Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.la.can] | بلاچن

Definisi : sj bahan makanan yg dibuat drpd udang atau ikan kecil-kecil yg ditumbuk lumat, digunakan utk menyedapkan masakan, terasi; bagai ~ dikerat dua prb hal yg mendatangkan aib kpd kedua-dua belah pihak; spt kera kena ~ prb sangat gelisah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.la.can] | بلاچن

Definisi : sj bahan penyedap makanan yg dibuat drpd udang atau ikan kecil-kecil yg ditumbuk lumat-lumat; terasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belacan

Puisi
 

Patah galah mudik ke Jelai,
     Membawa Cik Hassan dengan Cik Husin;
Apalah salah kita bercerai,
     Sabit belacan makan dek kucing.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kera (= monyet) kena belacan.

Bermaksud :

Sangat gelisah.

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera. Pertama, saya minta tanya kalau Global South / Global North sesuai dipadankan dengan yang mana satu? Dunia Selatan/Utara, Selatan/Utara Dunia, Selatan/Utara Global, Selatan/Utara Sejagat? Kedua, patutkah Phoenicia dieja dalam bahasa Melayu menjadi Fenisia, Foenisia, Phoenisia atau lain kalau mengikut pedoman ejaan? Ketiga, apa maksud belacan kukup?i) Cadangan padanan bahasa Melayu bagi istilah global south ialah dunia selatan dan global north ialah dunia utara. Padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian konsep dan konteks penggunaan dalam sesuatu bidang tertentu. 

ii) Pembentukan ejaan Phoenicia mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu ialah Fonisia. 

iii) Belacan kukup ialah belacan yang berasal dari Kukup, yang terletak di daerah Pontian, Johor. 
Istilah27.01.2024
Manakah frasa yang mengikuti hukum D-M yang betul? Sambal Ayam atau Ayam Sambal? Atau adakah kedua - duanya merujuk kepada dua hidangan berbeza? Yakni sambal ayam adalah hidangan sambal yang dicampur ayam dan ayam sambal adalah hidangan ayam yang dibubuh sambal.Hukum D-M ialah diterangkan dan menerangkan. Diterangkan merupakan unsur inti, manakala menerangkan merupakan unsur penerang. Bagi sambal ayam, sambal ialah unsur inti manakala ayam pula ialah penerang. Lebih mudah difahami dengan contoh sambal belacan, iaitu sambal yang dibuat daripada belacan. Bagi ayam sambal, unsur inti ialah ayam (benda yang dimasak), manakala sambal ialah unsur penerang (cara masakan).Tatabahasa20.10.2018
Saya menemukan frasa "bahan baku terasi" dalam satu jurnal terbitan Indonesia. Apakah seerti yang sesuai jika diterjemahkan dalam Bahasa Malaysia? Contoh ayat; Sebagaimana yang kita ketahui limbah dari hewan crustaceaese pertiudang, kepiting dan belangkas di Indonesia hanya dimanfaatkan untuk pakan ternak, hidrolisat protein, silase, bahan baku terasi, petis dan lain–lain, Bahan baku terasi ialah Bahan asas belacanMakna20.03.2020
Apakah perbezaan perkataan-perkataan berikut: 1.bena,bina2.colek,culik3.dokong,dukung4.endah,indah5.golong,gulung6.kendaraan,keinderaan7.lancong,lancung8.lengkung,lingkung9.kesal,sesal10.undang,undang-undang11.satu,suatu12.mesti,pasti12.fakto,faktor13.babit,libat14.fanatik,pejuang15.tentang,mengenai Yang manakah betul mengambil perhatian atau memberikan perhatian ? Yang manakah betul,pendingin hawa atau pengawa dingin atau penyaman udara ? Yang manakah betul,walaubagaimanapun atau walau bagaimanapun ?1. Bena
Maksud bena ialah peduli; acuh: Janganlah buat tak ~ kpd anak yatim piatu itu. ~ tak ~ acuh tak acuh; tidak peduli. membenakan mengambil sikap mahu mengetahui; mempedulikan: Sbg orang yg berani, ia tidak ~ lawannya.
   Bina
Maksud bina ialah  membina 1 membuat sesuatu bangunan, spt rumah supaya tegak berdiri: Siapakah yg ~ masjid yg seindah ini? 2 mengusahakan supaya maju dan lebih baik; membaiki: Kita mesti bekerja keras utk menyusun dan ~ suatu masyarakat yg adil dan makmur. binaan sesuatu yg dibina; hasil drpd membina: Taj Mahal merupakan ~ yg terindah di dunia. pembinaan perbuatan atau hal membina; pembangunan: ~ masjid itu memakan masa lebih kurang dua tahun. pembina orang yg membina; pembangun: Siapakah ~ bangunan Taj Mahal yg masyhur itu?

2. Colek
Maksud colek ialah /colék/; mencolek 1. mencalit (mengambil, menyentuh) dgn hujung jari: ~ kapur. 2. mencecah kuah, sambal dsb dgn sesuatu (spt ketupat, ulam dll): Dia ~ sambal belacan itu dgn ulam petai. 3. mencungkil (dgn hujung jari dll utk mengeluarkan sesuatu): ~ tahi telinga. ~ hati menggelikan hati (kerana lucu atau jenaka). mencolekkan 1. mencalitkan sesuatu pd; memalitkan. 2. mencecahkan barang makanan (spt ketupat, ulam dll) pd kuahnya, sambal dsb: ~ ketupat pd rendang daging. secolek sebanyak yg dipalit atau disentuh dgn hujung jari dsb.
   Culik
Maksud culik ialah menculik melarikan orang (anak-anak atau orang dewasa) dgn paksaan utk tujuan memperoleh wang tebusan dsb. penculikan perbuatan menculik. penculik orang yg menculik.

DBP hanya boleh memberikan beberapa makna sahaja. Makna dan perbezaan untuk perkataan-perkataan lain boleh dicari dalam Kamus Dewan Edisi Keempat.

Bagi perkataan pendingin hawa, penghawa dingin dan penyaman udara, perkataan yang tepat ialah penyaman udara.
Yang akhir sekali perkataan yang betul ialah "walau bagaimanapun".

Mengambil perhatian dan memberikan perhatian, kedua-duanya betul bergantung kepada konteks ayat.
Lain-lain07.10.2014

Kembali ke atas