Display virtual keyboard interface
 

Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belakangnya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
bolehkah frasa bersempena diikuti dengan perkataan 'dengan' di belakangnya.. (bersempena dengan) terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bersempena dikuti dengan perkataan dengan. Contoh ayat: Tarikh pelancaran Per­sekutuan Malaysia ditetapkan pd 31 Ogos 1963 ~ dgn hari ulang tahun keenam kemerdekaan Tanah Melayu.Tatabahasa28.07.2010
Salam, frasa 'taman negara' perlu ditulis dengan huruf kecil jika tidak disertai nama tempat di belakangnya. Betul atau tidak? Terima kasih.Ya, betul dieja ‘taman negara’ kerana bukan kata nama khas.Ejaan14.07.2014
Cikgu, kata dasar yang menerima ber-...-an perlu menerima kata sendi nama atau tidak jika belakangnya ialah kata nama yang berperanan sebagai objek? Contohnya: berhampiran dengan kedai runcit atau berhampiran kedai runcit?Ayat yang gramatis ialah "...berhampiran kedai runcit". Namun begitu, ayat "...berhampiran dengan kedai runcit" juga tidak salah.Tatabahasa18.05.2014
Nisha Naviletchu Aug 25th, 10:48pm Maaf, tumpang tanya, boleh tak kalau sesuatu perkataan ada imbuhan, memper- , belakangnya ditambah -kan- , contoh: mempergunakan, memperluaskan terima kasihApitan memper... digunakan dengan kata adjektif. Apitan memper...kan digunakan dengan kata kerja dan kata nama. Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif.Tatabahasa25.08.2014
Salam 1Malaysia, Tuan, apakah istilah atau perkataan yang sesuai untuk merujuk kepada kain layang atau 'cape' yang dipakai oleh hero Superman di belakangnya? Terima kasih.Istilah cape dalam bidang Kesenian diterjemahkan kepada mantel.Istilah23.03.2012
Salam sejahtera. Apakah penggunaan yang sesuai dalam bahasa melayu bagi "road train"? Kenderaan ini merupakan sejenis kenderaan seperti trak besar yang boleh menarik beberapa buah treler di belakangnya, seperti kereta api. Terima kasih.

Perkataan road train memang tidak terdapat dalam data DBP. Akan tetapi, dicadangkan terjemahannya sebagai tren tunda.

Istilah01.07.2015
Salam, saya ingin bertanyakan istilah bahagian kereta. Apakah nama bahagian kereta yang di belakang (tempat meletak barang)? Perkataan bonet digunakan untuk bahagian depan (yg menutupi enjin). Jadi, apakah nama bahagian belakangnya?Adakah but kereta? Tetapi istilah but kereta tiada dalam kamus dewan edisi keempat. Boleh tuan/puan jelaskan? Terima kasih.Istilah yang betul ialah but. Rujuk Kamus Inggeris-Melayu Dewan http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=boot boot diterjemahkan kepada but dalam bahasa Melayu yang merujuk ruang mengisi barang di dalam kereta, selain bermaksud kasut.Istilah27.03.2014
1. Apakah perbezaan antara belakangan dan kebelakangan 2. cara menggunakan perkataaan tersebutBelakangan merujuk kepada kebelakangan yang membawa maksud akhir-akhir ini. Perkataan kebelakangan hendaklah diikuti dengan ini di belakangnya. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Lain-lain26.10.2008
1)Beberapa orang sedang membeli sayur. 2)Tiga oang bermain bola. adakah ayat-ayat ini betul? adakah "orang" dalam konteks ayat tersebut membawa maksud penjodoh bilangan dan perlu diletakkan pelaku di belakangnya ?contohnya : Beberapa orang wanita sedang membeli sayur. Tiga orang budak bermain bola.Orang dalam konteks ayat tersebut berfungsi sebagai penjodoh bilangan, maka perlu dilengkapkan menjadi "tiga orang pemain" dan "beberapa orang wanita".Tatabahasa31.08.2015
boleh pihak DBP berikan infrmasi tentang prosa tradisional Rejang.Melalui laman web ini, saya tidak memperoeh sebarang informasi mengenainya walhal prosa itu merupakan prosa tradisional.Saya nak tau tentang ciri-ciri, latar belakangnya dan apa-apa yang boleh melengkapkan tugasan saya secepat mungkin.saya berminat untuk mengkaji jenis sastera ini kerana saya hanya mendapat informasi bahawa ia adalah sejenis pantun. Kenapa tidak didedahkan?????Rejang ialah istilah astrologi, iaitu nama satu siri lambang-lambang yang mewakili tia-tiap hari dalam sebulan. Lambang-lambang ini dipercayai mempunyai pengaruh kepada nasib atau raksi pada hari-hari yang berkenaan. Dalam erti kata lain, rejang ini ialah satu ramalan tentang nasib manusia sama seperti bintang dua belas (zodiak) yang kita kenali hari ini. Untuk menjelaskan tentang nasib atau ramalan seseorang , masyarakat Melayu dahulu telah menulis rejang dalam susunan puisi Melayu. Antara bentuk puisi Melayu lama yang digunakan untuk menulis rejang ialah syair dan pantun. Contoh rejang yang telah ditemui ialah "Syair Rejang"  dan "Pantun Rejang". Untuk mendapatkan contoh-contoh rejang, saudari yang budiman bolehlah merujuk buku "Puisi Melayu Tradisional: Satu Pembicaraan Genre dan Fungsi" oleh Harun Mat Piah, terbitan DBP, tahun 1989. Untuk merujuk buku ini saudari boleh datang ke Pusat Dokumentasi Melayu, Menara DBP, Kuala Lumpur. Budi Bahasa Budaya Kita.Lain-lain15.01.2008
12

Kembali ke atas