Untuk soalan-soalan (1) & (2) di bawah, yang manakah betul? 'boleh kamu lihat' atau 'kamu boleh lihat? (1) Apakah benda-benda lain yang boleh kamu lihat di dalam hutan? (2) Apakah benda-benda lain yang kamu boleh lihat di dalam hutan? | Ayat yang gramatis ialah Apakah benda-benda lain yang boleh kamu lihat di dalam hutan? | Tatabahasa | 21.12.2011 |
Apakah benda-benda yang menggunakan penjodoh bilangan pucuk, bidang dan laras? Sila berikan beberapa contoh... | Tuan, Pucuk :penjodoh bilangan bagi surat. Misalnya, dia terima sepucuk surat daripada sahabatnya. Laras: penjodoh bilangan (bagi senapang), pucuk: kami membawa tiga laras senapang patah. Bidang: penjodoh bilangan bagi benda yang luas (seperti tanah dsb): sebidang tanah Pak Ali telah dijual kepada Pak Karmun. Sekiranya tuan ingin melihat beberapa penjodoh bilangan yang lain, tuan boleh merujuk Kamus Dewan. | Tatabahasa | 15.04.2009 |
Sebatang paku atau sebilah paku. Yang mana satu betul? Tolong beri penjelasan. Begitu juga dengan sebilah kapak, sebatang cangkul. Terima kasih atas pertolongan. | Jawapan yang betul ialah sebatang paku, batang - penjodoh bilangan untuk benda-benda yang panjang seperti rokok dan cangkul, manakala bilah - penjodoh bilangan untuk benda-benda yang tipis dan panjang seperti pisau, keris dan pedang. Lazimnya dalam penggunaan harian sebatang paku yang digunakan. | Tatabahasa | 26.08.2010 |
Bolehkah 'mereka' digunakan utk menggantikan 'their' bagi benda-benda bukan manusia, seperti "septicaemia - the presence in the blood of large numbers of bacteria and their toxins" diterjemahkan " kewujudan bilangan besar bakteria dan toksin mereka di dalam darah." | 'Mereka' ialah kata ganti nama diri orang ketiga dan tidak boleh digunakan untuk menggantikan benda. Dalam konteks ayat yang diberikan, perkataan septisemia digunakan untuk menggantikan perkataan mereka. | Tatabahasa | 31.03.2011 |
Apakah wujud Perbezaan maksud antara 'bekalan elektrik' dan 'tenaga elektrik' | Bekalan ialah benda-benda yang digunakan dan dalam konteks ini benda yang digunakan ialah tenaga elektrik. Kedua-duanya boleh membawa maksud yang hampir sama. | Makna | 20.06.2016 |
Penjodoh bilangan untuk sikat, pemotong kuku dan benda-benda kecil yang mempunyai bentuk yang tidak seragam. Tolong jelaskan penjodoh bilangan dan fungsinya. | Penjodoh bilangan bermakna perkataan yang digunakan berpasangan dengan nama apabila menunjukkan bilangan. Bagi sikat, penjodoh bilangan yang biasa digunakan ialah batang. Pihak kami sedang merancang untuk menyusun senarai penjodoh bilangan. | Lain-lain | 17.01.2008 |
Apakah maksud perkataan "Randau"?. | Antara maksud randau ialah memasukkan benda-benda lain dlm makanan supaya menjadi lebih sedap atau lebih banyak. 2. pertukaran pendapat tentang isu-isu tertentu, dialog. Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut. | Makna | 07.02.2010 |
Apa perbezaan perkataan ORGANISMA & ORGANISME | Oraganisma ialah haiwan, tumbuhan, dan benda-benda yang berupaya menjalani proses kehidupan seperti bernafas, makan, membesar, dan membiak. Manakala organisme merujuk kepada atau berkaitan dengan faktor atau proses yang terlibat dalam integrasi dan pengekalan keindividuan satu organisma. | Makna | 11.08.2009 |
MaShaAllah. Perkataan yang selalu disebut apabila kita melihat sesuatu yang baru dan cantek akan benda-benda yang diperbuat oleh tangan manusia. Tetapi di Malaysia, perkataan ini digunakan secara menyeluruh tak kira baik ataupun buruk. Bolehkah DBP menjelaskan akan makna yang tepat perkataan tersebut dan diwar-warkan kepada seluruh rakyat Malaysia supaya menggunakan perkataan "MaShaAllah" - untuk perkara yang baik sahaja dan "NauZuBilLah" - untuk musibah dan perkara yang buruk. Terima kasih banyak. | Kamus Dewan merakamkan maksud masya-Allah ialah apa yang dikehendaki Allah dan kata seruan untuk menyatakan kehairanan. Perkataan ini boleh digunakan dalam konteks positif atau negatif. Hal ini berbeza dengan kata nauzubillah yang bermaksud kita berlindung dengan bantuan Allah. Semestinya kita mohon perlindungan daripada Allah agar dijauhkan daripadaperkara yang buruk/kejahatan. | Makna | 27.12.2012 |
apakah definisi dan jenis-jenis sampah dan apakah definisi sisa pepejal. | Menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, sampah ialah benda-benda yg dibuang, kotoran (daun-daun kering, kertas-kertas kotor, dll.) manakala sisa pepejal ialah apa-apa yg tertinggal (sesudah dimakan, dipakai, dll) yang berbentuk pejal, tidak berubah-ubah, benda padat. Sila rujuk syarikat yang berkaitan untuk mengetahui jenis-jenis sampah, cth. syarikat pelupusan sampah. | Makna | 22.09.2007 |