| Tuan, saya mohon pengesahan pihak DBP bagi penterjemahan tema "Integrate Effort : No Woman Left Behind" ke dalam Bahasa Malaysia. Adakah terjemahannya ialah "Sepadu Usaha : Tiada Wanita Ketinggalan"? Hasmawati | Untuk makluman puan, tema yang dicadangkan oleh pihak kami ialah Usaha Bersepadu, Wanita Maju. Merujuk kepada tema yang dicadangkan, iaitu “Sepadu Usaha, Tiada Wanita Ketinggalan”, frasa “sepadu usaha” adalah salah dari segi tatabahasa dan perkataan yang berunsur negatif seperti tiada, tidak dan sebagainya tidak sesuai dijadikan sebagai tema. Tema yang dibentuk mesti mudah diucapkan, sedap didengar, berunsur positif dan tepat. | Penyemakan dan penterjemahan | 18.08.2016 |
| Istilah sesuai bagi Spatial Video dalam bahasa Melayu. Penjelasan, Spatial video is 3D video, but you can move around the scene in several directions: front/behind, right/left, above/below, and it also gives a greater sense of depth | Padanan bagi istilah spatial video dalam bahasa Melayu ialah video reruang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 11.07.2024 |
| Apakah padanan yang sesuai untuk terma "sparring partner" dalam konteks bisnes/korporat? Contoh ayat: "Working with the Managing Director as sparring partner, XXXXX is also the key person behind the design and setting up of xxxxxxxxxxxxx" | Kami mencadangkan padanan “rakan kongsi” untuk "sparring partner" dalam konteks perniagaan atau korporat. | Lain-lain | 29.11.2021 |
| Istilah sesuai bagi Spatial computing. Penerangan "refers to human–computer interaction that is perceived by humans as taking place in the real world, in and around their bodies, instead of perceptually behind a computer screen." | Padanan bahasa Melayu bagi istilah spatial computing ialah pengkomputeran reruang. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 03.02.2024 |