| 1) sedentary behaviour = tingkah-laku tidak ktif 2) cancer survivor =pemandiri kanser/ pesakit kanser yang terselamat 3) survivorship = tempoh pemandiri kanser 4) health related quality of life (HRQoL)= kualiti hidup berkaitan kesihatan 5) moderate to vigorous physical activity (MVPA)= aktivit fizikal sederhana hingga kuat Terima kasih di atas maklum balas yang diberikan. | Salam Sejahtera. Mohon tuan/puan memberikan penggunaan perkataan bahasa Inggeris dalam contoh ayat supaya kami boleh mencadangkan padanan bahasa Melayu yang sesuai. Sekian. Terima kasih. | Istilah | 12.07.2018 |
| Saya sedang membuat kajian mengenai information seeking behaviour di kalangan pelajar tahun akhir yang menuntut di IPTA. Responden kajian ini adalah pelajar tahun akhir yang sedang melakukan penyelidikan bagi projek tahun akhir. Diharap pihak tuan dapat membantu saya dalam dua persoalan: 1. Pensyarah saya yang berpengalaman dalam bidang information seeking behaviour menyatakan istilah "tingkah laku pencarian maklumat" adalah lebih sesuai digunakan berbanding "tingkah laku mendapatkan maklumat" bagi menterjemahkan istilah information seeking behaviour. Bolehkah saya menggunakan istilah "tingkah laku pencarian maklumat" bagi menterjemahkan istilah information seeking behaviour dalam kajian saya? 2. Apakah tajuk (a atau b) yang sesuai digunakan bagi kajian yang saya lakukan? Saya tidak pasti sama ada kata penghubung “yang” atau “dalam” yang sesuai digunakan. a. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar yang melaksanakan penyelidikan. b. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. Jika kedua-dua tajuk kurang sesuai, diharap pihak tuan dapat memberikan tajuk yang sesuai dari segi bahasa melayu. Terima kasih di atas kerjasama pihak tuan. | 1. Istilah tingkah laku pencarian maklumat" sesuai sebagai padanan istilah information seeking behaviour. 2. Tingkah laku pencarian maklumat di kalangan pelajar dalam melaksanakan penyelidikan. - Frasa ini yang lebih sesuai | Tatabahasa | 16.10.2008 |
| Assalamualaikum These results suggest that increase time spent in sedentary behaviour was associated with poorer level of high moecular weight adiponectin while sedentary behaviour was associated with poorer health-related quaity of life among breast cancer survivors. Hasil kajian ini mencadangkan bahawa peningkatan masa yang diluangkan untuk aktiviti fizikal berintensiti sederhana hingga tinggi mempunyai hubung kait dengan peningkatan tahap serum adiponektin bermolekul tinggi (BMT) manakala tingkah laku tidak aktif mempunyai hubung kait dengan tahap kualiti hidup berkaitan kesihatan yang buruk. Terima kasih. | Terjemahan bagi kenyataan bahasa Inggeris yang ditanya ialah: Hasil kajian ini mencadangkan bahawa peningkatan masa untuk tingkah laku sedentari berhubung kait dengan tahap adiponektin bermolekul tinggi yang rendah manakala tingkah laku sedentari berhubung kait dengan hidup yang kurang berkualiti dalam kalangan pemandiri kanser payudara. | Makna | 15.07.2018 |
| Selamat sejahtera. Saya ingin bertanya terjemahan dan istilah bahasa melayu yang tepat untuk "sedentary behaviour" seperti dalam ayat berikut; "Sedentary behaviour is time when children are doing very little physical movement. This includes sitting for long periods of time in a car, watching television or playing on tablets, computers, or phones. Help children sit less and stand up for better health". Istilah berikut sering digunakan dalam bidang sukan, perubatan dan pendidikan. Terima kasih atas perhatian DBP. | Padanan bahasa Melayu untuk perkataan "sedentary lifestyle" ialah tingkah laku sedentari. | Makna | 28.10.2021 |
