Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.kas] | بکس

Definisi : 1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan; ~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai; berbekas mempunyai bekas (tanda dll): tangannya masih ~ tanah; membekas meninggalkan bekas: kesankesan yg diterimanya ~ dalam sekali pd jiwanya;membekaskan membuat bekas, meninggalkan bekas: kata-katamu itu ~ kesan pd hatinya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.kas] | بکس

Definisi : tempat menyimpan (menaruh) sesuatu; ~ sirih tempat sirih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.kas] | بکس

Definisi : 1 tanda-tanda yg terdapat pd sesuatu selepas dipegang dll; kesan: Di atas tangga yg basah itu, kelihatan ~ tapak kasut. 2 dahulunya pernah menjadi… tetapi sekarang tidak lagi: ~ askar seseorang yg dahulunya pernah menjadi askar. ~ luka (kudis) parut pd kulit kerana luka (kudis). ~ tangan hasil kerja tangan seseorang. berbekas ada atau tampak bekasnya atau tandanya: Tangannya masih ~ tanah. membekas 1 meninggalkan bekas: Kesedihannya tidak ~ keluar. 2 menimbulkan kesan yg kuat; sangat berkesan: Segala nasihat gurunya ~ dlm hatinya. membekaskan meninggalkan sesuatu sbg bekas atau kesan: Peristiwa itu ~ kenangan di hatinya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[be.kas] | بکس

Definisi : tempat menyimpan atau tempat mengisikan sesuatu: ~ sirih tempat menyimpan sirih. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bekas

Puisi
 

Terang bulan bagai dibasuh,
     Bulan tidak mengambang lagi;
Tinggal kain bekas tubuh,
     Badan tidak bersama lagi.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Sekali bekas kena,
     dua kali bekas tahu,
tiga kali baru jera.

Bermaksud :

Sekali terkena tipu, kedua kali sudah tahu.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Soalan tentang penggunaan kata ganda, bekas-bekas pelajar @ bekas pelajar-pelajar yang mana satukah penggunaan kata ganda yang betul.Tidak perlu menggandakan salah satu daripada perkataan tersebut, cukup sekadar "bekas pelajar" kerana frasa tersebut boleh merujuk tunggal atau jamak berdasarkan konteks ayat yang digunakan.Ejaan12.08.2011
1. Apakah makna perkataan "mantan"? Adakah sama maksudnya dengan "bekas"? 2. Manakah ejaan yang betul, "mampan" atau "mapan"Mantan bermakna dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak; bekas. Bekas di sini bukan bermakna tempat meletak sesuatu. Ejaan mampan dan mapan betul. Kedua-duanya ada makna tersendiri; mampan bermakna mampu, dan mapan bermakna tidak berubah-ubah/kukuh.Ejaan18.01.2008
Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajarMoto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan  semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar,  Tatabahasa27.03.2008
Apakah maksud bekas tanganBekas tangan bermakna: a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulanEjaan09.08.2006
Soalan ini tentang nama sejenis alat tulis. Sila rujuk dokumen yang dilampirkan. Terima kasih.Tidak ada nama khusus untuk bekas tersebut, lazimnya diungkapkan sebagai bekas pensel atau bekas pen.Lain-lain15.11.2012
Bekas yang digunakan untuk menyiram bunga dipanggil "bekas penyiram "atau "penyiram"?Dalam Kamus Pelajar, penyiram ditakrifkan sebagai alat untuk me­nyiram. Oleh itu, penyiram telah merujuk bekas alat yang digunakan untuk menyiram.Tatabahasa30.03.2010
Penjodoh bilangan yang sesuai untuk bekas. Iaitu container untuk menyimpan makanan.Penjodoh bilangan untuk bekas yang dimaksudkan tuan/puan ialah buah. Contohnya sebuah bekas.Tatabahasa04.09.2008
Salam, saya ingin bertanya apakah bezanya mantan dan bekas? Siapakah yang sesuai digunakan sebagai mantan dan bekas? Terima kasihMenurut  definisi Kamus Dewanmantan : dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia ialah ~ guru besar sekolah itu. bekas :1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan; ~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai; Berdasarkan pentakrifan dan penggunaan kedua-dua kata ini tidak salah digunakan, namun kata mantan kini lazim digunakan untuk seseorang yang pernah menjawat jawatan tertentu.

 

Makna25.06.2009
Bekas pemain badminton negara itu telah menerima surat lantikan sebagai jurulatih badminton kebangsaan.(TOLONG BETULKAN)Bekas pemain badminton negara itu telah menerima surat pelantikan sebagai jurulatih badminton kebangsaan.Tatabahasa20.09.2012
Saya ingin mendapatkan senarai bekas Timbalan Ketua Pengarah DBP yang pernah berkhidmat untuk menyiapkan projek saya. Sekian, terima kasih.

Senarai bekas Timbalan Ketua Pengarah DBP.

i.     YBhg Dato' Hassan Ibrahim

ii.    YBhg Dato Hj Jumaat Dato' Hj Mohd Noor

iii.   YBhg DAto' Baharuddin Zainal

iv.   YBhg Dato' Dr. Hjh Nik Safiah Abd Karim

v.    YBhg Dr FArid Onn

vi.   YBhg Tuan Haji Anuar Ayob

vii.  YBhg Tuan Haji Shaari Abdullah

viii. YBhg Tuan Haji Abu Bakar Mohamad.

Lain-lain13.12.2007
1234567

Kembali ke atas