Salam sejahtera; Tuan: Apakah perbezaan antara "membekalkan" dengan "membekali"? Harap pihak tuan memberikan ayat contoh untuk membezakan kpenggunaan kedua-dua perkataan tersebut dalam konteks ayat. Terima kasih. | Membekalkan bermaksud memberikan bekal, menyediakan sesuatu sebagai bekal: Sebelum Abu berangkat, emak membekalkan nasi lemak kepadanya; dan mebekali bermaksud memberi bekal kepada: Emak membekali Abu sebungkus nasi lemak. | Tatabahasa | 07.03.2013 |
1. Abu membawa ( bekal/ bekalan) yang disediakan ibu ke sekolah ? 2. Seorang pelayan restoran menghidangkan semangkuk lauk ( kepada / untuk ) pelanggannya. | 1. Abu membawa bekal yang disediakan ibu ke sekolah. 2. Kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 13.02.2012 |
Membawa bekal atau Membawa bekalan? Contoh ayat: Dia pun membawa bekalan seperti kita." Aisyah melihat ke arah meja ang bersebelahan dengan meja mereka. | Membawa bekalan. Lihat www.prpm.dbp.gov.my dan lihat perbezaan makna antara kata bekal dan bekalan dan begitu juga dengan kata-kata yang lain. | Tatabahasa | 05.10.2011 |
Bagaimanakah punggunaan perkataan 'adakah' dan 'apakah'? Mana satukah yang betul: 'Adakah ini yang dinamakan cinta?' atau 'Apakah ini yang dinamakan cinta?' | Penggunaan adakah merujuk kepada pertanyaan yang memerlukan jawapan ya atau tidak. Contoh ayat, Adakah awak bawa bekal hari ini? Ya. Manakala apakah pula pertanyaan yang merujuk kepada benda,haiwan,bukan manusia dan memerlukan jawapan keterangan. Contoh ayat, Apakah bekal yang awak bawa hari ini? Saya bawa bekal roti. Oleh itu, ayat yang betul ialah Adakah ini yang dinamakan cinta? | Lain-lain | 14.08.2010 |
Yang manakah betul? 1. Seorang pengawas ( meneguri / menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju / dan menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (prestasi / persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal ( dengan / bersama-sama ) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan / prestasi) peserta yang berpidato di atas pentas. | 1. Seorang pengawas (menegur) Ahmad yang membuang sampah di lantai kantin. 2. Siti menatang semangkuk mi sup (menuju) ke meja makan. 3. Beberapa orang hakim sedang berbincang tentang (persembahan) peserta pidato. 4. Aminah berkongsi bekal (bersama-sama) rakan-rakannya. 5. Para penonton menyaksikan (persembahan) peserta yang berpidato di atas pentas. | Tatabahasa | 20.11.2013 |
Saya ingin bertanya, adakah 9/10 boleh digunakan sebagai gantian kepada 9 daripada 10? Dalam konteks ayat ini, saya ingin membuat ayat perbandingan. Contohnya '9/10 pelajar sekolah di Malaysia memilih untuk membeli makanan di kantin daripada membawa bekal'. Adakah ia sama maksudnya seperti '9 daripada 10 pelajar....' Terima Kasih. | Jika di dalam teks hendaklah ditulis Sembilan daripada sepuluh (9 daripada 10). Pecahan 9/10 ditulis dalam ayat matematik. | Tatabahasa | 08.10.2012 |
berikan definisi lengkap insurans | Kamus Dewan mendefinisikan Insurans ialah perjanjian tanggungan yg dibuat oleh sesebuah syarikat utk mengganti kerugian dan bayaran premium tertentu; spt insurans kebakaran insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya berlaku kebakaran (pd rumah dll); insurans nyawa insurans yg menjamin ganti rugi sekiranya orang yg berkenaan meninggal dunia; nyawa nyawa bekal umur insurans yg menjamin bayaran sekiranya orang yg berkenaan mencapai umur yg tertentu atau meninggal dunia | Makna | 24.08.2007 |
Bagaimanakah kita hendak menjelaskan perubahan bentuk tunggal "jawab" kepada terbitan "jawapan"? | Akhiran -an apabila bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja tertentu, membawa maksud kerja atau perkara atau benda hasil daripada melakukan maksud yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya: kata nama + -an kritik + -an - kritikan (hasil mengkritik) bekal + -an - bekalan kata kerja + -an tulis + -an - tulisan (hasil menulis) lukis + -an - lukisan Dari segi pembentukan kata perkataan 'jawab' apabila menerima akhiran -an seharusnya menjadi jawaban{jawab + -an]. Kedua-dua "jawapan" dan "jawaban" adalah betul. Walau bagaimanapun, bentuk mantap yang telah lazim digunakan ialah jawapan. | Tatabahasa | 06.05.2012 |
Salam, Saya sedang menyediakan satu karya berbentuk puisi. Saya tidak pasti untuk mengkategorikannya. Saya turunkan sebahagian daripadanya di bawah ini: Kami perantau dari desa Menjejak kota mengisi dada Menimba ilmu mengasuh minda Menjadi perintis bahasa ibunda Menyahut seruan negara tercinta Membina jenerasi anak bangsa Kami perantau tiada nama Hidup susah serba sederhana Beranikan diri meredah dunia Mengejar cita-cita sampai jaya Membina hidup yang lebih selesa Membalas budi ibubapa dan negara Kami kini meniti usia Banyak bersyukur dengan yang ada Muhasabah diri membersih dada Mengenang yang lalu mengambil iktibar Memandang ke depan mengumpul bekal Mengisi usia yang masih tinggal Mohon bantun. Terima kasih. | Setelah meneliti karya saudara, ia memang sebuah karya puisi moden, iaitu sajak tentang kehidupan. Hanya cadangan saya, saudara perlu menulis puisi tersebut mengikut format yang betul, iaitu memecahkannya kepada baris demi baris supaya ia dapat dihayati oleh pembaca dengan baik. Syabas atas usaha saudara dan teruskan menulis. | Lain-lain | 10.11.2011 |