| Selamat petang, tuan/puan. Saya mempunyai istilah "organizational citizenship behavior" dan diterjemah kepada "kelakuan kewargaan organisasi". Adakah perterjemahan ini tepat? Istilah BM ini pernah digunakan oleh penyelidik Malaysia yang lepas. | Untuk makluman, tidak terdapat istilah khusus untuk "organizational citizenship behaviour" dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, terdapat istilah "organizational behaviour" yang padanan bahasa Melayunya ialah gelagat organisasi. Oleh itu, istilah bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "organizational citizenship behaviour" ialah gelagat kewarganegaraan organisasi. Walau bagaimanapun, terjemahan ini hendaklah disesuaikan dengan konteks dan penggunaannya. | Istilah | 30.08.2013 |
| Assalamualaikum wr wt Saya ingin bertanya mengenai satu variable dalam kajian saya iaitu "Family supportive supervisor behaviour? Adakah ia merupakan “penyelia sokongan terhadap keluarga” atau “sokongan penyelia terhadap keluarga”. Family-supportive supervisor behavior = atau ia sepatutnya diterjemah sebagai “tingkah laku penyelia yang menyokong keluarga:? Supervisor saya meminta saya mendapatkan khidmat nasihat DBP. Terima kasih | Kami mencadangkan “tingkah laku penyelia sokongan keluarga” sebagai pemboleh ubah (variable) bagi padanan “family supportive supervisor behaviour”. | Penyemakan dan penterjemahan | 17.06.2020 |
| Saya ingin bertanya ayat 1.Organizational Citizenship behaviour jika di terjemahkan dalam Melayu bagaimana ya. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Organizational Citizenship Behavior ialah Sikap Warga Organisasi. | Penyemakan dan penterjemahan | 12.10.2022 |
| Saya ingin bertanya penggunaan ayat Organizational Citizenship Behaviour dalam Bahasa Melayu adakah tingkahlaku kewargaan organisasi atau tingkahlaku kewarganegaraan organisasi atau ada penggunaan lain yang sesuai.Penggunaan ayat in,i saya perlu menggunakan dalam kajian saya. Saya berharap pihak tuan/puan dapat maklumkan penggunaan ayat yang mana sesuai. terima kasih. | Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa Organizational Citizenship Behavior ialah Sikap Warga Organisasi. | Penyemakan dan penterjemahan | 19.10.2022 |
| The term ‘communicant’ is more suitable in describing people involved in communicative behaviour in order to acknowledge the individual’s ability to both receive and produce information. Merujuk kepada perkataan "Communicant" dalam konteks ayat ini, adakah sesuai diterjemah sebagai pelaku komunikasi atau lebih sesuai diterjemah sebagai komunikan atau kekalkan saja istilah ini dalam bahasa Inggeris? Communicant selain daripada konteks gereja, juga digunakan dalam bidang komunikasi. Apakah cadangan pihak DBP untuk saya menterjemahkan perkataan ini? Terima kasih atas khidmat nasihat daripada pihak DBP. | Communicant tidak boleh diterjemahkan sebagai Pelaku Komunikasi dalam konteks komunikasi kerana mengikut makna umum perkataan tersebut merujuk kepada ahli Gereja | Makna | 15.03.2018 |
| Assalamualaikum. Saya ingin bertanya apakah perkataan yang sesuai untuk menterjemahkan perkataan-perkataan seperti di bawah: 1) sedentary behaviour 2) cancer survivor 3) survivorship 4) health related quality of life (HRQoL) 5) moderate to vigorous physical activity (MVPA) | DBP menyediakan perkhidmatan menyemak hasil terjemahan bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu. Sdr. boleh menterjemahkan dahulu perkataan dalam bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu dan menghantarkannya kepada kami untuk semakan terjemahan. | Penyemakan dan penterjemahan | 10.07.2018 |