Bezakan kata 'berlayar' dengan 'belayar'? Mengapakah masih ada sesetengah buku yang menerangkan maksud 'berlayar' sama dengan 'belayar'? Saya ingin mendapatkan kepastian tentang kosa kata ini | Perkataan belayar dan berlayar terdapat dalam Kamus Dewan. Berlayar bermaksud menggunakan layar. Belayar bermaksud 1. berjalan atau bergerak(berkenaan kapal atau perahu) 2. pergi (berpergian) dengan kapal atau perahu. | Ejaan | 25.04.2014 |
Ralat Salam sejahtera, saya ingin bertanya berkaitan dengan penggunaan kata kerja bagi bertolak dan berlepas. Adakah dua perkataan ini boleh membawa maksud belayar. Contoh ayat: Kapal kontena itu berlepas / bertolak dari Pelabuhan Kelang ke Australia. Terima kasih. | Perkataan "berlepas" dan "bertolak" dalam contoh ayat betul dan boleh membawa maksud belayar. Perkataan "belayar" lebih khusus untuk pergerakan di atas air. | Tatabahasa | 23.07.2019 |
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Saya hendak bertanya penggunaan kata "belayar" dan "berlayar" dalam ayat berikut adakah betul? Nakhoda Hitam belayar di tengah samudera dengan kapal berlayar kain putih. | Ayat tersebut diberikan penambahbaikan seperti yang berikut: “Nakhoda Hitam belayar di tengah samudera dengan menggunakan kapal yang berlayarkan kain putih.” i. belayar bermaksud pergi ke sesuatu tempat dengan kapal, perahu dan sebagainya. ii. berlayar bermaksud (berkenaan perahu, kapal dan sebagainya) menggunakan atau mempunyai layar. iii. berlayarkan bermaksud menggunakan sesuatu sebagai layar. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 1267. | Tatabahasa | 08.10.2025 |
Adakah perkataan berlayar dan belayar sama makna dan boleh digunakan untuk menceritakan tentang "berpergian/bergerak" menggunakan kapal/perahu? | Perkataan berlayar dan belayar membawa pengertian seperti yang berikut. Berlayar bermaksud layar perahu atau kapal. Contoh ayat, “Kapal itu tidak berlayar.” Belayar bermaksud pergi ke sesuatu tempat dengan kapal, perahu dan sebagainya. Contoh ayat, “Aznil belayar bersama-sama peminatnya menaiki kapal mewah.” Untuk makluman lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana, (DBP, 2021), halaman 1267. | Tatabahasa | 26.09.2025 |
Perkataan mana yang lebih tepat, sama ada 'berlayar' atau 'belayar'? | Ejaan yang betul ialah belayar. | Ejaan | 07.03.2016 |
Assalamualaikum, Jikalau tuan hendak belayar, seyogia/seyogianyanya hamba dibawa. Adakah perkataan "seyogia" itu perlu ditambahkan dengan "nya" ataupun cukup sahaja dengan mengekalkan perkataan "seyogia" sahaja? Sekian Terima kasih/Terima Kasih/terima kasih? Sekian yang dipinta ... | Seyogia bermaksud sewajarnya atau sepatutnya. Perkataan yang betul dalam contoh ayat yang diberikan ialah seyogianya, iaitu Jikalau tuan hendak belajar, seyogianya hamba dibawa. | Makna | 10.10.2021 |
Tuan, Ayat: Apabila hendak belayar,anak kapal itu membongkar sauh selepas diarahkan oleh nakhoda kapal. Pilih perkataan berlawan bagi membongkar. Yang mana jawapannya : melabuh atau menurun | Jawapan yang tepat ialah melabuhkan. | Tatabahasa | 16.02.2012 |
kalau kita perlu menganalisis rima akhir pada serangkap pantun / syair, adakah kita tengok satu huruf sahaja pada akhir sekali, ataupun dua huruf pada akhir sekali? contohnya: pisang emas dibawa belayar, masak sebiji di atas peti, hutang emas boleh dibayar, hutang budi dibawa mati. # kita perlu tengok -ar ? atau -r ? # kita perlu tengok -i ? atau -ti ? | Susunan huruf rima akhir bagi pantun ialah a-b-a-b, manakala rima akhir untuk syair ialah a-a-a-a. Rima akhir a-b-a-b merupakan kriteria utama untuk membezakan pantun daripada syair yang didapati rima akhirnya a-a-a-a. Contoh pantun dengan rima akhir a-b-a-b adalah seperti yang berikut: Sebab padi sebab selasih, Itulah sebab saya lurutkan, Sebab budi sebab kasih, Itulah sebab saya turutkan. Salah satu lagi ciri pantun yang membezakannya dengan syair adalah bahagian pembayang dan bahagian maksud. | Sastera | 09.05.2022 |
Mohon khidmad nasihat untuk terjemahan perkataan 'Pendakwah' atau 'Mubaligh' khususnya kepada pendakwah atau mubaligh Muslim ke dalam Bahasa Inggeris. Contoh ayat seperti berikut:- Menurut cerita lisan tradisi, berabad-abad dahulu, para mubaligh belayar ke sepanjang kepulauan Melayu untuk menyebarkan agama Islam. According to traditional oral stories, centuries ago, missionaries sailed throughout the Malay archipelago to spread Islam. Adakah terjemahan perkataaan yang paling sesuai untuk ayat di atas. Cadangan : Muslim Preacher / Missionaries / Scholar Kerjasama dan khidmad nasihat dari pihak DBP amatlah di harapkan. Terima kasih | Perkataan Missionaries telah digunakan secara meluas untuk merujuk kepada penyebar agama. Cadangan kami supaya dimasukkan teks “muslim” atau “Islam” di hadapan perkataan Missionaries. | Istilah | 18.03.2022 |
Adakah diperbolehkan menambah perkataan dalam suatu peribahasa untuk menyesuaikannya dengan ayat yang ditulis. Sebagai contoh, peribahasa balayar mengadang pulau, apabila ditulis dalam suatu ayat ; remaja tidak sepatutnya membuang masa pada perkara yang tidak berfaedah, sebaliknya belayar hendaklah mengadang pulau. | Untuk makluman, perkataan dalam peribahasa tidak boleh ditukar sewenang-wenangnya. Sehubungan dengan itu, mohon rujuk Kamus Istimewa Peribahasa Melayu. | Lain-lain | 16.12.2016 |