| apakah perkataan seerti degan perkataan ziarah? 'mata besi yang tajam untuk melukai atau meusuk diri',perkataan yang dimaksudka sebegitu adakah 'jarum'? 'perbahasa dengan rencana atautulisan dalam akhbar',apakah perkataan yang sesuai dengan maksud sebegitu? | Ziarah sama erti dengan lawatan, kunjungan. Jarum bermaksud 1. keluli halus yang tajam hujungnya dan pangkalnya berlubang(tempat memasukkan benang) untuk menjahit. 2. benda tajam dan panjang yang menyerupai jarum jahit (untuk mencucuk, menyuntik, menunjuk waktu pada jam). Makalah bermaksud rencana atau artikel tentang sesuatu perkara, biasanya yang disiarkan dalam majalah, surat khabar, dll. | Lain-lain | 20.03.2008 |
| Mohon pencerahan beda perkataan KUIS, KAIS, KAIT dan KAIH. Mohon juga contoh ayat untuk membedakannya. Terima kasih. | Kais atau mengais mempunyai tiga makna, iaitu: 1. mencakar dan menggaruk (tanah, pasir dan sebagainya) seperti ayam yang mencari makan 2. mencari (rezeki) dengan susah payah Kaih ialah ialah versi dialek (tidak baku) untuk kata baku kais. Kuis atau menguis mempunyai dua makna, iaitu: 1. menolak, menepis, atau menyepak sesuatu ke tepi atau ke tempat lain 2. mencakar atau menggaruk (sampah, tanah dan lain-lain) seperti ayam untuk mencari makanan Kait mempunyai empat makna, iaitu: 1. besi, kayu dan sebagainya yang bercangkuk di hujungnya dan dipasang pada buluh dan sebagainya untuk memetik buah-buahan dan sebagainya 2. sesuatu yang terselindung dan menyusahkan 3. berkaitan dengan kait 4. lihat makna mengait Mengait mempunyai empat makna, iaitu: 1. memetik sesuatu dengan kait 2. menarik atau mencangkuk sesuatu dengan sesuatu yang seperti kait 3. menjalinkan benang dengan jarum kait untuk membuat (renda, baju panas dan sebagainya) 4. mengambil (keuntungan dan lain-lain) dengan cara tidak halal Untuk maklumat lebih lanjut, silalah dapatkan Kamus Dewan Perdana (2020) di kedai-kedai buku DBP atau melalui portal DBPNiaga.my | Makna | 07.12.2025 |