Yang manakah satu betul? 1. bersungguh-sungguh belajar / belajar bersungguh-sungguh. 2. berkali-kali menasihatinya / menasihatinya berkali-kali 3. Adakah rumusan berikut terpakai untuk semua frasa keterangan kata kerja? [ frasa adjektif]+kata kerja. Contohnya, bergotong-royong membersihkan, bertungkus lumus memadamkan api, bersungguh-sungguh menyiapkan kerja rumah, dan lain-lain. | Jawapan yang betul ialah belajar bersungguh-sungguh dan menasihatinya berkali-kali. Unsur keterangan dalam frasa kerja terdiri daripada unsur yang menerangkan kata kerja dengan lebih lanjut lagi. Unsur keterangan juga berfungsi sebagai frasa adverba. Unsur keterangan hadir sesudah kata kerja. Bagi kata kerja transitif, unsur keterangan hadir selepas objek. Dari segi struktur binaannya, unsur keterangan terdiri daripada frasa sendi nama, frasa adjektif, frasa nama dan kata adverba. Contohnya, 1. Kerajaan mengeluarkan kenyataan tentang kenaikan gaji. 2. Sungai Perak mengalir dengan tenangnya. 3. Pemimpin yang sudah berumur itu bercakap perlahan-lahan. 4. Bunga rampai itu berbau sungguh harum. 5. Mereka berjuang bermati-matian. Untuk maklumat lebih lanjut tentang unsur keterangan dalam frasa kerja sila rujuk Tatabahasa Dewan ms. 399-402. | Tatabahasa | 22.03.2011 |
perkatan berlwanan bagi belajar | Belajar bermakna berusaha untuk memperoleh ilmu pengetahuan, menuntut ilmu pengetahuan dan lain-lain, menjalani latihan. Perkataan berlawan bagi belajar, adalah berkaitan dengan sikap seseorang yang berada dalam situasi berkenaan. | Lain-lain | 06.02.2008 |
BAGAIMANAKAH KITA HENDAK BELAJAR DENGAN SUKSES ? | Assalamualaikum Ada berbagai-bagai teori untuk belajar dengan sukses. Contohnya Gaya Belajar (Learning Styles) oleh Honey dan Mumford. Multiple Intellegent oleh Gardner. Saya syorkan saudara dapatkan teori ini dalam dalam web dan ia boleh jadikan panduan belajar. Cari artikel yang berkaitan belajar cara belajar. Daripada beberapa panduan ini saudara boleh memilih kaedah yang sesuai dengan saudara. Untuk makluman saudara hanya maklumat yang tersusun dengan baik yang akan kekal lama dalam ingatan kita. Oleh itu fahami dengan baik setiap subjek yang diajar oleh guru. Buat nota dengan kemas. Buat peta minda. Sekian. | Lain-lain | 06.08.2010 |
1. Terdapat perkataan belajar dalam bahasa Melayu. Adakah imbuhan bel- dalam bahasa Melayu untuk perkataan "belajar". 2. Adakah perkataan belajar itu kata dasar? Ataupun bel- itu ialah satu morfem dan ajar itu juga satu morfem? | 1. Bagi kata dasar ajar, gabungan imbuhan ber- dengan kata dasar menghasilkan kata terbitan belajar, iaitu satu bentuk kekecualian. Sama seperti kata dasar unjur, gabungan dengan ber- menghasilkan belunjur. | Tatabahasa | 18.08.2010 |
Salam Sejahtera; Saya ingin bertanya tentang penggunaan a) .....belajar dengan sungguh-sungguh b) .....belajar dengan bersungguh-sungguh c) .....belajar bersungguh-sungguh manakah yang betul? Terima kasih. | Andrew, kedua-dua ayat ini - belajar dengan bersungguh-sungguh dan .....belajar bersungguh-sungguh - boleh digunakan tetapi kita kena lihat penggunaannya dalam ayat yang penuh. | Tatabahasa | 26.03.2010 |
Ayat berikut yang mana betul? a. Saya belajar dari pagi hingga petang. b. Saya belajar dari pagi ke petang. c. Saya belajar dari pagi hingga ke petang. | Ayat yang betul ialah 'Saya belajar dari pagi hingga petang.' | Tatabahasa | 19.09.2011 |
belajar merupakan proses berfikir melalui operasi minda kepada maklumat. apakah kesalahan tatabahasa bgi ayat ini? berfikir ditukar kepada pemikiran? | Ayat tersebut tidak mengandungi kesalahan. Harap maklum. | Tatabahasa | 14.07.2008 |
saya MAHMUD sedang belajar bahasaMELAYU Berapakah belajar bahasa MELAYU pada sekarang | Soalan yang tuan kemukan tidak jelas. Untuk makluman tuan, di Malaysia, bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan, bahasa rasmi dan bahasa pengantar yang digunakan oleh warganegara Malaysia. | Tatabahasa | 07.11.2013 |
ingin mencari jurnal untuk kegunaan belajar | Assalamualaikum, Sebelum saudara mencari jurnal untuk belajar saudara harus pastikan hendak belajar apa? Apa bila telah tahu apa yang hendak dipelajari barulah susun strategi mencari bahan rujukan sama ada buku, jurnal dan-lain lain lagi. Jika saudara ingin belajar mencari jurnal saya nasihatkan saudara pergi ke Perpustakaan universiti seperti Perpustakaan Universiti Kebangsaan Malaysia atau Perpustakaan Universiti Malaya. Di Perpustakaan tersebut ada banyak jurnal yang boleh saudara baca. | Lain-lain | 31.01.2010 |
Boleh berikan definisi 'Kemahiran Belajar'? | Kemahiran belajar bermaksud kemahiran dan pengalaman murid atau pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Sila rujuk Bahagian pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia untuk maklumat lanjut. | Makna | 12.02.2007 |