| Selamat malam! Manakah yang merupakan ayat yang betul. Sila juga menjelaskan kesalahan ayat yang lain, terima kasih! I Pusat beli-belah itu sungguh hingar-bingar dengan suara para pengunjung. II Menjadi pelajar terbaik sekolah merupakan hasrat hati Fiazal setelah sekian lama. III Usaha untuk mencapai kejayaan dalam PMR akan dilakukan okeh Aizat sebaik-baik mungkin. IV Hajatnya yang setinggi gunung itu diluahkan abang kepada ayah pada malam itu. | Ayat yang betul ayat II dan ayat IV. Ayat I perlu dipinda menjadi Pusat beli-belah itu hingar-bingar dengan suara pengunjung. Ayat IV menjadi Untuk mencapai kejayaan dalam PMR, Aizat akan berusaha sebaik mungkin. | Tatabahasa | 25.07.2014 |
| I. Pen itu berharga empat setengah ringgit. II. Berbagai-bagai aktiviti akan dilaksanakan di pusat beli belah itu. III. Empat orang murid telah didenda kerana tidak memenuhi peraturan sekolah. IV. Surat daripada Norehan, saya belum baca. Ayat mana yang betul.. | Ayat yang betul ialah: I. Pen itu berharga empat setengah ringgit. III. Empat orang murid telah didenda kerana tidak memenuhi peraturan sekolah. IV. Surat daripada Norehan, saya belum baca. | Tatabahasa | 06.03.2015 |
| 1. Salam sejahtera. Apakah persamaan dan perbezaan antara perkataan 'bersama' dengan perkataan 'bersama-sama'? 2. Antara ayat berikut, yang manakah yang betul? i) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama. ii) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama-sama. | Salam Sejahtera, Jawapan 1: Perbezaan dan persamaan perkataan "bersama" dengan perkataan "bersama-sama" menurut Kamus Dewan Edisi Keempat: bersama 1. = bersama-sama berserta, bergandingan dgn, serentak dgn: esok harinya Poniem datang ~ anak angkatnya; kami mudik bersama-sama; ~ surat ini anakanda kembarkan wang lima puluh ringgit; 2. semuanya sekali, seluruhnya: tempat perundingan itu harus dipersetujui ~ oleh kedua-dua belah pihak; kedua-dua laki isteri itu pun duduk makan ~ dgn penuh selera; 3. utk sesamanya, utk sekaliannya: harta ~; kemakmuran ~; 4. bh melakukan hubungan jenis, bersetubuh: isteri diwajibkan melayani suami apabila dia mahu ~; Jawapan 2: Jawapan yang betul ialah i) Kita mestilah bertolak ansur demi kepentingan bersama. | Tatabahasa | 11.03.2013 |
| Salam sejahtera. Saya pelajar UPSI telah diberi tajuk kajian iaitu "pemantauan dan pengauditan bahasa DBP".. Apakah peranan DBP dalam pemantauan dan pengauditan bahasa tersebut? Harap dapat membantu. Terima kasih | Program Audit Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam dilaksanakan sebagai susulan daripada arahan YAB Timbalan Perdana Menteri untuk memantau pelaksanaan Pekeliling Bil. 9 Tahun 2011, Panduan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam bagi menegaskan pelaksanaan penggunaan bahasa kebangsaan. Audit Bahasa Melayu dalam Perkhidmatan Awam ini bertujuan untuk membuat penilaian tentang tahap dan mutu bahasa Melayu yang digunakan bagi maksud urusan rasmi dalam negara, urusan rasmi antarabangsa, pengiklanan kekosongan jawatan dalam perkhidmatan awam, perkhidmatan kaunter, maklum balas aduan dalam akhbar dan isu media massa serta paparan dan peragaan. Program ini dilaksanakan dengan melihat dua aspek utama, iaitu: (i) Tahap penggunaan bahasa kebangsaan dalam perkhidmatan awam, dan (ii) Mutu bahasa kebangsaan yang digunakan. DBP melakukan pemantauan penggunaan bahasa kebangsaan di tempat awam, sektor awam, sektor swasta dan aduan pengguna. Pemantauan dilaksanakan dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan yang mencakupi papan iklan premis perniagaan, papan iklan luar, gegantung, kain rentang, penamaan bangunan dan jalan, pusat beli-belah dan lain-lain. Dewan Bahasa dan Pustaka akan mengeluarkan surat teguran kepada pihak yang melakukan kesalahan bahasa supaya kesalahan tersebut dibaiki atau surat penghargaan kepada pihak yang mengutamakan penggunaan bahasa kebangsaan serta yang baik dan betul. | Lain-lain | 30.10.2016 |