Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.nang] | بنڠ

Definisi : 1. tali halus drpd kapas, sutera, dll yg digunakan utk menjahit atau menenun; 2. = ~ skru geligir berpilin pd skru; ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garis lurus (dipakai oleh tukang kayu); ~ emas benang berupa dawai halus yg berwarna spt emas utk menyulam atau menenun; ~ mentah benang yg belum dipintal; ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas; ~ pakan benang pd torak tenun; ~ pancarona benang yg berwarna macam-macam; ~ raja pelangi; ~ sari a) bahagian yg menghubungkan stigma dan rahim bunga; b) = ~ serbuk Id tangkai tempat sari (serbuk bunga); bagai ~ dilanda ayam prb kusut masai; menegakkan ~ basah prb mengerjakan pekerjaan yg mustahil berhasil; melanggar ~ hitam prb melanggar pantang larang, melanggar adat resam; sehari selembar ~, lama-lama jadi kain prb sedikit demi sedikit lama-lama berhasil juga;berbenang 1. mempunyai benang; 2. mempunyai benang skru;membenang 1. merupakan benang; 2. ki tidak putus-putus, bersambung-sambungan, beraturan; 3. = membenangkan membuat benang skru;pembenangan perihal atau perbuatan membuat benang (skru);pembenang (Kej) alat utk membuat benang skru. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.nang] | بنڠ

Definisi : 1 tali halus drpd kapas dsb yg dipintal dan digunakan utk menjahit atau utk menenun kain. 2 = ~ skru bahagian skru yg timbul dan berbelit-belit. ~ arang benang yg dihitamkan utk membuat garisan lurus (digunakan oleh tukang kayu). ~ emas benang halus berwarna emas yg digunakan utk menyulam atau utk menenun. ~ nanas benang yg dibuat drpd serat nanas. ~ sari bahagian bunga yg menghubungkan stigma dgn rahim bunga. bebenang sesuatu yg menyerupai benang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benang

Puisi
 

Usik dayang mengatih benang,
     Benang kusut terlalulah susah;
Kalau tuan mengaku menang,
     Biarlah saya mengaku kalah.


Lihat selanjutnya...(69)
Peribahasa

Bersahabat dengan juara,
     selilit benang bulang tahu juga.

Bermaksud :

Apabila jahat, lama-kelamaan kita akan menjadi jahat pula. benang bulang = benang pengikat taji ke kaki ayam yang akan disabung.

 

Lihat selanjutnya...(27)

318

If you lie down with dogs, you'll get up with fleas

Jika membabitkan diri dengan orang jahat atau aktiviti gelap, lama-kelamaan kita juga akan terbabit sama.

Bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga

I advise you to stay away from those people and their illegal affairs because if you lie down with dogs, you'll get up with fleas. Sooner or later, I bet that you will acquire their undesireable qualities.

Aku menasihati kau agar jauhkan diri daripada orang itu dan kegiatan haram mereka kerana jika bersahabat dengan juara, selilit benang bulang tahu juga. Aku pasti lama-kelamaan, sifat mereka yang tidak diingini akan menjangkiti kau pula.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Selamat sejahtera, Apakah perbezaan antara selembar benang dengan sebuku benang? Terima kasih.Selembar benang bermaksud benang dalam saiz yang panjang dan sebuku benang bermaksud benang dalam saiz berbongkah.Tatabahasa27.06.2016
Salam sejahtera. Adakah kata ganda separa berikut betul? balai-balai = bebalai, benang-benang = bebenang, cair-cair = cecair, guli-guli = geguli, gendang-gendang = gegendang, kunci-kunci = kekunci, kura-kura = kekura, lumba-lumba = lelumba, pejal-pejal = pepejal, patung-patung = pepatung, sumpah-sumpah = sesumpah, tambak-tambak = tetambak, tangga-tangga = tetangga Terima kasih.

Kata ganda dan kata ganda separa yang diberikan mempunyai pelbagai makna yang berbeza. Oleh itu, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) untuk mendapatkan makna bagi setiap perkataan tersebut.

Penggandaan separa kata nama ialah penggandaan yang melibatkan sebahagian sahaja kata dasar. Kata dasar boleh terdiri daripada kata nama tunggal atau kata nama berimbuhan, seperti yang berikut:

i.                    Penggandaan separa kata nama tunggal

Melibatkan suku kata pertama dalam kata dasar. Bunyi-bunyi vokal dalam suku kata pertama perkataan yang digandakan itu mengalami perubahan menjadi vokal tengah, iaitu e pepet. Contohnya, kura (kekura).

ii.                  Penggandaan separa kata nama berimbuhan

Melibatkan pengulangan kata dasar tanpa imbuhannya. Terdapat hanya perkataan yang menerima akhiran –an yang mengalami penggandaan jenis ini. Contohnya, sayuran (sayur-sayuran).

