Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : 1. melakukan atau menjalankan sesuatu atau berbagai-bagai kegiatan (usaha, tugas, dsb) utk menghasilkan (menyelesaikan, menyediakan, dll) sesuatu: setiap pegawai dan kakitangan yg lain ~ bersungguh-sungguh utk menghasilkan sebuah kamus yg baik; beberapa orang buruh sedang ~ keras membaiki jalan raya; 2. mengusahakan sesuatu atau melibatkan diri dlm kegiatan tertentu utk mencari nafkah (memperoleh pendapatan): ada antara mereka yg menjadi pengemis kerana malas ~; sebahagian besar drpd siswazah itu sudah pun ~; 3. pergi (menghadirkan diri) ke tempat kerja spt pejabat dll dan menjalankan tugas dan tanggungjawab: saya bercuti selama tiga hari dan akan balik ~ pd hari Khamis; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ker.ja] | بکرجا

Definisi : membuat atau melakukan sesuatu kerja: Dia tidak ~ hari ini kerana sakit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Orang petani membuat dangau,
     Dibiar kosong tidak bekerja;
Berapa tinggi terbang bangau,
     Akhirnya di belakang kerbau juga.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Rajin bekerja mudah belanja.

Bermaksud :

Orang yang rajin bekerja tentulah hidupnya senang.

 

Lihat selanjutnya...(43)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
MORNING saya hendak tanya tentang soalan ini Semua anaknya bekerja. Anak bongsunya tidak bekerja ( kecuali) jwp: Semua anaknya bekerja kecuali anak bongsunya tidak bekerja . atau Semua anaknya bekerja kecuali anak bongsunya .Ayat yang betul ialah: Semua anaknya bekerja kecuali anak bongsunya.Tatabahasa23.03.2012
Ejaan yang betul "bekerja" atau "bekerja". Kenapa sedemikian?Ejaan yang betul ialah bekerja. Ejaan ini merupakan bentuk terkecuali dan mantap daripada ejaan perkataan lain yang menerima imbuhan beR seperti perkataan berserta.Ejaan25.09.2007
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) 1. Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2. Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad. Yang manakah betul?Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Tatabahasa02.05.2012
Salam sejahtera, Anak-anak Encik Ramli suadah bekerja. Anak bongsunya belum bekerja. ( kecuali / atau) (gabungkan ayat tunggal supaya menjadi ayat majmuk ) Jawapan yang saya dapat daripada guru yang tanda kertas peperiksaaan itu adalah " Anak - anak Encik Ramli sudah bekerja kecuali anak bongsunya belum bekerja" Jawapan ini adalah betul ? Bolehkah saya dapat jawapan yang betul daripada Pihak tuan.Penggunaan perkataan kecuali lebih tepat berbanding perkataan atau dalam ayat majmuk tersebut. Ayat yang gramatis ialah Anak-anak Encik Ramli sudah bekerja kecuali anak bongsunya.Tatabahasa30.03.2012
Ayah bekerja setiap hari. Ayah tidak bekerja pada hari Ahad. (kecuali) Ayat majmuk di bawah, yang mana satu betul? 1) Ayah bekerja setiap hari kecuali hari Ahad. 2) Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Merujuk ayat tersebuu, ayat majmuk yang betul ialah Ayah bekerja setiap hari kecuali pada hari Ahad.Tatabahasa15.03.2012
mengapa untuk perkataan bekerja tidak di eja berkerja

Encik Anas terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Ejaan bagi perkataan BEKERJA yang betul ialah BEKERJA bukan BERKERJA

    -  suatu pengecualian dalam sistem ejaan bahasa Melayu

    -  dieja mengikut cara ejaan dalam tulisan jawi yang tidak membunyikan huruf R

 

Tatabahasa16.08.2009
Hari kerja atau hari bekerja ? Sila memberi jawapan yang mana betul untuk digunakan dalam ayat berikut : Pengguna boleh membuka Peti pada mana-mana "hari kerja atau hari bekerja" semasa waktu perbankan lazim BankFrasa yang betul dan lazim digunakan ialah hari bekerja.Tatabahasa08.02.2012
Salam, saya bekerja di sektor kerajaan dan bertugas menjaga fail sulit (hijau) dan fail biasa (putih). Bolehkah tuan membezakan penggunaan KLT. (Kulit) dan JLD. (Jilid). Apa yang saya praktikkan sekarang mengikut fail asal. kalau KLT. saya gunakan apabila fail hijau ditutup dan fail seterusnya menjadi KLT.2 apabila ditutup menjadi KLT.3 dan sekiranya fail putih ditutup dan fail seterusnya menjadi JLD.2 apabila ditutup menjadi JLD.3.Soalan saudara tidak berkaitan dengan bahasa, sila kemukakan soalan kepada bahagian yang berkenaan.Lain-lain19.07.2010
bekerja atau berkerja?Yang betul ialah bekerja.Tatabahasa08.05.2007
mengapa perkataan bekerja tidak dieja sebagai berkerja?Ejaan 'bekerja' tidak dieja 'berkerja'. Huruf 'r' digugurkan kerana suku kata pertama kata dasar 'kerja' mengandungi huruf 'er'. Oleh sebab awalan 'ber' juga mempunyai  huruf 'er', maka huruf 'r' dalam awalan 'ber' itu dilenyapkan. Hal ini merupakan satu kecualian morfologi bahasa Melayu.Tatabahasa29.06.2009
12345678910...

Kembali ke atas