Kompleks membeli-belah atau kompleks beli-belah. Pusat membeli-belah atau pusat beli-belah. Apa maksud sebenar perkataan "beli-belah".? | Yang betulialah kompleks beli-belah, beli-belah bermaksud membeli berbagai-bagai jenis barang. | Tatabahasa | 14.10.2008 |
Pusat Beli-belah Aeon atau Pusat Beli-Belah Aeon (ejaan beli-belah yang betul bagi nama khas) | Ejaan yang betul ialah Pusat Beli-belah Aeon | Ejaan | 16.09.2017 |
Pusat beli-belah atau pusat beli belah.Mana yang betul? | Pusat beli-belah | Tatabahasa | 06.05.2007 |
Berikut adalah bahan bacaan untuk kanak-kanak. Sila semak ejaan dan penggunaan bahasa sesuai atau tidak. *Hari ini hari Rabu. *Hari ini hari jadi Liza. *Ibu beli ayam. *Ibu beli ikan. *Ibu beli sawi dan ciku. *Ibu juga beli roti. *Ibu masak nasi dan sawi. *Ibu juga masak kari ayam. *Bapa pula masak ikan. *Liza suka makan kari ayam. *Zul suka makan ikan. *Rafi dan Haris suka makan sawi. *Adam dan Ana suka makan roti. *Liza suka hati. | Untuk makluman, kesemua ayat tersebut betul dari segi ejaan dan penggunaannya. Akan tetapi, jika saudara sedang membuat buku kanak-kanak atau seumpamanya, mohon rujuk Kamus Dewan dan juga buku Tatabahasa Dewan untuk mendapatkan lebih perincian kerana pihak kami tidak menyediakan perkhidmatan penyuntingan karya, kecuali saudara menghantar karya untuk diterbitkan di DBP. | Lain-lain | 27.12.2016 |
mohon semak ayat dan ejaan: Bapa saya Ini bapa saya. Bapa saya bernama Musa. Bapa saya suka baca buku. Bapa saya guru. Guru suka baca buku. Musa suka baca buku. --------- Mama saya Ini mama saya. Mama suka hati. Bapa beli baju baharu. Bapa beli pasu baharu. Bapa beli meja baharu. Bapa beli sofa baharu. Mama suka hati. -------- Guru saya Ini guru saya. Mari baca buku. Kami suka baca buku. Guru suka hati. Kami pula geli hati. ------ Geli hati Yaya belajar kira-kira. Satu, lima jadi lima. Kami geli hati. “Kamu kira lagi”, kata cikgu. “Kamu kena kira lagi”, ulang cikgu. Yaya kira lagi. “Satu tambah lima jadi enam”, kata Yaya. “Yaya bijak!”, kata cikgu. ------- Hari Jadi Yaya. Hari ini hari Selasa. Hari ini hari jadi Yaya. Yaya suka hati. Bapa bagi buku. Mama beli baju lawa. Adik pula beri lima rama-rama. Yaya suka hati. ----- Meja makan baharu Ini meja. Ini meja makan. Ini meja makan baharu. Meja makan ini ada lapan kerusi. Meja makan ini besar. Papa beri kepada mama. “Terima kasih, papa,” kata mama. ------ Apa dalam Bakul? Mama, apa dalam bakul? Dalam bakul ada baju. Dalam bakul ada buku. Dalam bakul ada bola. Boleh saya lihat? Boleh. ----- Limau Cuba rasa limau ini. Saya suka limau. Limau rasa manis. Limau rasa sedap. Tetapi, Ada limau rasa masam. Ada limau rasa pahit? Ada, limau busuk. Kami geli hati. Ada limau rasa masin? Ada, limau kena garam. Kami ketawa. | Soalan saudara/ saudari tidak jelas. | Tatabahasa | 30.06.2010 |
Salam, saya ingin bertanya tentang maksud yang sebenar dan terkini istilah 'ownership' adakah ia milikan, pemilikan atau kepemilikan? Ia berdasarkan daripada ayat hire-purchase ownership. Adakah ia pemilikan sewa beli, milikan sewa beli atau kepemilikan sewa beli? Terima Kasih | Kami mencadangkan perkataan ownership dalam konteks yang tersebut diterjemahkan kepada pemilikan. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=ownership. | Istilah | 17.03.2015 |
