Benarkah, frasa "oleh sebab" tidak boleh berada di tengah-tengah ayat (dianggap tidak gramatis)? TK | 1. Oleh sebab demam ayah tidak hadir ke pejabat. 2. Ayah tidak hadir ke pejabat oleh sebab demam. 3. Ayah tidak hadir ke pejabat kerana demam. Ketiga-tiga ayat di atas adalah betul dan frasa "oleh sebab" boleh hadir pada pertengahan ayat. Walau bagaimanapun, dalam bentuk ayat tersebut ("oleh sebab" pada pertengahan ayat), ayat ketiga lebih kerap ditemukan. | Tatabahasa | 08.10.2023 |
Benarkah semua mahu letak di hadapan ayat, kesemua mahu letak di belakang ayat? Cth: semua guru guru kesemua Betulkah contoh-contoh di atas? | Kata “semua” dan “kesemua” boleh digunakan di awal, di tengah atau di akhir ayat mengikut kesesuaian konteks ayat, contohnya: i. 1. Semua pelajar dikehendaki berhimpun di dewan. 2. Masukkan semua barang ke dalam beg dan simpan di dalam stor. 3. Perhiasan tersebut dibuat daripada emas semua. 4. Kesemua persoalan itu tidak henti-henti bermain dalam kepalanya. 5. Dia akan memastikan kesemua pelanggan berpuas hati dengan khidmat yang diberikan. 6. Bunga itu merah kesemua. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana halaman 2034 - 2035. i iv | Tatabahasa | 22.08.2023 |
benarkah perkataan Hazard sudah didaftarkan bahasa melayu. melalui mesyuarat jawatankuasa Isitilah semasa DBP bil.64. Trrima kasih | Salam tuan, Ya benar. Perkataan hazard telah disahkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Istilah Semasa Bil.65 pada 10 September 2020 dengan justifikasi menepati peraturan pembentukan kata, seperti istilah standard. Sekian. | Lain-lain | 15.04.2021 |
Benarkah perkataan 'pawagam' ialah akronim bagi panggung wayang gambar'? | Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat "pawagam" ialah akronim bagi panggung wayang gambar. | Istilah | 02.10.2015 |
Benarkah tanda sempang (-) boleh digunakan untuk menggambarkan pertuturan yang tidak lancar di dalam dialog? contohnya : "bu-bukan sa-saya," katanya. | Tidak perlu tanda sempang, hanya ulangi sahaja perkataan tersebut seperti bububukan sasasaya. | Ejaan | 19.06.2014 |
Benarkah bahawa argot merupakan bahasa rahsia? Apakah ciri-ciri bahasa argot? | Argot ialah bahasa yang khusus digunakan oleh kumpulan sosial tertentu, biasanya bersifat rahsia dan dikaitkan dengan kelas sosial rendah seperti pencuri atau penyeluk saku. Tidak banyak maklumat tentang argot dalam pangkalan data kami, ciri utama argot ialah bersifat tidak rasmi dan digunakan dalam kelompok tertentu. | Lain-lain | 15.04.2014 |
Benarkah perkataan 'mulai' juga dikira sebagai kata perintah? Ayat contoh: Mulai menjawab soalan sekarang. Terima kasih. | Akhiran -i wujud dalam bentuk ayat suruhan, seperti patuhilah segala perintahnya. Untuk menjadi kata perintah ayat tersebut perlu diubah menjadi "mulailah menjawab soalan sekarang". | Tatabahasa | 14.05.2013 |
Benarkah ayat ini : Amir menjemput adik dan saya ke majlis perkahwinannya. Betul ataupun tidak perkataan menjemput digunakan,atau perkataan mengundang lebih tepat? Terima kasih. | Dalam Kamus Dewan, menjemput bermaksud: 1. menyambut, mengalu-alu, menyongsong; dan 2. mengajak atau mengundang. Oleh itu, dalam konteks ayat tersebut perkataan menjemput atau mengundang kedua-duanya betul. | Tatabahasa | 06.03.2013 |
benarkah frasa "pertandingan memancing" dikatakan kurang tepat. Jika benar, apakah farsa yang sepatutnya. terima kasih. | Frasa "pertandingan memancing" adalah betul. | Tatabahasa | 18.06.2012 |
Benarkah perkataan 'murid' hanya digunakan untuk murid sekolah rendah, manakala 'pelajar' merujuk kepada pelajar sekolah menengah? | Murid lazimnya disebut anak murid orang atau anak yang sedang belajar atau berguru; atau disebut juga pelajar. Oleh itu, tidak ada pengehadan murid dan pelajar untuk tahap tertentu. Untuk maklumat lanjut lihat di http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=murid. | Tatabahasa | 01.03.2012 |