Sila nyatakan manakah yang betul 1.Antara 'belas kasihan' dengan' kasihan belas' 2.Antara 'pendingin hawa' atau 'penyaman udara' | 1. Belas kasihan 2. Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama. | Istilah | 08.01.2013 |
Assalamualaykum Tuan/Puan, Merujuk kepada maklum balas email Tuan/Puan yang lepas, berikut saya sertakan cadangan istilah berkenaan dalam bahasa melayu: Spiritual Intelligence: Kecerdasan Spiritual/ Kecerdasan Rohani Compassion Fatigue: Kelelahan Belas Kasihan/Kelelahan Ihsan Compassion Satisfaction: Kepuasan Belas Kasihan/ Kepuasan Ihsan Secondary Traumatic Stress: Tekanan Traumatik Sekunder Burnout: Kelesuan Healthcare Provider: Pihak Penjagaan Kesihatan Terima kasih atas bantuan dan keprihatinan pihak Tuan/Puan. Wassalam. Arif | Waalaikumussalam... Cadangan terjemahan yang sesuai bagi: i. Spiritual Intelligence ialah Kecerdasan Spiritual ii. Compassion Fatigue islsh Lesu Belas Kasihan iii. Compassion Satisfaction ialah Lesu Kepuasan iV. Secondary Traumatic Stress ialah Tekanan Trauma Sekunder v. Burnout ialah Terbakar vi. Healthcare Provider ialah Penyediaan Penjagaan Kesihatan | Makna | 05.12.2017 |
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasih | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut: "baik hati" = suka menolong, mudah simpati dan pengasih, "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang, "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia, "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran" = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta. "Kecekalan" = ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati. "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin). "Persaudaraan" = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum. "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi. | Istilah | 07.11.2010 |
mohon bantuan penggunaan istilah psikologi | Seperti penjelasan kami seblum ini, tidak ada maklumat tentang self-compassion dalam pangkalan data kami. Perkataan yang ada hanyalah compassion yang diterjemahkan kepada belas kasihan. Berdasarkan maklumat yang tuan berikan compassion boleh membawa maksud belas kasihan atau ihsan, iaitu sayang terhadap diri sendiri dan melayani diri sendiri dengan baik. Maka self-compassion boleh diterjemahkan kepada belas kasihan kendiri atau ihsan kendiri, lihat pada konteks penggunaannya dalam ayat. | Istilah | 30.03.2015 |
Maksud muka seposen (sepuluh sen). | Muka seseorang yang buat-buat minta belas kasihan | Makna | 24.09.2018 |
apakah maksud bertimbang rasa? | Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bertimbang rasa bermaksud menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. | Istilah | 24.01.2010 |
Assalamualaikum Penanda wacana yang tepat bagi ayat berikut: Alif seorang pemuda yang cacat.________, dia tidak pernah mengharapkan belas kasihan daripada orang lain. A. Justeru B. Oleh sebab itu C. Oleh itu D. Sungguhpun demikian | Penggunaan "Sungguhpun demikian" lebih seuai digunakan dalam ayat di atas. | Lain-lain | 15.03.2018 |
Saya perlukan definisi PENYAYANG yang ada kaitan dengan individu, masyarakat dan organisasi | Penyayang bermaksud orang yang kasih akan orang lain,pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan. Setiap individu, anggota masyarakat dan organisasi memiliki sifat ini yang dapat membantu mwewujudkan antara lain keharmonian dalam sesuatu hubungan. | Makna | 19.03.2008 |
1)(Hanya mereka/Hanya) yang ada berkenaan sahaja dibenarkan masuk ke bilik pengantin itu. 2)(Dalam/Dengan) perkataan lain dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian. 3)Setiap orang haruslah melakukan perubahan paradigma agar hidup tidak lagi hanya bergantung pada belas kasihan orang lain. Tolong betulkan.Terima kashi. | 1) Hanya yang berkenaan sahaja dibenarkan masuk ke bilik pengantin itu. 2) Dengan perkataan lain dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian. 3) Setiap orang haruslah melakukan anjakan paradigma agar hidup tidak lagi hanya bergantung pada belas kasihan orang lain. | Tatabahasa | 26.06.2012 |
Merujuk soalan 111 yang telah saya kemukakan tentang ' bergantung pada' dan 'bergantung kepada ' . Saya faham dan bersetuju dengan pendapat tuan termasuklah contoh yang tuan berikan iaitu'... bergantung pada belas kasihan'. Saya mengemukakan soalan ini adalah kerana menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood dalam bukunya ' Guru dan Bahasa Melayu' penerbit Media Printext(M) Sn. Bhd KL, m/s 178 menyatakan bahawa ' bergantung kepada' dikatakan salah, sebaliknya' bergantung pada' dikatakan betul. Jadi saya ingin akan kepastian daripada tuan sebagai pihak yang berwibawa kerana ada kalanya saya terlepas pandangan tentang sesuatu perubahan itu. Tujuannya hanya satu iaitu supaya saya dapat menyampaikan ilmu yang betul kepada khalayak . Jadi, adakah masih ada keadaan tertentu yang membolehkan kita menggunakan ' bergantung kepada' ? Terima kasih. | Frasa yang betul ialah bergantung pada, bukan bergantung kepada. Kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja. | Tatabahasa | 06.06.2010 |