Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[bé.lot] | بيلوت

Definisi : (bélot) = berbelot, membelot 1. berpihak kpd musuh (menderhaka): orang yg telah ~ akan dipecat drpd jawatannya; 2. berlaku tidak setia (tidak jujur), berpaling hati: ia tidak mahu mengenang-ngenangkan lagi kisah ~ terhadap isteri tuanya; 3. meninggalkan agama dll, murtad: dia telah ~ drpd ajaran Islam;pembelotan perbuatan membelot, penderhakaan; pembelot orang yg mengkhianati (orang lain dll), penderhaka: di hadapan kita ini ada dua orang ~ yg telah menyamar diri ke dlm kumpulan kita. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[bé.lot] | بيلوت

Definisi : /bélot/, = membelot 1 menyebelahi musuh; berkhianat lalu memihak kpd mush; tidak setia: Dlm perkumpulan mafia itu, sesiapa yg ~ dihukum bunuh. 2 keluar dr agamanya sendiri; murtad: Drpd tindakannya, nyatalah dia sudah ~ drpd ajaran Islam. pembelot orang yg lari lalu memihak kpd musuh; orang yg belot; pengkhianat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata belot


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Assalamualaikum Wbrt. Tuan Mohon tanya sama ada ayat-ayat di bawah betul atau salah (dengan alasan) 1)Apabila ayah pulang sahaja dari pejabat, adik bongsu kami segera mendapatkannya. 2)Beberapa orang askar yang belot terhadap kerajaan akan dihadapkan di mahkamah tidak lama lagi. 3)Jumlah mangsa yang terkorban dalam kemalangan feri di Pulau Tioman baru-baru ini tidak terkira ramainya. Atas kerjasama tuan, didahului dengan ucapan ribuan terima kasih. Sekia, terima kasih. Terima kasih. Izani b. Hj. DaudPenggunaan kata sendi nama dalam ayat pertama dan kedua kurang tepat, manakala penggunaan kata sendi nama dalam ayat ketiga adalah tepat.Tatabahasa13.06.2012

Kembali ke atas