Sudah buat bayaran untuk iklan melalui online banking, tapi laman web (dbp sah bahasa) masih belum proses, kenapa minta I bayar sekali lagi??? | Pihak kami mohon maaf atas kesulitan yang berlaku. Untuk makluman, iklan tuan/puan sedang diproses. Tuan/puan tidak perlu membuat bayaran sekali lagi. | Lain-lain | 27.02.2018 |
Selamat pagi Tuan. Pada 09/06/15, kami membuat permohonan khidmat pengesahan bahasa bagi Papan Tanda Pusat Tuisyen kami. Malangnya, sehingga hari ini (150615) kami belum menerima sebarang maklumbalas dari pihak tuan. pada masa-masa lalu, kami mendapat maklumbalas pada hari itu juga dan perkhidmatan dbp amat efisen dan mengkagumkan. Kami rasa keliru kenapa tiada maklumbalas dari pihak tuan lagi. Kami amat berharap pihak tuan dapat bangkitkan perkara atau kesalahan, jika ada, dalam papan tanda kami supaya kami boleh betulkannya. Dilampirkan bersama, gambar papan tanda kami. Sekian terima kasih. | Permohonan tuan telah diproses dan diluluskan. Sila kembali ke domain "Khidmat Pengesahan Bahasa DBP" untuk mencetak sijil kelulusan. | Lain-lain | 15.06.2015 |