Pembentukan kata ganda/kata ganda separa tidak boleh dilakukan pada semua perkataan. Tuan boleh merujuk senarai kata ganda/kata ganda separa sedia ada dalam Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021) atau pangkalan data prpm.dbp.gov.my (melalui pautan istilah bahasa Melayu/istilah MABBIM).

Untuk maklumat lanjut yang berkaitan dengan kata ganda dan kata ganda separa, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2014), halaman 135 – 138.

Tatabahasa08.07.2025
Sila lengkapkan peribahasa yang berikut dengan betul. Jangan membuat apa-apa perubahan terhadap peribahasa yang diberi. Terima kasih. 1. Asal kapas menjadi benang, dari benang menjadi kain,Jawapan yang betul ialah,

 Asal kapas menjadi benang,

         Sudah benang menjadi kain;

 Barang lepas jangan dikenang,

         Sudah jadi orang lain.

(Kurik Kundi Merah Saga, Kumpulan Pantun Lisan Melayu, DBP, 2005)



Lain-lain13.01.2022
Salam sejahtera, adakah kata "benang" dari segi kiasan membawa maksud tidak terputus-putus & bersambung-sambung? Sekian, terima kasih.

Benang ialah objek yang lembut dan dikendalikan dengan tenang, tekun dan sabar dek kehalusan dan kelembutan fitrahnya. Disebabkan itulah, benang terjelma dalam kiasan seperti Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain atau contoh lain Jangan menegakkan benang basah dan banyak lagi.  Benang sukar diputuskan melainkan sengaja dipotong. Benang perlu dimasukkan ke lubang jarum untuk digunakan ketika menjahit. Fitrah benang yang lembut dan sukar putus itulah yang menyebabkan penggunaan dalam peribahasa mencapai maksud.

Makna14.05.2020
Salam Sejahtera, Saya ingin mengemukakan satu soalan yang berbunyi 1) Se( )benang boleh digunakan untuk menjahit beberapa helai baju. Adakah jawapan gelung boleh diterima sebagai jawapan selain buku? Mengapa ? Terima Kasih.

Penjodoh bilang bilangan yang tepat ialah segelung benang atau segulung benang.

Tatabahasa16.08.2011
1) penjodoh bilangan yang sesuai bagi jarum dan cangkul?? 2) ibu menjahit sepasang baju menggunakan seutas/selembar/sebuku benang...yang mana jawapan yang paling sesuai? apakah perbezaan seutas,selembar,dan sebuku...1. sebatang cangkul, sebatang jarum.

2. Utas penjodoh bilangan yang digunakan bagi rantai (termasuk jam tangan dalam bentuk rantai), tali dan benang

Lembar penjodoh bilangan bagi tali atau benang. 2 penjodoh bilangan untuk benda yang panjang atau yang luas bidangnya (tali, benang, kertas dll).  tali atau benang

Buku pula penjodoh bilangan  untuk benda berbongkah seperti sebuku sabun, sebuku benang.


Penjodoh bilangan yang sesuai ialah sebuku benang.
Tatabahasa10.08.2014
Tali layang-layang atau benang layang-layang? Adakah penggunaan tali dan benang betul dalam ayat tersebut?

Saudara,

Perkataan yang digunakan ialah tali layang-layang.

Lain-lain16.09.2010
Salam.. Saya ingin bertanya..antara kedua-dua ayat ini, yang manakah menunjukkan penjodoh bilangan yang sesuai? A. Puan Soong memasukkan selembar benang ke dalam lubang jarum. B. Puan Soong memasukkan sehelai benang ke dalam lubang jarum. Terima kasih.

Salam sejahtera,

Tidak semua perkataan memiliki penjodoh bilangan. Jawapan yang tepat ialah selembar benang.

Tatabahasa08.11.2012
Cikgu, saya ada kekeliruan bahawa adakah imbuhan kata kerja pasif ber- dan di- sama? Contoh ayat: 1. (a) Baju itu berjahit dengan benang sutera. (b) Baju itu dijahit dengan benang sutera. 2. (a) Surat anaknya belum berjawab. (b) Surat anaknya belum dijawab. Jika ada perbezaan, apanya? Minta tuan terangkan. Terima kasih!Kedua-duanya boleh digunakan.Tatabahasa29.05.2014
Bolehkan perkataan 'untai' dijadikan kata kerja untuk menggambarkan biji-biji manik yang diuntai menggunakan benang. Jika tidak, apakah perkataan alternatif.Untai boleh diimbuhkan untuk menjadi kata terbitan seperti berjuntai, juntaian.  Sila kemukakan ayat yang menggunakan kata terbitan perkataan untai untuk semakan kami agar penggunaannya betul.Tatabahasa10.12.2014
1234

Kembali ke atas