Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[beng.ka/] | بڠکق

Definisi : 1. benjol pd tubuh (kerana penyakit dll), bincul: ~ tangannya sudah mulai berkurang; 2. menjadi benjol (bincul): mukanya kembang dan ~;~-bengkil bengkak-bengkak, benggal-benggil; ~ hati sebal hati; ~ gedobong Kl bengkak yg besar dan berbahaya; lain ~, lain bernanah prb orang lain yg bersalah orang lain yg menanggung akibatnya;membengkak menjadi bengkak: tanda-tanda penyakit ini ialah rasa mual, sakit punggung, sesak nafas dan kaki ~;membengkakkan menyebabkan (menjadikan) bengkak;pembengkakan perihal (proses dsb) membengkak: penggunaan air ini dapat membantu mengurangkan ~; ~ leher ini akan berlaku secara berperingkat-peringkat. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[beng.ka/] | بڠکق

Definisi : 1 lebih besar drpd biasa keadaannya kerana menderita sakit (bkn bahagian tubuh): Pipinya ~ kena tumbuk. 2 bahagian tubuh yg menjadi besar kerana penyakit dsb: ~ di pipinya sudah mula berkurang. ~-bengkil banyak bahagian yg bengkak (pd tubuh, kepala dsb). membengkak menjadi bengkak. pembengkakan perihal atau proses menjadi bengkak: ~ pd bahagian yg dijangkiti kuman itu akan berlaku secara perlahan-lahan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengkak

Puisi
 

Kalau hendak menangkap labi,
     Lehernya itu jangan dijerut;
Ulat yang menelan babi,
     Cacing pula bengkak perut.


Lihat selanjutnya...(4)
Peribahasa

Lain yang bengkak,
     lain yang bernanah;
lain yang untut,
     lain yang mengisut.

Bermaksud :

Orang lain yang melakukan kesalahan, orang lain pula yang dituduh. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang yang makan nangka, lain orang yang kena getah). (Bandingkan dengan: Lain luka lain menyiuk, lain sakit lain mengaduh).

 

Lihat selanjutnya...(9)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
PERKATAAN YANG MEMBAWA MAKSUD BENGKAK AKIBAT TERHANTUKBenjolMakna20.05.2009

Kembali ke atas