Ayah membelek-belek komputer itu sebelum membelinya. ( Betulkah penggunaan perkataan membelek-belek dalam konteks ayat ini?) | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, membelek-belek bermaksud memerhati dgn teliti, mengincar, memeriksa: ia menghunus goloknya dan membelek-beleknya sebentar. Berdasarkan huraian tersebut, ayat tersebut betul penggunaan bahasanya. | Tatabahasa | 18.08.2010 |
Salam, saya sedang mengedit jawapan untuk karangan autobiografi 'Aku sebuah tandas awam'. Saya ingin bertanya, penggunaan penyambungan 'ku' di belakang perkataan yang macam mana yang dikatakan betul dan sesuai? 1. membelek-belek tubuhku @ membelek-belek tubuh aku 2. tukang cuci itu mencuciku @ tukang cuci itu mencuci aku 3. badanku diperbuat daripada batu @ badan aku diperbuat daripada batu dan seumpamanya.. Sekian, terima kasih. | Kata ganti nama diri ku ialah kependekan aku dan digunakan juga sebagai awalan yang terikat dengan kata kerja pasif atau kata yang mendahuluinya, contohnya kulihat, kudengar, rumahku, menemaniku dan lain-lain. Bagi ayat yang dinyatakan, kesemuannya tepat penggunaan sama ada aku mahupun ku. | Tatabahasa | 27.12.2012 |
Soalan tentang penggunaan kosa kata - membelek-belek lagi. Adakah membelek-membelek sesuatu benda bermakna benda tersebut mesti boleh dipegang dalam tangan ketika diperhatikan? | Perbuatan membelek-belek ditakrifkan sebagai memerhati dengan teliti, tetapi tidak ada dalam sumber kami menyatakan bahwa benda yang dibelek itu mesti dipegang ketika diteliti. | Tatabahasa | 25.08.2010 |
saya ingin mengetahui maksud perkataan SEMENTA setelah di belek dalam kamus DBP saya tak berjumpa dengan perkataan tersebut sedangkan perkataan tersebut biasa digunakan untuk nama kampung spt di Pahang, Klang dan sebagainya, adalah mustahil perkataan yg sering digunakan tapi dikatakan tidak mempunyai apa2 maksud atau tidak diketahui kewujudannya. Setakat ini saya temui perkataan SEMENTA digunakan dengan meluas di Terengganu bagi merujuk kepada buah manggis. Diharap perkataan tersebut di masukkan kedalam Kamus DBP | Terima kasih atas maklumat tersebut. Untuk makluman, tuan boleh memasukkan maklumat tersebut dalam portal Gerbang Kata untuk berkongsi maklumat dengan Bhg. Perkamusan, DBP dan juga untuk tindakan kami selanjutnya. Tuan boleh melayari http://ekamus.dbp.gov.my/ untuk lebih lanjut mengenai gerbang kata DBP. | Tatabahasa | 02.12.2013 |
1. Jika kata kerja disusuli aku, frasa kerja itu harus disambung atau dipisahkan? Contohnya, membelek-belekku atau membelek-belek aku? Terima kasih saya ucapkan atas perkhidmatan yang diberikan selama ini. | Saudara, Jawapannya frasa kerja itu ditulis terpisah. Walau bagaimanapun kata ganti nama singkat ditulis serangkai dengan kata yang mengikutinya. | Tatabahasa | 28.02.2010 |
Selamat sejahtera. Adakah ayat-ayat di bawah ini betul ? 1. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. 2. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. 3. Anak lelaki itu membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. 4. Tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah. 5. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Terima kasih. | Selamat sejahtera. Ayat yang betul ialah: 2. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. 3. Anak lelaki itu membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. 4. Tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah. 5. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Ayat yang salah ialah: 1. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ.
| Tatabahasa | 07.04.2013 |
Assalamualaikum, bolehkah kamus DBP online ini diterokai tanpa memasukkan kata kunci ke kotak carian? ada kalanya saya ingin mencari kosakata bahasa melayu yang belum saya kenali. saya mohon agar kamus online ini boleh dibelek-belek seperti juga kamus fizikalnya. terima kasih | Sistem carian kata bahasa Melayu dalam Kamus DBP secara dalam talian hanya menyediakan khidmat mencari perkataan dan makna sesuatu kata yang dikehendaki. Sekiranya saudara memerlukan khidmat sebagaimana yang "dikehendaki", silalah membeli kamus di kedai buku. | Lain-lain | 15.06.2010 |
Sila semak karang berikut, markah penuh ialah 30. Tajuk : Aku sebatang pen Aku merupakan sebatang pen. Nama aku Pilot. Aku dibuat di sebuah kilang yang diletakkan di Shah Alam. Setelah siap diperbuat, aku dan kawan-kawan dihantar ke sebuah kedai buku. Aku dan kawan-kawan dihantar ke sana dengan sebuah lori. Pekerja kedai buku meletakkan aku di sebuah almari yang bercermin. Aku juga berkenal banyak kawan yang lain di situ. Pada suatu hari, seorang wanita membawa anak lelakinya datang ke kedai buku untuk membeli alat menulis. Anak lelaki wanita itu telah tertarik pada aku. Anak lelaki iut membelek-belek aku dan meminta ibunya membeli aku. Wanita itu telah membeli aku dengan harga RM1.50. Aku dibawa balik ke rumah mereka. Rupa-rupanya, tuan aku ialah seorang murid sekolah rendah dan bernama Beng Hung. Tuanku menggunakan aku untuk membuat kerja rumah di sekolah. Tuan aku menjaga aku dengan berhati-hati semasa menggunakan aku. Aku bersyukur kerana mempunyai seorang tuan yang baik. Aku berharap aku boleh bekhimat tuanku selama-lamanya. | Untuk makluman, soalan puan adalah di luar skop perkhidmatan kami. Khidmat Nasihat DBP (KNDBP) membantu pengguna menyelesaikan pelbagai masalah penggunaan bahasa Melayu seperti ejaan Rumi dan Jawi, perkataan dan istilah serta penyemakan bahasa. KNDBP juga turut melayan pertanyaan yang berkaitan dengan aktiviti sastera, penerbitan dan korporat. Untuk semakan dan pemarkahan karangan sila rujuk guru bahasa Malaysia di sekolah puan. Dan untuk semakan sendiri sila rujuk buku Tatabahasa Dewan kerana banyak ditemukan kesalahan dalam ayat tersebut termasuklah penggunaan kata terbitan yang tepat dan ejaan. | Tatabahasa | 06.04.2013 |