Salam sejahtera, saya ingin mendapatkan jawapan yang benar bagi soalan B. Melayu tahun 3 bagi anak saya. Soalan: Pokok kelapa itu CONDONG ke arah rumah Pak Salim. Pilihan jawapan, A Senget B. Miring C Tegak D bengkok. Jawapan guru yang menanda kertas ialah BENGKOK. Kamus DBP edisi 4 menyatakan sinonim bagi condong ialah senget / miring. 3 orang guru BM sekolah anak saya enggan terima jawapan senget. Alasan mereka. Pokok adalah benda hidup, bengkok lebih tepat daripada senget. Saya ingin kepastian daripada pihak tuan, supaya pada masa akan soalan sebegini tidak akan mengelirukan pelajar. Saya amat berharap tuan akan email kepada saya jawapan yang tepat untuk dirujuk kepada guru-guru berkenaan. Kerjasama tuan amat dihargai. Sekian terima kasih. | Merujuk Kamus Dewan sinonim bagi condong ialah senget/miring, maka jawapan yang sesuai bagi ayat tersebut ialah A dan B. Bengkok lazimnya dikaitkan dengan jalan. | Tatabahasa | 23.10.2012 |
Salam sejahtera,boleh tak pihak tuan/puan untuk menyemak penggunaan kata(dalam kurungan) sesuai atau tidak dalam ayat tersebut? 1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. (kejur) 2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. (bengkok) 3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. (rebah) 4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. (usang) 5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. (berkeliaran) Selain itu,apakah perbezaan antara orang-orang dengan orang-orangan? Sekian,terima kasih | 1. Tangan dan kaki pendaki Gunung Everest itu menjadi kejur kerana cuca di sana terlalu sejuk. - Kejur bermaksud keras dan kaku, boleh digunakan dalam ayat tersebut. 2. Badan nenek saya semakin bengkok apabila umurnya meningkat 80 tahun. - Bengkok bermaksud tidak lurus dan tidak sesuai digunakan kepada tubuh badan manusia. 3. Rakyat negara ini gempar apabila sebuah pangsapuri yang didirikan di lereng bukit itu rebah. - Rebah bermaksud tumbang dan lazimnya digunakan untuk manusia manusia dan pokok. 4. Ibu mengarahkan kami mengumpulkan baju-baju usang yang tersimpan di dalam almari untuk didermakan kepada anak-anak yatim. - Usang bermaksud lama terpakai atau tersimpan dan sesuai digunakan dalam ayat tersebut. 5. Kanak-kanak berkeliaran apabila disergah oleh lelaki yang kurang siuman itu. - Berkeliaran bermaksud merayau dan boleh digunakan dalam ayat tersebut. Saudara boleh menyemak sendiri makna perkataan dan memastikan sama ada penggunaannya sesuai atau tidak dalam konteks ayat tersebut melalui laman web kami www.prpm.dbp.gov.my, dan taipkan perkataan tersebut dalam ruangan Carian Spesifik. | Tatabahasa | 09.05.2012 |
CUT AND BEND BARS | POTONG DAN BENGKOK BAR | Istilah | 21.01.2011 |
20. Pelanggaran itu bukan disebabkan jalan yang bengkang-bengkok tetapi sikap Amzar yang terlalu gopoh. A pelanggaran itu tidak disebabkan B Perlanggaran itu bukan disebabkan C Pelanggaran itu bukan oleh sebab D Pelanggaran itu bukan disebabkan munsyi, apakah jawaban paling sesuai, pada pendapat saya bahawa pelanggaran sesuai digunakan kerana berasal daripada konteks ayat, Amar melanggar tetapi jawaban ia;ah B, adakah jawaban ini munasabah? TQ | Pada pandangan kami, jawapan B yang betul kerana menceritakan perihal kejadian (berlanggar) tersebut.
| Tatabahasa | 11.03.2012 |
Sila gunakan pembaris ketika melukis segi empat tepat supaya garisannya tidak __ (herot-berot /bengkang-bengkok) | Jawapan yang betul ialah: Sila gunakan pembaris ketika melukis segi empat tepat supaya garisannya tidak herot-berot. | Tatabahasa | 09.06.2012 |
1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang condong. Perkataan (condong) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi (rendah) akibat proses pembangunan. Perkataan (rendah) salah dan apakah kata adjektif yang patut digunakan untuk membetulkan ayat ini? 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh (menahan) kemurnian budaya timur. (menelan) Betul? 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang (mengira-gira) terhadapnya. (tidak terkira) Betul? 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian (semasa) para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. Apakah perkataan yang patut menggantikan (semasa) 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan (semasa) anak-anaknya berjawatan tinggi. (sedangkan) Betul? 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan (amat sangat) berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. (Penggunaan amat sangat dibenarkan atau tidak?) | 1. Pengawas meminta para pelajar membetulkan barisan yang tidak lurus/bengkok/lengkung. 2. Bukit di Kampung Serdang mejadi gondol akibat proses pembangunan. 3. Jika generasi kini terlalu mengagungkan budaya barat, kemungkinan besar budaya tersebut boleh menjejaskan/menghapuskan kemurnian budaya timur. 4. Walaupun Ali anak angkat, namun ibu angkatnya mencurahkan kasih sayang tidak terkira terhadapnya. 5. Bermain sepak takraw merupakan aktiviti harian para belia di Kampung Selamat pada waktu petang. 6. Warga emas itu terpaksa menjadi penghuni rumah kebajikan sedangkan anak-anaknya berjawatan tinggi. 7. Penggunaan racun serangga tanpa kawalan amat/sangat berbahaya jika racun tersebut meresapi sayur-sayuran. Untuk menyemak penggunaan perkataan yang sesuai, sila rujuk laman web kami www.prpm.dbp.gov.my dan taipkan perkataan yang hendak dicari. Untuk memastikan penggunaan kata penguat yang betul seperti dalam soalan ketujuh (7) rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 259. | Tatabahasa | 21.10.2011 |