Salam. Ayat manakah yang betul; 1) beliau memberitahu pegawainya atau 2) beliau memberitahu pegawai beliau Terima kasih." | Frasa yang betul ialah beliau memberitahu pegawainya... | Tatabahasa | 02.06.2013 |
Yang mana paling tepat: 1. Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ... 2. Beliau mengemaskinikan status laman sosial beliau dengan pesanan... | Frasa yang gramatis ialah "Beliau mengemaskinikan status laman sosialnya dengan pesanan ...".
| Tatabahasa | 01.04.2013 |
Bolehkah ganti nama diri ' beliau ' digunakan untuk merujuk kepada murid sekolah. Contohnya , dalam menulis berita tentang seorang pelajar yang cemerlang dan dipilih sebgai tokoh murid , kita menggunakan beliau untuk merujuk kepada murid tersebut.... terima kasih | Beliau ialah kata ganti diri ketiga untuk orang tua atau orang yang dihormati. Oleh itu, beliau tidak sesuai digunakan sebagai kata ganti nama diri murid sekolah. | Tatabahasa | 20.04.2012 |
Bagi karangan autobiografi, adakah "beliau" boleh digunakan untuk memanggil tuan? Contohnya, Tuan aku bernama Ali. Beliau menjaga aku dengan baik. | Perkataan "beliau" dalam ayat tersebut boleh digunakan. | Tatabahasa | 07.04.2013 |
asalamualaikum..masalah penggunaan beliau. adakah pengacara majlis orang yang dihormati dan perlu menggunakan k.ganti diri ketiga beliau? | Kata Ganti diri ketiga "beliau" sesuai digunakan untuk pengacara majlis. | Tatabahasa | 02.03.2011 |
beliau menawari pelajar yang pintar itu biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. (bagaimana membezakan menawari dan menawarkan? tq) | 1. Beliau menawari pelajar yang pintar itu biasiswa untuk melanjutkan pelajaran. 2. Beliau menawarkan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran kepada pelajar yang pintar itu. Untuk keterangan lanjut tentang apitan meN-...-kan dan meN-...-i, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, ms. 191-197 dan ms. 202-208. | Tatabahasa | 09.08.2011 |
Ayat manakah yang betul? 1. Karangan itu dikarang oleh beliau. atau 2. Karangan itu dikarangkan oleh beliau. | Ayat yang betul ialah "Karangan itu dikarang oleh beliau" | Tatabahasa | 14.04.2009 |
Salam sejahtera Tuan, Soalan: Abang saya seorang guru. Beliau baru balik dari Johor. ATAU Abang saya seorang guru. Dia baru balik dari Johor. Beliau atau Dia yang sepatutnya diguna dalam ayat. Sekian, terima kasih. | Sim, Penggunaan perkataan atau kata sapaan beliau hanya digunakan untuk kata ganti diri ketiga dan hanya digunakan bagi orang yang dihormati. Walau pun dalam hal ini kita menghormati abang kita namun kita tidaklah sampai menggunakan kata sapaan beliau. Terima kasih. | Tatabahasa | 25.03.2010 |
Yang manakah yang betul? 1 sebatang cangkul atau sebilah cangkul 2 Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai atau Beliau merupakan guru besar SK Bayan Permai Terima kasih | 1. Sebatang cangkul. 2. Beliau merupakan Guru Besar SK Bayan Permai. | Lain-lain | 01.05.2007 |
soalan pertama 1. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan negeri Sarawak. 2. Beliau dianggap sebagai perwira atau pahlawan Negeri Sarawak. soalan saya: Merujuk kepada ayat di atas, penggunaan negeri Sarawak atau Negeri Sarawak betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul. Soalan kedua 1. Orang Melayu memakai baju Melayu. 2. Orang Melayu memakai Baju Melayu. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas pengggunaan baju Melayu atau Baju Melayu betul? Ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Soalan ketiga 1. Beliau ialah Guru Besar sekolah saya. 2. Beliau ialah guru besar sekolah saya. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas, penggunaan guru besar atau Guru Besar betul? Ayat 1 atau ayat 2 betul? Soalan keempat 1.Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional kaum Cina. 2. Yoyo Cina ialah sejenis permainan tradisional Kaum Cina. Soalan saya Merujuk kepada ayat diatas penggunaan Kaum Cina atau kaum Cina betul?ayat 1 atau ayat 2 yang betul? Sekian terima kasih. Tan Foo Sian | Saudara, Jawapan yang tepat ialah: 1. Ayat pertama jawapan yang betul ialah, 'negeri Sarawak' Penggunaan huruf besar pada perkataan 'negeri' apabila terletak di pangkal ayat sahaja kecuali pada kata nama khas misalnya 'Negeri Sembilan' 2. Ayat kedua jawapan yang tepat adalah 'baju Melayu'. Namun, sekiranya Baju Melayu Cekak Musang, Baju Melayu Teluk Belanga pula, perlu ditulis dengan huruf besar kerana baju tersebut dikategorikan sebagai kata nama khas bagi pakaian tersebut. 3. Ayat yang betul ialah 'guru besar'. Berdasarkan Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia, huruf besar digunakan sebagai huruf pertama unsur nama jawatan dan pangkat yang diikuti nama orang. Berdasarkan pertanyaan saudara, guru besar merupakan kata nama am dan ditulis dengan huruf kecil. Walau bagaimanapun, dalam teks ucapan atau dalam majlis tertentu, guru besar boleh ditulis dengan huruf besar kerana kerana kata tersebut dijadikan panggilan khas untuk merujuk orang tertentu yang berada dalam sesuatu majlis. 4. Jawapan yang tepat ialah 'kaum Cina' Terima kasih kerana menggunakan perkhidmatan kami. | Tatabahasa | 13.08.2012 |