serta bergaul/berinteraksi dengan kaum penulis.

Dalam hal ini, sdr digalakkan menjadi ahli persatuan penulis di daerah atau negeri tempat tinggal sdr. Kebiasaanya, persatuan penulis ada menganjurkan kursus-kursus penulisan dalam pelbagai genre iaitu puisi, cerpen, novel, drama, rencana dan esei/kritikan. Sdr. boleh pilih berdasarkan kepada minat dan kecenderungan sdr.  Melalui persatuan juga pasti sdr. memperoleh motivasi untuk menjadi seorang penulis yang berjaya.

Akhirnya, jadikanlah kerjaya dalam bidang penulisan sebagai satu ibadah kepada Allah. Selamat berjaya menjadi penulis yang berwibawa! Wassalam.

Lain-lain23.07.2009
kemusykilan tentang ayat di bawah ini: Namun begitu, setelah dipujuk akhirnya, dia ------- soalannya: tanda koma lepas perkataan "akhirnya", boleh diterima atau tidak. atau diletak pada lepas perkataan "dipujuk". jadi begini: Namun begitu, setelah dipujuk, akhirnya dia ..........Penggunaan tanda baca yang betul ialah - "Namun begitu, setelah dipujuk akhirnya dia ..."Tatabahasa23.09.2009
1. Sudah begitu lama perkara itu tersimpan dalam hatinya! kata hatinya. kata = huruf, K (besar atau kecil) lhuruf kecilTatabahasa29.08.2007
12345678910...

Kembali ke atas