Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.leng.gu] | بلڠݢو

Definisi : 1. alat utk mengikat kaki atau tangan, rantai kangkang, gari, sengkela: polis itu membawa ~ dan melekatkannya di tangan Yusuf; 2. ki sesuatu yg dianggap spt mengikat (kebebasan dll): merdeka itu ertinya terlepas drpd ~ menjadi anak jajahan; membelenggu 1. melekatkan (mengenakan) belenggu pd, menggari: kedua-dua tangannya dipegang kuat-kuat dan dibelenggu;2. ki mengikat kebebasan: hasrat penjajah utk ~ fikiran rakyat; 3. menyekat, menghalang: adat-adat yg ~ kemajuan; 4. memikat (hati dll): parasnya yg cantik manis tentu sekali akan ~ hati barang siapa yg memandangnya; terbelenggu 1. terikat (dgn belenggu); 2. tersekat atau terkongkong kebebasan utk melakukan sesuatu: ada manusia bebas, ada yg ~; 3. terpikat: ~ oleh kata-katanya yg lemah lembut;kebelengguan rasa (keadaan) terbelenggu: kemerdekaan individu dan masyarakat serta negara drpd setiap ~ isme-isme boleh diatasi sehingga semuanya dapat tunduk kpd Allah;pembelengguan perbuatan membelenggu: kemerdekaan yg melepaskan sebarang bentuk atau rupa penaklukan, ~, dan penindasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.leng.gu] | بلڠݢو

Definisi : 1 alat utk mengekang kaki atau tangan; gari; sengkela. 2 ki sesuatu yg mengikat sehingga menyebabkan tidak bebas lagi: ~ penjajahan. membelenggu 1 mengenakan belenggu pd. 2 ki mengenakan sekatan, halangan dsb pd: ~ fikiran rakyat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belenggu


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah perkataan seperti "badai", "tonggak", "belenggu", dan "samudera" merupakan bahasa serumpun dalam bahasa Melayu. Bagaimana cara untuk mengenal pasti sesuatu perkataan itu merupakan bahasa serumpun atau tidak. Terima kasih.Terdapat sebelas pola suku kata dasar, iaitu
 
1. V; 2. VK; 3. KV; 4. KVK; 5. KKV; 6. KKVK; 7. VKK; 8.KVKK;9. KKVKK; 10. KKKV 11. KKKVK.  

Pola 1 hingga 4 ialah empat macam pola suku kata yang terdapat pada kebanyakan kata dasar dalam bahasa Mleayu. Pola 5 hingga 11 ialah tujuh pola suku kata yang terdapat padanya huruf konsosnan rangkap atau gugus konsoanan, iaitu yang diserap daripada ejaan bahasa Inggeris atau bahasa -bahasa Eropah yang lain.

Untuk maklumat lanjut, saudara boleh merujuk buku Pedoman Umum Ejaan Rumi Bahasa Melayu terbitan DBP.
Tatabahasa25.07.2013
Saya ingin mencari novel Fiksyen Indonesia Moden. Novel tersebut ialah Siti Nurbaya Karangan Marah Rosli, Belenggu Karangan Armijn Pane dan Keluarga Gerilya karangan Pramodeadya AnantatoerSaudara boleh mendapatkan buku-buku tersebut di kedai buku yang terletak di Wisma Yakin, Jalan Masjid India, Kuala Lumpur.   Saudara juga mungkin boleh meminjamnya dari perpustakaan negara atau perpustakaan negeri atau dari Pusat Dokumentasi Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka dan melihat nama penerbitnya untuk memesan terus daripada penerbit.  Saudara juga boleh memohon bantuan perpustakaan untuk mendapatkan alamat penerbit.Lain-lain04.07.2009
Salam 1Malaysia. Saya ingin memohon kepastian sama ada penggunaan perkataan "agen perubahan sosialisasi masyarakat" dalam ayat berikut sesuai digunakan atau ada ayat lain yang pihak tuan cadangkan. Terima kasih. Contoh ayat. Untuk mencapai status negara maju, guru memainkan peranan penting untuk membawa murid dan masyarakat setempat keluar dari belenggu kemiskinan. Oleh itu, sebagai agen perubahan sosialisasi masyarakat, guru perlu mempunyai tahap kompetensi yang tertentu supaya murid-mudid dapat pelbagai dimensi pendidikan iaitu literasi asas, literasi bahasa, literasi budaya, literasi sosial, literasi ekonomi, literasi politik, literasi agama, dan literasi intelektual.Lihat maksud sosialisasi dalam http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=sosialisasi, dan perkataan sosialisasi tidak dapat difahami dalam konteks ayat tersebut. Sila gantikan dengan perkataan lain yang sesuai dengan maksud yang hendak disampaikan oleh penulis.Lain-lain06.12.2015

Kembali ke atas