Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[béng.kél] | بيڠکيل

Definisi : (béngkél) 1. tempat membaiki kereta dll: syarikat kerjasama kenderaan Melayu Melaka juga sudah mempunyai ~-~ tempat membaiki kereta; 2. kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja); 3. mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok utk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu: ~ penulisan cerita kanak-kanak;berbengkel mengadakan, menghadiri atau menyertai bengkel (perbincangan berkelompok): mereka sering ~, berseminar dsb utk menyiapkan projek penulisan itu;membengkelkan membincangkan sesuatu dlm perbincangan berkelompok; perbengkelan urusan atau aktiviti berbengkel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[béng.kél] | بيڠکيل

Definisi : /béngkél/ 1 tempat membaiki kenderaan yg rosak dll. 2 kilang kecil tempat tukang-tukang bekerja. 3 tempat pertemuan seniman, pelukis, penulis dll: ~ penulis. 4 mesyuarat atau perbincangan utk bertukar-tukar pendapat dsb: ~ sejarah. berbengkel menyertai atau menghadiri bengkel (mesyuarat atau perbincangan): Mereka ~ selama tiga hari. membengkelkan membincangkan sesuatu (perkara, isu dsb) dlm bengkel: Masalah itu dibengkelkan utk mencari penyelesaiannya. perbengkelan hal atau urusan yg berkaitan dgn bengkel. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata bengkel


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Terdapat kesalahan bahasa pada Laman Utama DBP iaitu: lain-lain bengkel sepatutnya bengkel-bengkel lain Harap dapat diperbaiki segera sebelum diaudit oleh khalayak pembaca. Terima kasih.Teguran puan kami ambil maklum dan menyalurkan kepada bahagian berkenaan untuk diambil tindakan segera.Tatabahasa16.07.2012
Saya berminat untuk menyertai bengkel penulisan anjuran DBP, tetapi malangnya bengkel ini tidak terdapat di Pulau Pinang. Bolehkah pihak DBP mengadakan bengkel penulisan di Pulau Pinang?Salam. Ada empat (4) unit di Pejabat DBP Wilayah Utara, iaitu Unit Bahasa (Puan Khairul Anum Mohd Ali), Unit Sastera (Puan Khairiyah Ghazali), Unit Penerbitan (Syahida Ahmad) dan Pusat Dokumentasi Melayu (Mohd Hafiz Salim). Semua unit tersebut ada menganjurkan bengkel-bengkel penulisan. Mohon berhubung dengan pegawai berkenaan untuk bengkel yang saudara ingin sertai. No. tel. : 04-5377241/2/3/4 Alamat: Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, No. 31, Lorong P.S.2, Bandar PERDA, 14000 Bukit Mertajam, Pulau Pinang.Lain-lain10.12.2008
Bengkel Mempetri atau Bengkel Mempateri?Yang betul ialah bengkel mempateri.Tatabahasa07.03.2009
bengkel kemahiran hidup atau Bengkel Kemahiran Hidup bilik buku teks atau Bilik Buku TeksEjaan yang betul ialah Bengkel Kemahiran Hidup dan Bilik Buku Teks - kedua-duanya kata nama khas.Ejaan17.01.2011
Salam 1Bahasa, 1. Bengkel Perolehan Manuskrip ATAU Bengkel Pemerolehan Manuskrip? 2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol ATAU Mereka bersorak kegembiraan apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol? Terima kasih.1. Bengkel Perolehan Manuskrip
2. Mereka bersorak gembira apabila ayam tambatan itu menjaringkan gol.
Tatabahasa05.03.2013
Bengkel NZ MotosportsSoalan tidak jelas, sila hubungi kami semula.Tatabahasa17.08.2011
2.bengkel cara-cara menjawab soalan atau bengkel cara-cara jawab soalan ? MUNSYI, SAYA PERNAH MEMBACA BUKU MUNSYI GHALIB BAHAWA HUKUMAN ROTAN, TAPAK BUANG SAMPAH, maka, saya kekeliruan sama ada betul untuk frasa "cara menjawab soalan" ? TKFrasa yang betul ialah "bengkel cara-cara menjawab soalan". Lazimnya kata dasar digunakan dalam arahan seperti "sila jawab soalan".Tatabahasa15.04.2012
1.apa definisi bengkel dan makmal? 2.apa beza antara bengkel kemahiran hidup dan makmal sainsMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, makmal ialah tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan segala sesuatu yg berhubung dgn ilmu sains (fizik, kimia, dll), laboratorium. Bengkel pula ialah  tempat membaiki kereta 2. kilang kecil (tempat tukang-tukang bekerja); 3. mesyuarat (perbincangan dsb) secara berkelompok utk mengkaji sesuatu atau bertukar-tukar pendapat (idea dsb) tentang sesuatu. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan.Makna05.08.2008
Salam sejahtera. 1. Apakah istilah yang lebih sesuai bagi makmal/bengkel kemahiran hidup. jika makmal tidak melibatkan kajia sains. Jika bengkel bukan pula tempat membaiki tambahan pula bukan tukang yang bekerja Ia hanya sebuah kelas tempat belajar yang dilengkapi dengan peralatan. Terima Kasih.

Makmal bermaksud tempat mengadakan percubaan atau penyelidikan, terutamanya dalam bidang sains atau teknikal,  manakala maksud bengkel antaranya termasuklah kilang kecil, iaitu tempat perkerja melakukan tugas yang berkaitan dengan sesuatu kemahiran atau kerja-kerja fizikal. Mata pelajaran Kemahiran Hidup bukan setakat kelas akademik biasa tetapi juga melibatkan kerja-kerja kemahiran. Oleh itu, penggunaan yang paling tepat ialah bengkel Kemahiran Hidup.  


Tatabahasa09.05.2011
MEMIMPIN PEMIMPIN MUDA ARP Kita seharusnya mengambil contoh dari Badan Operasi Persatuan Belia Cergas Pontian diatas inisiatif mereka dalam mengadakan satu bengkel bagi melahirkan Pemimpin Anugerah yang berkualiti. Bengkel yang diadakan pada 25 dan 26 Oktober 2008 bertujuan membimbing dan melatih pemimpin muda dalam melaksanakan aktiviti Program Anguerah Remaja Perdana Rakan Muda. Bengkel tersebut dirasmikan oleh Ahli Dewan Undangan (ADUN) kawasan Pekan Nenas, YB Tan Lai Soon. Selama 2 hari, para pemimpin telah didedahkan mengenai falsafah program dimana ia merupakan nadi kepada program tersebut dan tidak ketinggalan tentang kefahaman pengendalian teknikal bagi komponen-komponen Kemahiran, Rekreasi Fizikal, Kemasyarakatan dan Penjelajahan Lasak. Bengkel diakhiri dengan penyampaian sijil pertauliahan yang disertakan dengan pin merah yang berbentuk “Burung Dove” melambangkan mereka adalah Pemimpin Anugerah yang telah ditauliahkan.Soalan saudara tidak jelas. Sekian, terima kasih.Lain-lain24.11.2008
12345678

Kembali ke atas