Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : hasil perbuatan membelai: ia terkenang akan pujuk cumbu, pangku dan ~ manja isterinya;membelai, membelai-belai 1. mengusap-usap (dgn kata-kata pujukan atau perasaan kasih sayang): ia turut menangis sambil ~-belai rambut Sarinah yg lepas terurai; 2. ki membuat berasa seronok dan tenteram: muzik yg ~ jiwanya; 3. meniup dgn perlahan-lahan sehingga bergoyang-goyang sedikit: daun-daun bergoyang-goyang dibelai angin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belai I


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah perkataan kerongkong dan belalai dikatakan perkataan berimbuhan sisipan dari perkataan kongkong dan belai?

Saudara,

Perkataan kerongkong dan belalai merupakan kata dasar. 

Ejaan24.10.2010
Adakah kesalahan dalam perenggani ini? Pertama sekali,ibu bapa ialah punca utama remaja terjebak dalam isu buli.Kebanyakkan ibu bapa pada era globalisasi ini bekerja dan mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka.Kekurangan kasih sayang daripada menyebabkan anak-anak memerlukan perhatian.Oleh itu,mereka membuli pelajar lain seolah-olah untuk mendapat perhatian orang lain.Selain itu,ibu bapa yang sering bergaduh dan keluarga berpecah-belai juga merupakan antara faktor yang mendorong remaja terjebak dalam isu buli.Ibu bapa antara punca utama remaja terjebak dalam isu buli. Kebanyakan ibu bapa pada era globalisasi ini bekerja dan mereka tidak dapat meluangkan masa bersama anak-anak mereka. Kekurangan kasih sayang daripada menyebabkan anak-anak memerlukan perhatian. Selain itu, ibu bapa yang sering bergaduh dan keluarga berpecah-belah juga merupakan antara faktor yang mendorong remaja terjebak dalam isu buli.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku Bujukan Bahasa Melayu dan Dewan.
Tatabahasa28.09.2015

Kembali ke atas