mencari perkataan selaian (lorong dan denai) untuk digunakan ,yg memgambarkan suasana kampong lama | Sawah bendang, pepohon nyiur, atap rumbia, wakaf, tok penghulu, perigi, jamung, manjung, dan banyak lagi. Saudara boleh merujuk KD4 pada entri yang berlabel sl (sastera lama). | Lain-lain | 05.10.2009 |
Puan, 1) Adakah perkataan "suntuk" hanya boleh digabungkan dengan perkataan "sehari' dan " semalam" iaitu "sehari suntuk" dan "semalam suntuk" ? 2) Tolong semak kesalahan dalam ayat di bawah :- Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang. Terima kasih. | Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, suntuk bermaksud ;1 sudah sampai pada hadnya sehingga tidak dapat diteruskan lagi; telah terlampau atau terlewat waktunya; terlambat: Kita tidak sempat menyiapkan memorandum itu kerana masa sudah suntuk. sehari suntuk = sepanjang hari; semalam suntuk = sepanjang malam. 2 tidak panjang; pendek; singkat: suntuk akal tidak dapat berfikir lagi; pendek akal. tersuntuk tidak dapat maju atau tidak dapat mara lagi; terhalang; tertahan. kesuntukan 1 keadaan atau hal suntuk. 2 telah suntuk (waktu, wang dan lain-lain); mengalami keadaan suntuk; kehabisan atau kesempitan (wang, masa dan lain-lain). Ayat "Sudah dua hari suntuk dia membantu ibunya di bendang." betul. | Tatabahasa | 30.05.2013 |
1)Manakah antara berikut yang benar? rumah orang-orang tua, rumah orang tua-tua atau rumah orang tua sahaja. * Ramai rakan saya yang mengatakan "rumah orang-orang tua" sedangkan saya berpendapat orang-orang membawa maksud sejenis patung yang dibuat untuk menakutkan burung di bendang. 2) Manakah ayat yang berikut benar? i) Mereka sedang menjalankan latihan kawat di padang. ii) Mereka sedang menjalani latihan kawat di padang. 3) | 1. Frasa yang betul ialah rumah orang tua. 2. Ayat yang betul ialah mereka sedang menjalani latihan kawad di padang. | Istilah | 12.04.2009 |