Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nam] | بنم

Definisi : masuk ke dlm (air dll), tenggelam; berbenam, membenam 1. menenggelamkan diri, tenggelam: ia melompat ke dlm air dan membenam beberapa waktu; apakah yg membenam dlm air? 2. menghilangkan diri, bersembunyi: mahu rasanya dia ~ saja dlm biliknya dr pagi hingga ke petang utk membaca; membenamkan 1. menenggelamkan, memasukkan ke dlm air dll: suatu bencana alam telah ~ sebuah bandar ke dlm perut bumi; 2. menyembunyikan, mendiamkan, tidak menampakkan: kerajaan menyeru supaya parti pembangkang ~ sentimen politik mereka; 3. ki memasukkan ke dlm jel;terbenam 1. tenggelam, masuk: matahari ~ di ufuk barat; 2. terpendam: harta ~;benaman hasil membenam, membenamkan atau terbenam: pelabuhan bertaraf antarabangsa dulunya hanya berupaya menampung kapal dengan ~ 14.5 meter.pembenaman perihal (proses, perbuatan dsb) membenamkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.nam] | بنم

Definisi : ; berbenam 1 berada dlm air dll; berendam: Kerbau ~ di dlm kubang. 2 ki berkurung (dlm rumah dll): Pd hari minggu, dia hanya ~ di rumah. membenam masuk ke dlm sesuatu sehingga tenggelam atau terhenti: Ketika itu, matahari mula ~ di ufuk barat. membenamkan 1 memasukkan sesuatu ke dlm air (lumpur dsb); menenggelamkan: Dia telah ~ barang-barang curian itu ke dlm sungai. 2 menyebabkan menjadi tenggelam; mengampuh: Air dr empangan yg pecah itu telah ~ beberapa buah rumah. terbenam 1 telah masuk ke dlm air dan tenggelam; telah masuk dalam-dalam ke dlm air dsb sehingga tidak kelihatan lagi: Kapal yg pecah itu ~ di dasar laut. 2 tenggelam kerana didatangi air: Beberapa buah kampung telah ~ akibat banjir. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benam


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "embed" (kata nama) dalam konteks teknologi maklumat? "Embed" dalam konteks ini merujuk kepada sesuatu elemen yang dimasukkan ke dalam bahan atau dokumen lain. Definisinya di dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut: "An item embedded in another document." Terima kasih.Kami mencadangkan "embed" diterjemahkan sebagai "benam", "pancang", "serta", "masuk" atau "semat". Semua padanan istilah ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu laras bahasa. Istilah20.02.2021

Kembali ke atas