Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sl pawang, bomoh; hantu ~ harimau yg mempunyai kekuatan ghaib. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belian I

Puisi
 

Nisan batu tambak belian,
     Jari jangan diberi luka;
Amanah ibu bapa pesan,
     Janji jangan diberi lupa.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Jason berkerut dahi melihat belian isterinya. Betulkah susunan bahasa dalam ayat di atas?Ayat yang gramatis Jason berkerut dahi apabila melihat belian isterinya.Tatabahasa14.06.2012
Tuan, Saya ingin bertanya apakah istilah Bahasa Melayu yang sesuai untuk "forward asset purchase". Forward asset purchase: A financial term. It refers to purchase of assets (e.g. bonds) of which the settlement date is a future date. Sekian. Terima kasih.Terjemahan forward asset purchase belum ada dalam sumber rujukan kami. Kami mencadangkan belian aset ke hadapan sebagai padanan terjemahan frasa tersebut. Penyemakan dan penterjemahan19.09.2010
Assalamualaikum dan selamat pagi. Saya ada beberapa soalan berkenaan dengan pantun. 1) Apakah kriteria yang dinilai dalam pertandingan pantun kebangsaan? 2) Sekiranya tema yang diberikan ialah adat dan budaya masyarakat, sejauh manakah tema itu harus diolah/dikupas? adakah ianya secara umum atau seharusnya spesifik kepada aspek-aspek tertentu, misalnya adat perkahwinan, budaya membaca dan sebagainya?

Untuk makluman saudara, mereka yang menyertai pertandingan pantun sama ada peringkat kebangsaan atau IPTA, pantun yang dijual/beli  akan dinilai berdasarkan isi, bahasa dan persembahan. Dari segi isi, penekanan kepada:

1.  Ketepatan soalan/jawapan: jelas dan sesuai dengan tema

2. Pantun yang dijual mempunyai soalan

3. Jualan/belian pantun yang terkeluar daripada tema yang ditetapkan atau pantun yang berupa pelarian  tidak mendapat markah.

Dari segi bahasa pula, seorang pemantun hendaklah bijaksana memilih ,

1. Pola rima dan suku kata

2. Terdapat kesinambungan/hubungan antara baris 1 dan 2( Keindahan unsur alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

3. Kemunasabahan pembayang maksud

3. Pemilihan kata( Keindahan alam, kerenah manusia dan unsur sejarah)

4. Sebutan yang jelas 

Dari segi persembahan pula, penyampaian seorang pemantun akan dinilai melalui,

1. Gaya persembahan seimbang dengan pantun

2. Intonansi( nada pemisah antara pembayang dan maksud)

3. Jeda( nada/hentian sebentar pada dua patah perkataan awal setiap baris)

4. Kelancaran( tanpa kegagapan dan pengulangan)

  Untuk makluman saudara juga , setiap rangkap pantun yang dijual atau dibeli hendaklah menepati tema yang telah ditetapkan dan kalau boleh biarlah spesifik.

Lain-lain18.11.2010

Kembali ke atas