JIKA PENGETUA SEKOLAH SEORANG PEREMPUAN, DI DALAM MAJLIS RASMI ADAKAH KITA MENYEBUT "YANG BERUSAHA "TUAN" PENGETUA SMK. PEKAN II KOTA BELUD, PN. LATIFAH HJ. MUSTAKIM..." ATAU "YANG BERUSAHA "PUAN" PENGETUAN SMK. PEKAN II KOTA BELUD..."? KELIRU ANTARA PUAN DAN TUAN, UNTUK DALAM UCAPAN MAJLIS RASMI. TERIMA KASIH. | Jika Pengetua yang dimaksudkan itu adalah seorang perempuan, yang disarankan ialah Puan Pengetua. Bagaimanapun, jika Pengetua itu tidak diketahui jantina, sama ada perempuan atau lelaki, yang dicadangkan ialah tuan pengetua. Harap maklum. | Tatabahasa | 29.10.2007 |
salam satu Malaysia Untuk makluman, saya telah menyiapkan sepuluh judul cerita tradisonal untuk kanak -kanak tetapi saya tidak tahu hendak dihantar ke mana manuskrip tersebut. Baru - baru ini saya telah menghantar email kepada beberapa penerbit ( bersama dengan satu contoh judul cerita ) tetapi sehingga kini saya tidak mendapat sebarang jawapan samada mereka mahu menerina atau menolak karya tersebut. Oleh itu besarlah harapan saya agar pihak DBP dapat membantu saya kerana saya benar -benar berminat untuk mencuba bakat saya dalam bidang penulisan ini. Diharapkan agar pihak tuan sudi memberi panduan kepada saya berhubung dengan tempat penghantaran karya ini. Saya sangat mengharap agar mendapat maklum balas yang amat positif daripada pihak tuan. Sekian terima kasih Saindim Sadah Kota Belud Sabah. | Untuk makluman saudara Bahagian Buku Sastera, DBP bertanggungjawab menyelaras dan mengurus penerbitan buku satera. Sila hubungi Ketua Bahagian Buku Sastera, Jabatan Penerbitan, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau e-mel hajijah@dbp.gov.my. | Sastera | 03.08.2011 |