Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata benci nya


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat di bawah ini betul? 1. Lori itu muak dengan barang-barang. 2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan.Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, muak ialah 1. sudah jemu (kerana selalu benar me­makan sesuatu), bosan; 2. berasa loya atau hendak muntah, mual: sila Wan minum air di pangsa durian ini supaya menghilangkan panas dan rasa ~; 3. berasa jijik atau benci (kerana melihat atau mendengar sesuatu): kami sudah ~ dgn taktiknya yangg terlalu berhati-hati; 4. (Kim) keadaan sesuatu benda (seperti air, gas, dll) yang dicampuri dengan benda yang lain sehingga benda yang pertama itu tidak dapat lagi menerima atau bersebati dengan benda yang dicampurkanitu, tepu; memuakkan 1. menimbulkan perasaan muak, menjemukan, meloyakan, memualkan: bau makanan itu ~nya; 2. menyebabkan jadi muak (dua benda yang dicampurkan), mene­pukan.

Ayat kedua betul manakala ayat kedua perlu dipinda seperti berikut;

 1. Lori itu muat dengan barang-barang.

2. Tekaknya muak dengan makanan yang dihidangkan.
Tatabahasa18.07.2013
Saya mempunyai beberapa soalan di sini. 1) Saya ingin kepastian penggunaan perkataan DARI dan DARIPADA secara betul. 2) Saya juga ingin kepastian makna dan kesesuaian perkataan itu digunakan contoh seperti perkataan sayugia, waima dan natijah. Terima kasih di atas ulasan pihak tuan.

1. Kata sendi nama DARI digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama yg menyatakan arah, tempat atau masa. Contoh: Saya datang DARI kampung, Keadaannya semakin tenat DARI sehari ke sehari. Kata sendi nama DARIPADA pula hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yg. menyatakan punca bagi manusia atau institusi, haiwan, benda dan unsur abstrak, sumber atau asal kejadian sesuatu benda, sebahagian daripada semua dan perbezaan atau perbandingan. Contoh, Ali menerima surat DARIPADA ibunya, benang berasal DARIPADA kapas, sebahagian DARIPADA pelajar sekolah itu sudah pulang ke kampung, Ali lebih tinggi DARIPADA Ahmad.

2. Ejaan yang betul ialah seyogia, daripada  perkataan yogia. Seyogia membawa makna sepatutnya, selayaknya, semestinya. Contoh ayat: jikalau tuan hendak belayar, seyogianya hamba dibawa. Waima berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud  sama ada, walaupun. Contoh ayat: apa pun yg dibuat manusia, ~ dgn perang meledakkan dunia dan isinya, manusia tidak akan berjaya membunuh kebenaran dan keutamaan. Natijah:  keputusan (dr sesuatu), kesudahan, kesimpulan, akibat. Contoh ayat: kadang-kadang apa yg kita benci dan tidak suka itu baik ~nya; ~ drpd perkembangan ekonomi kolonial spt itu amat buruk padahnya kpd masyarakat Melayu.

Tatabahasa30.11.2010

Kembali ke atas