| perbezaan ansara dan alumni serta cara penggunaannya | Alumni ialah kata umum yang merujuk kepada dua makna yang berikut: 1.bekas pelajar yang tamat dari sesebuah sekolah atau institut pengajian tinggi 2. bekas peserta, pelatih dan sebagainya sesuatu persatuan, program dan sebagainya Contoh: Beliau telah dilantik sebagai Presiden Alumni Universiti Malaya. Perkataan Ansara pula merujuk kepada nama khusus bagi Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia. Contoh: Persatuan Bekas Pelajar MRSM Malaysia(Ansara) menyasarkan lebih 700 tandatangan bagi menyokong misi Aman Malaysia. | Makna | 18.08.2025 |
| 1. Apakah makna perkataan "mantan"? Adakah sama maksudnya dengan "bekas"? 2. Manakah ejaan yang betul, "mampan" atau "mapan" | Mantan bermakna dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak; bekas. Bekas di sini bukan bermakna tempat meletak sesuatu. Ejaan mampan dan mapan betul. Kedua-duanya ada makna tersendiri; mampan bermakna mampu, dan mapan bermakna tidak berubah-ubah/kukuh. | Ejaan | 18.01.2008 |
| Persatuan Alumni Institut Pertanian Sabah yang baru ditubuhkan ingin mendapat pengesahan mengenai penggunaan bahasa dalam "moto persatuan" dan juga "matlamat persatuan" yang telah dicadangkan. moto persatuan :- " BERWAWASAN, BERWIBAWA DAN BERWAJA" matlamat Persatuan :- 1. menaikan martabad dan imej Institut Pertanian Sabah. 2. meningkatkan taraf hidup sosial & ekonomi bekas-bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. mengujudkan kemuafakatan & usahasama dikalangan bekas-bekas pelajar | Moto yang dikemukakan boleh digunakan. Matlamat : 1. Menaikkan martabat dan imej Institut Pertanian Sabah 2. Meningkatkan taraf hidup sosial dan ekonomi bekas pelajar Institut Pertanian Sabah 3. Mewujudkan semangat kemuafakatan dan usaha sama dalam kalangan bekas pelajar, | Tatabahasa | 27.03.2008 |
| Salam. Yang manakah pernyataan yang betul? adalah/ ialah? 1. Isi padu air di dalam bekas R adalah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S. 2. Isi padu air di dalam bekas R ialah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S. | Jawapan yang betul ialah Isi padu air di dalam bekas R ialah 1/4 daripada isi padu air di dalam bekas S | Tatabahasa | 28.09.2021 |
| Salam, saya ingin bertanya apakah bezanya mantan dan bekas? Siapakah yang sesuai digunakan sebagai mantan dan bekas? Terima kasih | Menurut definisi Kamus Dewan, mantan : dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi, bekas: ayahnya seorang ~ ketua pengarang sebuah penerbitan; dia ialah ~ guru besar sekolah itu. bekas :1. tanda-tanda yg ditinggalkan, kesan: ~ tapak kaki di pasir; ~-~ kudis itu menghodohkan kakinya; ~-~ darah yg terdapat pd bajunya; 2. dahulunya (sekarang tidak lagi), pernah menjadi: ~ suami; duduk bersanding dan tepung tawar adalah ~-~ adat Hindu; 3. akibat (drpd sesuatu): perkahwinan campuran antara dua golongan itu membawa ~ yg mengaibkan; ~ luka parut (sesudah sembuh luka); ~ tangan a) tandatangan; b) tulisan tangan; c) hasil buatan sendiri; d) pukulan; ~ tubuh pakaian yg sudah dipakai; Berdasarkan pentakrifan dan penggunaan kedua-dua kata ini tidak salah digunakan, namun kata mantan kini lazim digunakan untuk seseorang yang pernah menjawat jawatan tertentu. | Makna | 25.06.2009 |
| Askm.. mohon penjelasan berkenaan maksud : 1. Mantan - dikatakan memberi maksud bekas penjawat yang tiada hala tuju. Penggunaan perkataan mana lebih baik utk: A) Bekas guru besar B) Mantan guru besar. Terima kasih | Menurut Kamus Dewan terbitan DBP, mantan bermaksud dahulunya pernah menjawat jawatan tertentu, tetapi sekarang tidak lagi atau bekas. Sebagai contoh Tun Dr. Mahathir Mohamed, mantan Perdana Menteri Malaysia. Kedua-dua jawapan A dan B adalah betul. | Makna | 14.01.2018 |
| 1.apakah kesalahaan ayat ini? - cawan ialah bekas minuman. 2.bagaimanakah hendak digunakan ialah dan adalah? 3. yang manakah betul antara - sampah-sarap dengan sampah sarap | 1. Cawan ialah bekas minuman - tidak mengandungi sebarang kesalahan. 2. "Ialah" digunakan di hadapan perkataan atau rangkai kata yang berupa kata nama atau frasa nama. Contohnya: Anak ialah anugerah Allah SWT, manakala "adalah" pula hanya boleh diikuti oleh kata sendi nama seperti untuk, pada, dalam, daripada, dengan dan sebagainya. Contoh: Tujuan kursus ini diadakan adalah untuk meningkatkan kefahaman peserta. 3. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Ke-4, perkataan yang betul ialah sampah sarap, tidak perlu diletakkan tanda sempang kerana perkataan sarap membawa makna tersendiri. Terima kasih. | Tatabahasa | 16.01.2008 |
| apakah maksud wadah paling berkesan? | wadah 1. Jw bekas (tempat) utk mengisi atau diisi sesuatu; 2. alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu): pihak penganjur berharap seminar sedemikian akan menjadi ~ utk para pendidik bahasa dan sastera Melayu bertukar-tukar pendapat; ada orang melihatnya berfungsi sbg ~ pengiklanan, medan propaganda, suatu saluran utk menyampaikan informasi, dan bermacam-macam lagi , mungkin makna yang saudara maksudkan maksud yang kedua, iaitu sebagai asas/alat/medan yang paling berkesan. | Makna | 16.10.2007 |
| Salam sejahtera. 1. Adakah penggunaan perkataan 'paras' bagi ayat ini betul: Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan. 2. Adakah penggunaan perkataan 'bekas' bagi ayat ini betul: Bekas hartanya menjadi rebutan anak-anaknya. Kalau tidak betul, sila cadangkan perkataan yang sesuai. Terima kasih. | 1. Curahkan bahan itu hingga paras yang telah ditetapkan. Betul. 2. Bekas hartanya menjadi rebutan anak-anaknya. Ayat ini perlu diubah menjadi Harta peninggalannya menjadi rebutan anak-anaknya. | Tatabahasa | 02.09.2022 |
| Bekas graduan: Macam mana seseorang itu boleh jadi "bekas graduan". Adakah istilah ini betul kegunaannya. Mohon pencerahan. | Merujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020), graduan bermaksud seperti yang berikut: graduan kata nama 1 pelajar institusi pengajian tinggi yang akan menerima sijil, diploma atau ijazah pada hari konvokesyen; 2 orang yang lulus dan memperoleh ijazah daripada institusi pengajian tinggi: Universiti tempatan mengeluarkan lebih banyak graduan jurusan sastera berbanding sains. ASAL: [daripada bahasa Inggeris graduand daripada bahasa Latin graduandus] Penggunaan "bekas graduan" adalah tidak tepat dari segi semantik atau maknanya. | Makna | 31.10.2023 |