Assalamualaikum/ Salam sejahtera Tuan/ Puan/ Encik/ Cik, Saya ingin bertanya, apakah terjemahan yang paling cocok untuk istilah perubatan "benign paroxysmal positional vertigo"? Buat masa ini, saya terjemahkan istilah tersebut sebagai "vertigo kedudukan paroksismal tidak berbahaya." Mohon tunjuk ajar daripada yang arif. Terima kasih kerana memperjuangkan martabat Bahasa Melayu. Sekian. | Dalam data rujukan kami, padanan bahasa Melayu bagi istilah benign paroxysmal positional vertigo ialah benigna vertigo posisi paroksismal yang digunakan dalam bidang perubatan. Puan boleh layari benign+paroxysmal+positional+vertigo&d=286464&#LIHATSINI">http://prpm.dbp.gov.my/Cari1?keyword=benign+paroxysmal+positional+vertigo&d=286464&#LIHATSINI . | Istilah | 03.09.2018 |