Tolong betulkan ayat ini. Orang Belanda Hitam adalah para rekrut Afrika Barat yang didatangkan dari Elmina untuk berkhidmat dengan Tentera Diraja Hindia Timur Belanda yang bertugas di Hindia Timur Belanda. | Orang Belanda Hitam ialah rekrut Afrika Barat yang didatangkan dari Elmina untuk berkhidmat dengan Tentera Diraja Hindia Timur Belanda dan bertugas di Hindia Timur Belanda. | Tatabahasa | 22.10.2014 |
"akan ke Perancis dan ke Belanda" atau "akan ke Perancis dan Belanda" Penyataan yang manakah lebih tepat dan sesuai? Mengapakah penyataan tersebut lebih tepat? | "akan ke Perancis dan ke Belanda" Kata sendi nama "ke" digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yang menunjukkan tempat atau arah yang dituju. | Tatabahasa | 26.03.2011 |
salam.. saya ingin tahu peribahasa yg mana satu yg betul. 1- seperti belanda mendapat tanah 2- seperti belanda meminta tanah tq | Yang betul ialah bagai Belanda minta tanah. | Lain-lain | 06.04.2008 |
Saya ingin bertanya apakah nama-nama tempatan tumbuhan seperti bunga raya, bunga ros, durian belanda dan sebagainya tergolong dalam kata nama am ataupun khas? Terdapat dua jawapan berbeza berdasarkan tahun di arkib khidmat nasihat. Apabila digunakan sebagai tajuk, adakah perlu saya menggunakan ia sebagai kata nama khas? Contohnya 'Pokok Durian Belanda' atau saya masih boleh menggunakan kata nama am iaitu 'Pokok durian belanda'? | Perkataan durian belanda, bunga ros, bunga raya tergolong dalam kata nama dan dieja dengan huruf kecil sekiranya dalam ayat. Bagi penulisan tajuk, lazimnya ditulis dengan huruf besar di awal perkataan kecuali kata hubung yang ditulis dengan huruf kecil. | Tatabahasa | 08.03.2013 |
'Hamster' dalam bahasa Melayu ialah 'tikus belanda'? | Hamster ialah sj binatang kecil seakan-akan tikus yg badannya agak montok dan ekornya pendek, dipelihara di rumah sbg binatang kesayangan. Tikus Belanda ialah istilah Indonesia. | Istilah | 05.04.2010 |
Makna Peribahasa: (1) Cicak Makan Kapur (2) Belanda Kesiangan. Yang mana Satu betul bagi singkatan Yang Berhormat. YB. atau Y.B.? | 1. Peribahasa cicak makan kapur bermaksud 'Beroleh malu dalam suatu majlis kerana kesalahan sendiri'. 2. Peribahasa belanda kesiangan bermaksud 'Orang yang bertingkah laku seperti orang putih'. 3. Ejaan/singkatan yang betul ialah YB | Tatabahasa | 27.01.2011 |
Pokok melaka dan meranti temak nipis, adakah huruf awalannya huruf besar atau huruf kecil jika berada di tengah ayat? Saya masih keliru dengan ejaan nama pokok terutama yang menggunakan nama negeri/negara. Begitu juga dengan durian belanda. | Merujuk pangkalan data kami nama-nama pokok termasuklah meranti, meranti tembaga dan durian belanda ditulis dengan huruf kecil. | Ejaan | 10.07.2012 |
apakah maksud legasi? | Menurut Kamus Dewan, Edisi Keempat 'legasi' merupakan perkataan Indonesia Belanda yang bermaksud perwakilan negara di luar negara (tarafnya lebih rendah drpd kedutaan besar). Menurut Kamus Melayu Inggeris Dewan legasi membawa tiga maksud 1. pusaka, hartapeninggalan (contoh ayat: Tanah itu ialah pusaka drpd datuk neneknya.); 2. warisan (contoh ayat: Orang-orang zaman Ratu Elizabeth meninggalkan warisan kesusasteraan yang kaya kepada kita.); 3. kesan (contoh ayat: Kucar-kacir dalam masyarakat ialah salah satu kesan buruk peperangan). | Tatabahasa | 17.01.2013 |
Mengapakah bahagian tesaurus PRPM menyatakan prestasi berasal daripada bahasa Inggeris iaitu performance? Bukankah prestasi berasal daripada perkataan bahasa Belanda iaitu prestatie? | Untuk makluman, prestasi dipinjamkan daripada perkataan performance dan bukannya daripada prestatie. Sehubungan dengan itu, bahasa Inggeris dinyatakan sebagai sumber pinjaman dalam PRPM. | Lain-lain | 18.01.2018 |
Saya mohon penjelasan pihak DBP. Ceri Terengganu dieja dengan huruf besar untuk "T", mengapa buah melaka dan durian belanda dieja dengan huruf kecil? Saya rujuk kepada e-mel maklum balas kdnp kepada saya pada hari Khamis 11 Julai. Terima kasih. | Merujuk pangkalan data kami di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ceri dan klik Istilah Malaysia, pelbagai ceri dieja dengan huruf kecil seperti ceri marascino, ceri hutan dan pokok ceri burung. Tidak ada ada perkataan Ceri Terengganu dalam pangkalan data kami. | Ejaan | 12.07.2012 |