Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belas kasihan;

Peribahasa

Kata yang benar ditidakkan,
     rahmat Tuhan dilarikan.

Bermaksud :

Tidak mahu mengakui kebenaran. rahmat = belas kasihan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila nyatakan manakah yang betul 1.Antara 'belas kasihan' dengan' kasihan belas' 2.Antara 'pendingin hawa' atau 'penyaman udara'1. Belas kasihan
2. Istilah yang betul ialah penyaman udara. Pendingin hawa ialah istilah lama.
Istilah08.01.2013
Apa perbezaan antara ayat berikut: "baik hati" dan "murah hati", "belas kasihan" dan "bertimbang rasa", "Berhemah Tinggi" dan "Kesopanan", "Kejujuran" dan "Amanah", "Kecekalan" dan "Kerajinan", "Persaudaraan" dan "Kemasyarakatan"?. Terima kasihBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, dinyatakan takrifan perkataan yang berikut:  "baik hati" =  suka menolong, mudah simpati dan pengasih,  "murah hati" = a) suka memberi, tidak kedekut; b) pengasih dan penyayang, "belas kasihan" = perasaan sungguh bertimbang rasa dan hiba terhadap seseorang dll yg malang,   "bertimbang rasa" =menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil. "Berhemah Tinggi" = mempunyai budi pekerti yg mulia,  "Kesopanan" = 1. perihal sopan (tingkah laku, tutur kata, dll): gambar yg membayangkan ~ seorang gadis desa; 2. adat sopan santun, tatasusila, tingkah laku (tutur kata) yg baik: perbuatan kita sudah melanggar ~ timur; 3. keadaban, peradaban. "Kejujuran"  = perihal jujur, kelurusan hati, keikhlasan: dia masih ragu-ragu tentang ~ anak muda yg baru dikenalinya itu. "Amanah" =1. = amanat sesuatu yg dipercayakan kpd orang (diserahkan utk disimpan dll): bungkusan-bungkusan ini ialah ~ orang; 2. kepercayaan yg diletakkan kpd seseorang; 3. = amanat keamanan, ketenteraman: bahagia dan ~; 4. kepercayaan, boleh dipercayai, jujur; orang ~ orang yg boleh dipercayai; pecah ~ perbuatan mensia-siakan amanah (kepercayaan) orang dll (dgn menipu dsb); 5. (Eko) hak yg boleh dikuatkuasakan oleh mahkamah utk mendapatkan faedah drpd sesuatu harta.  "Kecekalan" =  ketabahan (keteguhan, ketetapan) hati.  "Kerajinan" = 1. perihal rajin, kegiatan, ketekunan: guru hendaklah mendatangkan kecenderungan dan ~ pd kanak-kanak; kerana ~ dan ketekunan semua pekerja di lombong itu, syarikat mengambil keputusan memberi mereka bonus; 2. perusahaan membuat (menghasilkan) sesuatu: mereka mesti pandai memajukan ~ rakyat; ~ rumah tangga perusahaan kecil yg dikerjakan di rumah; ~ tangan pekerjaan (perusahaan) dgn tangan (bukan dgn mesin).  "Persaudaraan"  = perihal bersaudara, perhubungan spt bersaudara, pertalian yg rapat sekali (seolah-olah bersaudara): merekalah yg menguatkan tali ~ antara berbagai-bagai kaum.  "Kemasyarakatan" =keadaan masyarakat, yg berkaitan dgn masyarakat: penting juga kita mengetahui sejarah dan ~ tempat puisi itu dilahirkan; satu aliran kesusasteraan terlalu memberatkan soal ~; ilmu ~ sosiologi.Istilah07.11.2010
apakah maksud bertimbang rasa?Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, bertimbang rasa bermaksud menaruh (menunjukkan) timbang rasa (belas kasihan dll), bersimpati, berlaku adil.Istilah24.01.2010
Saya perlukan definisi PENYAYANG yang ada kaitan dengan individu, masyarakat dan organisasiPenyayang bermaksud orang yang kasih akan orang lain,pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan. Setiap individu, anggota masyarakat dan organisasi memiliki sifat ini yang dapat membantu mwewujudkan antara lain keharmonian dalam sesuatu hubungan.  Makna19.03.2008
1)(Hanya mereka/Hanya) yang ada berkenaan sahaja dibenarkan masuk ke bilik pengantin itu. 2)(Dalam/Dengan) perkataan lain dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian. 3)Setiap orang haruslah melakukan perubahan paradigma agar hidup tidak lagi hanya bergantung pada belas kasihan orang lain. Tolong betulkan.Terima kashi.1) Hanya yang berkenaan sahaja dibenarkan masuk ke bilik pengantin itu.
2) Dengan perkataan lain dapat kita bahagikan kepada beberapa bahagian.
3) Setiap orang haruslah melakukan anjakan paradigma agar hidup tidak lagi hanya bergantung pada belas kasihan orang lain.
Tatabahasa26.06.2012
Merujuk soalan 111 yang telah saya kemukakan tentang ' bergantung pada' dan 'bergantung kepada ' . Saya faham dan bersetuju dengan pendapat tuan termasuklah contoh yang tuan berikan iaitu'... bergantung pada belas kasihan'. Saya mengemukakan soalan ini adalah kerana menurut Prof. Dr. Abdul Hamid Mahmood dalam bukunya ' Guru dan Bahasa Melayu' penerbit Media Printext(M) Sn. Bhd KL, m/s 178 menyatakan bahawa ' bergantung kepada' dikatakan salah, sebaliknya' bergantung pada' dikatakan betul. Jadi saya ingin akan kepastian daripada tuan sebagai pihak yang berwibawa kerana ada kalanya saya terlepas pandangan tentang sesuatu perubahan itu. Tujuannya hanya satu iaitu supaya saya dapat menyampaikan ilmu yang betul kepada khalayak . Jadi, adakah masih ada keadaan tertentu yang membolehkan kita menggunakan ' bergantung kepada' ? Terima kasih.Frasa yang betul ialah bergantung pada, bukan bergantung kepada. Kata sendi nama pada digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.Tatabahasa06.06.2010
Jamila berasa ______ melihat keadaan neneknya. Jawapan manakah yang lebih sesuai? A.sedih B. simpati Apakah perbezaan antara 'sedih' dan 'simpati'?Jawapannya ialah berasa sedih. Sedih bermaksud berasa sangat terharu atau rawan, manakala simpati bermaksud perasaan belas kasihan, timbang rasa, dan sebagainya terhadap seseorang atau sesuatu, terutamanya apabila ditimpa kesusahan. Daripada ayat di atas tidak ada keterangan lanjut yang membolehkan penggunaan perkataan simpati kerana ayatnya umum, oleh itu perkataan sedih lebih sesuai.Tatabahasa17.07.2010
maksud autonomi, penyayang & kerahsiaan

