Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : segala benda yg bernafas atau yg dpt bergerak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,

Peribahasa

Harap hendak meraup,
     tidak boleh menggenggam.

Bermaksud :

Segala harta-benda habis dibelanjakan, kerana hendak hidup mewah. (Peribahasa lain yang sama makna: Harap hendak melonjak, kopiah pesuk). meraup = mencedok dengan tangan.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah ayat ini betul? 1- Adakah tumbuh-tumbuhan sejenis benda hidup? ataupun 2- Adakah tumbuh-tumbuhan benda hidup?

Ayat yang betul ialah; Adakah tumbuh-tumbuhan tergolong dalam kumpulan benda hidup?

Tatabahasa25.03.2010
Yang mana satu lebih tepat: 1) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'akan menjadi sama ada'mati terlecuh atau beku" atau 2) "Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi 'sama ada akan menjadi' mati terlecuh atau beku"Yang lebih tepat ialah : Jika bumi mendekati atau menjauhi matahari sebanyak sepuluh peratus, semua benda hidup di bumi akan  sama ada mati terlecuh atau menjadi beku. Tatabahasa06.03.2008
apa pengertian baka, gen, jenitik, dan keturunanBaka ialah keluarga (yang menurunkan), atau asal keturunan. Gen ialah  sebahagian daripada juzuk sel pada benda hidup, yang mengawal ciri fizikal, pertumbuhan, dan perkembangan benda hidup yang berkenaan. Genetik (bukan jenitik) bermaksud;1. kajian tentang keturunan (baka), dan cara individu mewarisi sesuatu ciri (sifat), dan memindahkan ciri tersebut daripada satu generasi kepada generasi lain melalui gen; 2. berkenaan pembiakan, kelahiran, atau asal usul sesuatu.  Keturunan bermaksud anak cucu, baka, zuriat.Makna22.07.2009
NYATAKAN GOLONGAN KATA UNTUK 1. PEREMPUAN 2. KALANGAN 3. BENARKAH KATA 'IA' BOLEH DIGUNAKAN UNTUK SELAIN DARIPADA BENDA HIDUP?

1. Perempuan - kata nama

2. Kalangan - kata nama

3. 'Ia' merupakan kata ganti nama diri orang ketiga boleh digunakan untuk merujuk benda yang dibicarakan termasuklah orang, benda dan perkara. Oleh itu, 'ia' boleh digunakan untuk merujuk benda hidup atau bukan hidup.

Tatabahasa13.01.2011
boleh jelaskan penggunaan perkataan 'ia'? boleh digunakan sebagai kata ganti diri kepada manusia atau benda hidup?Kata ganti nama "ia" tergolong dalam kata ganti nama diri orang ketiga yang hanya boleh digunakan untuk orang, benda dan perkara.Tatabahasa20.12.2012
salam 1 malaysia... saya ingin bertanya tentang penggunaan perkataan "ia"... di sekolah ramai guru mengatakan ia hanya digunakan untuk benda hidup sahaja... adakah benar?atau ia boleh merujuk sesuatu.PRPM mengatakan boleh. saya ingi mengetahui hujahnya..Kamus Dewan mendefinisikan ia sebagai kata ganti diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan. Walau bagaimanapun untuk tujuan peperiksaan, kami mencadangkan saudara mengikut seperti mana yang diajarkan oleh guru di sekolah.Tatabahasa11.06.2012
Saya musykil dengan penggunaan kata ganti diri 'ia'. Bilakah 'ia' boleh digunakan? Ada yang mengatakan 'ia' hanya boleh digunakan untuk benda hidup seperti binatang. Tetapi, ada juga pendapat mengatakan, ia TIDAK BOLEH digunakan sebagai ganti diri bagi binatang dan benda. Boleh tuan/puan yang bijaksana jelaskan?Ia ialah kata ganti nama diri ketiga dan kata ganti benda yang dibicarakan, tetapi kata ia tidak boleh merujuk kepada binatang.Tatabahasa27.09.2011
Saya ingin bertanyakan tentang maksud dua perkataan ini iaiti "ramai" dan "banyak". Semasa saya belajar dulu, banyak ditakrifkan sebagai bilangan atau jumlah tak kira benda itu hidup atau mati, manakala ramai pula ditakrifkan sebagai mengambarkan suasana. Saya agak kurang faham kerana penggunaan "ramai" sekarang seolah-olah untuk benda hidup dan "banyak" untuk untuk benda matiPerkataan ramai dan banyak boleh digunakan untuk orang. Namun penggunaan dalam ayat bergantung pada konteks dan situasi, iaitu ramai digunakan dalam ayat yang menunjukkan keramaian/kemeriahan/kegembiraan. Contohnya i. Ramai tetamu yang hadir pada majlis perkahwinan Ali. Manakala perkataan banyak boleh digunakan secara umum. Contohnya banyak peserta yang telah menyertai kursus itu.Makna11.04.2010
Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan jawapan yang benar bagi soalan B. Melayu tahun 3 bagi anak saya. Soalan: Pokok kelapa itu CONDONG ke arah rumah Pak Salim. Pilihan jawapan, A Senget B. Miring C Tegak D bengkok. Jawapan guru yang menanda kertas ialah BENGKOK. Kamus DBP edisi 4 menyatakan sinonim bagi condong ialah senget / miring. 3 orang guru BM sekolah anak saya enggan terima jawapan senget. Alasan mereka. Pokok adalah benda hidup, bengkok lebih tepat daripada senget. Saya ingin kepastian daripada pihak tuan, supaya pada masa akan soalan sebegini tidak akan mengelirukan pelajar. Saya amat berharap tuan akan email kepada saya jawapan yang tepat untuk dirujuk kepada guru-guru berkenaan. Kerjasama tuan amat dihargai. Sekian terima kasih.Merujuk Kamus Dewan sinonim bagi condong ialah senget/miring, maka jawapan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah A dan B. Bengkok lazimnya dikaitkan dengan jalan.Tatabahasa23.10.2012
Terima kasih atas jawapan yang telah diberikan. Walau bagaimanapun, saya masih tidak berpuas hati dengan jawapan itu kerana tiada alasan kukuh. Bolehkah pihak DBP memberikan alasan atau sebab kenapa ayat ini betul. 1. Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya dilibas kipas kerana berdiri di atas meja. a) Kenapakah perkataan 'dilibas' betul sedangkan kipas siling itu sedang berputar dan ia benda yang tidak hidup. Kalau manusia atau benda hidup barangkali betul sebab 'pelaku' kepada perbuatan itu. b) Jika penggunaan istilah 'libas' itu betul mungkinkah penggunaan istilah 'libasan' atau 'terlibas' lebih sesuai? Mohon penjelasan. Terima kasih :-)Pendapat tuan boleh diterima kerana dilibas bermakna pelaku melakukan perbuatan melibas. Perkataan lain yang boleh digunakan untuk menggantikan dilibas ialah frasa terkena libasan kipas. 

Seorang murid tingkatan satu cedera parah selepas kepalanya terkena libasan kipas angin kerana berdiri di atas meja.
Tatabahasa21.07.2013
123

Kembali ke atas