Membawa bekal atau Membawa bekalan? Contoh ayat: Dia pun membawa bekalan seperti kita." Aisyah melihat ke arah meja ang bersebelahan dengan meja mereka. | Membawa bekalan. Lihat www.prpm.dbp.gov.my dan lihat perbezaan makna antara kata bekal dan bekalan dan begitu juga dengan kata-kata yang lain. | Tatabahasa | 05.10.2011 |
Setahu saya "supply base" biasanya diterjemahkan sebagai "pangkalan bekalan". Contoh: Pangkalan Bekalan Tok Bali. Tetapi laporan berita Bernama menulis sebagai "Pangkalan Perbekalan Tok Bali" (http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/bu/newsbusiness.php?id=1186264). Jadi, yang mana satu betul? | Cadangan terjemahan "supply base" ialah pangkalan pembekalan. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.11.2015 |
Bolehkah jemahan berikut digunakan? renovation supplies = bekalan ubahsuaian | Dalam pangkalan data kami, supplies diterjemahkan kepada bekalan atau keperluan. Oleh itu, perkataan renovation boleh diterjemahkan kepada bekalan/keperluan ubah suai bergantung pada konteks ayat tersebut. | Penyemakan dan penterjemahan | 23.04.2014 |
Adakah bekalan SST sebagai frasa Nama? | Terima kasih atas pertanyaan tersebut. Mohon puan nyatakan ejaan penuh bagi akronim SST. | Tatabahasa | 17.12.2023 |
Apakah wujud Perbezaan maksud antara 'bekalan elektrik' dan 'tenaga elektrik' | Bekalan ialah benda-benda yang digunakan dan dalam konteks ini benda yang digunakan ialah tenaga elektrik. Kedua-duanya boleh membawa maksud yang hampir sama. | Makna | 20.06.2016 |
A. Apakah perbezaan 'hembus' dan 'tiup' Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. B. Penjodoh bilangan bagi 'pingat" Antara contoh berikut yang mana betul? 1. Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda. 2. Nabilah telah memenangi beberapa butir pingat dalam sukan berkuda. | A) Dalam Kamus Dewan menghembus dan meniup sama maknanya iaitu meniup/menghembus, mengeluarkan nafas (udara) dari mulut. Oleh itu, ayat; 1. Amirul meniup api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. dan 2. Amirul menghembus api pelita itu apabila bekalan elektrik telah pulih. adalah betul. B) Penjodoh bilangan bagi "pingat" ialah buah, ayat "Nabilah telah memenangi beberapa buah pingat dalam sukan berkuda." adalah betul. | Tatabahasa | 05.07.2009 |
Salam Sejahtera, Apakah perbezaan antara bekalan dengan perbekalan dari segi makna? Sekian Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan bekalan dan perbekalan sama maksudnya, iaitu benda yang disediakan sebagai bekal. | Tatabahasa | 14.04.2014 |
Yang manakah antara ayat yang berikut bersifat gramatis: (a) Gangguan bekalan air itu telah menimbulkan banyak masalah kepada para penduduk. (b) Gangguan bekalan air itu telah banyak menimbulkan masalah kepada para penduduk. | Kedua-dua ayat tersebut betul dan sama maknanya. Tetapi ayat (a) lebih gramatis. | Makna | 21.09.2006 |
Adakah perkataan ketidakjaminan wujud dalam DBP? contoh penggunaan perkataan ini dalam ayat: food supply insecurity = ketidakjaminan bekalan makanan | Cadangan padanan bagi istilah food supply insecurity dalam bahasa Melayu ialah ketakjaminan bekalan makanan. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. | Istilah | 09.11.2024 |
Salam sejahtera. Saya ingin memohon pencerahan tentang soalan berikut: Seluruh kawasan perumahan itu.......kerana bekalan elektrik terputus. A. bergelap B. kegelapan. Mohon jasa baik tuan/puan untuk memberikan penjelasan lanjut tentang jawapan yang dianggap betul/sesuai. Terima kasih. | Seluruh kawasan perumahan itu bergelap/kegelapan kerana bekalan elektrik terputus. Bergelap bermaksud berada dalam gelap dan kegelapan bermaksud perihal gelap atau keadaan gelap. Kedua-dua perkataan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.
| Tatabahasa | 04.11.2015 |