Saudara,

Maksud autonomi ialah pemerintahan (pentadbiran, pengurusan) sendiri, hak mengurus pemerintahan (pentadbiran dsb) sendiri (tanpa penguasaan atau pengendalian oleh pihak lain);

Maksud penyayang ialah orang yg kasih akan yg lain, pengasih, pencinta, bersifat belas kasihan

Maksud kerahsian ialah perihal rahsia.

Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.

Makna27.12.2009
SAYA INGIN TAHU PENGGUNAAN PERKATAAN TENTANG DAN TERHADAP.

Kata sendi nama 'terhadap' digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil terhadap anak buahnya.  ii.  Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.

Kata sendi nama 'tentang' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang tentang masalah negara. ii. kami perlu merujuk ketua kami dahulu tentang kelewatan bayaran.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.   

Tatabahasa14.10.2013
apakah perbezaan antara "terhadap" dan "tentang"? terima kasih..

Saudara Khor Wooi Teck,

Kata sendi nama 'terhadap' digunakan digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan yang melibatkan penyambut tertentu, sama ada manusia, haiwan atau benda. Contoh: i. Seorang ketua harus bersikap adil terhadap anak buahnya.  ii.  Tanamilah rasa belas kasihan terhadap binatang.

Kata sendi nama 'tentang' digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan. Contoh: i. Mereka berbincang tentang masalah negara. ii. kami perlu merujuk ketua kami dahulu tentang kelewatan bayaran.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga.   

Tatabahasa17.04.2010
12

Kembali ke atas