Assalamualaikum. Saya ingin tahu terjemahan yang tepat untuk "Buy more storage". Bidang: Teknologi Maklumat, Konteks: Storan dalam talian percuma yang disediakan tidak mencukupi untuk menyimpan fail bersaiz besar. Oleh itu, pengguna disarankan supaya 'buy more storage'. Antara terjemahan yang lazim: 'Beli lagi storan', 'Beli lebih banyak storan', 'Beli lebih storan'. Mana satukah sebenarnya terjemahan yang tepat? Mohon pencerahan pihak tuan. Terima kasih. | Pada pandangan kami, terjemahan yang sesuai ialah Beli lebih banyak storan atau Sila beli storan. | Penyemakan dan penterjemahan | 04.09.2014 |
Penggunaan frasa yang manakah betul,'pusat membeli belah' atau 'pusat beli belah? | pusat beli-belah | Tatabahasa | 13.09.2012 |
Di sini, saya nak tanya tentang tatabahasa. 1. kuatkuasa-----kuat kuasa penguatkuasa-----penguat kuasa penguatkuasaan-----penguat kuasaan 2. pemuda-pemuda-----pemuda-pemudi 3. pusat beli-belah-----pusat-pusat beli-belah pusat membeli-belah-----pusat-pusat membeli-belah 4. sementelahan sementelahan itu 5. justeru, justeru itu, 6. ....kita akan dapat..... .... akan kita dapat..... 7.....saya akan mendapat.... .......akan saya mendapat.... .......saya akan dapat.... .....akan saya dapat..... ....saya perlu..... .....perlu saya...... 8. anti dadah antidadah Kelab Anti Dadah Kelab Antidadah Kelab AntiDadah Kelab Anti-Dadah Kelab Anti-dadah Kelab anti-dadah Kelab anti-Dadah Kelab anti dadah Program Anti Dadah Program Antidadah Program AntiDadah Program Anti-Dadah Program Anti-dadah Program anti-dadah Program anti-Dadah Program anti dadah Kempen Antidadah Kempen anti-Dadah ...*.dan sebagainya......... 9. kita haruslah.... kita seharuslah.... kita seharusnya..... seharusnya kita........ harus kita........ haruslah kita.......... 10. keistimewaan alam semulajadi keistimewaan alam semula jadi 11. mempertingkatkan mempertingkat 12. memperbaiki memperbaik 13. perkataan yang bersifat "memper...kan" , "memper...", "memper....i". | 1. Kuat kuasa, penguat kuasa, pegawai penguat kuasa, penguatkuasaan. 2. Pemuda, pemudi serta pemuda dan pemudi. 3. Pusat beli-belah, pusat-pusat beli-belah. 4. Sementelah dan sementelahan. 5. Justeru. 6. ... kita akan dapat ... 7. ... saya akan mendapat ... dan ... saya perlu ... 8. Antidadah, Kelab Antidadah, Program Antidadah, Kempen Antidadah 9. Kita haruslah dan kita seharusnya 10. Keistimewaan alam semula jadi 11. Mempertingkatkan 12. Memperbaik 13. Apitan memper...kan digunakan juga dengan kata kerja dan kata nama Apitan memper...kan dengan kata kerja membawa maksud menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja. Apitan memper...kan dengan kata nama membawa maksud kuasatif. Untuk maklumat lanjut sila rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208. Apitan memper-...-i tidak begitu produktif dan kata-kata yang dapat bergabung dengan apitan ini tidak banyak, seperti`memperingati`, `memperkawani`, `memperisteri`dan `mempersuami`. Kata dasar lain boleh bergabung dengan apitan memper-...-i jika ada keperluan untuk menyatakan makna khusus bagi sesuatu perbuatan kata kerja, yang sebelum ini tidak terungkap dalam bahasa Melayu. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 211. Awalan memper- biasa juga dirujuk sebagai awalan per-. Lihat Tatabahasa Dewan, halaman 177. | Tatabahasa | 29.10.2012 |
mana satu jawapan yang betul A) Buku yang berharga RM3 telah saya beli. B) Buku yang berharga RM3 saaya telah beli. | Ayat yang betul ialah Buku yang berharga RM3 telah saya beli. | Tatabahasa | 10.02.2011 |