Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.li.tung] | بليتوڠ

Definisi : sj ikan laut, golok, Coryphaena hippurus; siput ~ sj siput, Cerithidea obtusa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belitung


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tolong betulkan ayat ini. Parang Belitung sederhana panjang.Ayat yang betul ialah "Parang Belitung sederhana panjangnya".Tatabahasa21.09.2014
Antara kata nama atau adjektif yang merujuk hari relatif, seperti esok, lusa, tulat, dan tubin, saya menemui entri cekelong (cĕ·kĕ·long) dalam kamus KBBI yang bermaksud "hari kelima setelah hari ini". Entri tersebut juga dilabel MBl yang bermaksud "dialek Melayu Belitung" dalam laman sesawang tersebut. Boleh lihat URL → https://kbbi.kemdikbud.go.id/entri/cekelong ● Carian saya di PRPM tidak menemukan cekelong. ● Adakah wujud padanan seerti untuk "hari kelima setelah hari ini"?​ Ataupun bolehkah cekelong dicadangkan supaya dimasukkan ke dalam entri PRPM?1. Tiada kata "cekelong" dalam Pangkalan Data DBP, khususnya dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020). Oleh sebab kata ini kata dialek dan penggunaannya dalam penulisan umum di Malaysia juga tidak diperoleh, maka perakaman kata ini dicadangkan disenaraikan dalam calon kata baharu untuk glosari/kamus dialek.
2. Tiada padanan bagi maksud tersebut.
3. Kata ini boleh dicadangkan dalam Saran Kata di Gerbang Kata, PRPM.
Lain-lain16.04.2023

Kembali ke atas