| Salam sejahtera Tuan, Adakah perkataan "berada" boleh digunakan untuk sesuatu tempat? Contoh: 1.Seremban 'berada' di Negeri Sembilan. Jika atas peta pula bagaimana? Contoh: 1.Seremban 'berada' di paksi mencancang. 2.Tasik Bera 'berada' di paksi-x. Mohon pencerahan daripada pihak Tuan. Sekian, terima kasih. | Perkataan "berada" boleh digunakan dalam ayat tersebut. Walau bagaimanapun ayat pertama perlu dibetulkan seperti berikut: Seremban berada di paksi-Y. | Tatabahasa | 15.07.2019 |
| Assalamualaikum, Ayat seru yang manakah betul? 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! | 1.Eh, di sini rupa-rupanya kamu berada! 2.Oh, disini rupa-rupanya kamu berada! Kedua-dua ayat ini betul. | Tatabahasa | 16.10.2012 |
| Salam sejahtera, 1.Perkataan "berada" merupakan kata kerja aktif transitif ? 2. Dia berada di Kuala Lumpur.(di Kuala Lumpur merupakan objrk? Terima kasih. | Kata Kerja Aktif Transitif ialah kata kerja yang memerlukan objek (penyambut) selepasnya untuk melengkapkan maksud ayat. Ciri utamanya ialah ayat yang menggunakannya boleh disongsangkan menjadi ayat pasif. Contoh: Adik membaca buku. membaca = kata kerja aktif transitif buku = objek Ayat pasif: Buku dibaca oleh adik. Manakala perkataan "Berada" tergolong dalam golongan Kata Kerja Tak Transitif. Kata Kerja Tak Transitif ialah kata kerja yang tidak memerlukan objek. Maknanya sudah sempurna dengan sendirinya atau boleh diikuti oleh keterangan (seperti tempat, masa, cara), bukan objek. Berdasarkan ayat yang diberikan: "Dia berada di Kuala Lumpur." Dalam ayat di atas, frasa "di Kuala Lumpur" berfungsi sebagai keterangan tempat, bukan objek (benda atau orang yang kena tindakan). | Tatabahasa | 26.02.2026 |
| tolong berikan pengertian frasa berikut bagi tujuan gubalan: 1) tidak berada dalam keadaan baik 2) tidak ditentusahkan | 1. Tidak berada dalam kedaan baik bermaksud keadaan sesuatu objek/orang/projek/kenderaan dan sebagainya, yang tidak begitu sempurna, tidak sihat atau tidak berjalan lancar. 2. Tidak ditentusahakan bermaksud tahap/keadaan/peringkat/perkembangan sesuatu itu yang belum disahkan kedudukannya. | Makna | 13.04.2007 |
| Adakah frasa "Mendepani Pertanian" bermaksud menjuarai pertanian? Terima kasih | Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat, mendepani bermaksud 1. berada di depan sesuatu 2. berusaha tidak mahu ketinggalan; mendahului. Perkataan "menjuarai" pula bermaksud menjadi juara, menjadi johan 2. memperjuangkan (mempertahankan, menyokong dan sebagainya) dengan sesungguhnya. Oleh itu, kedua-dua perkataan ini berbeza maksudnya. | Istilah | 31.10.2015 |
| Salam sejahtera. 1. Manakah lebah berada di bawah bunga? 2. Lebah manakah berada di bawah bunga? Manakah satu bentuk soalan yang mengguna hukum bahasa dengan betul? Adakah "Manakah" mesti diletak di bahagian depan sekali ? | Ayat yang betul, Manakah lebah yang berada di bawah bunga? | Tatabahasa | 05.12.2017 |
| 1. Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau. 2. Puan Sarah berada di hadapan gerai sambil memilih buah limau. Ayat manakah yang betul?sila berikan penjelasan jika penggunaan kata hubung itu salah. Terima kasih | Ayat yang betul ialah “Puan Sarah berada di hadapan gerai untuk memilih buah limau.” Kata hubung “sambil” tidak tepat untuk ayat ini kerana perkataan ini sesuai digunakan untuk menunjukkan dua aktiviti yang dilaksanakan serentak. | Tatabahasa | 06.02.2024 |
| Sila semak ayat di bawah, yang mana satu betul: 1) Banyak murid berada di dalam perpustakaan. 2) Ramai murid berada di dalam perpustakaan. mengenai mencari maksud sesuatu perkataan. saya menaip "banyak" di ruangan carian, tetapi "banyak" tidak ditunjukkan di ruangan "kata" dan sebaliknya ia berada di dalam ruangan "takrif" maka, saya tidak dapat tahu apakah sebenarnya maksud "banyak". sila maklum. | Kedua-dua ayat tersebut betul. Ramai murid merujuk suasana murid yang ramai di sesuatu tempat manakala banyak murid merujuk bilangan murid yang terdapat di tempat berkenaan. Banyak boleh digunakan untuk manusia dan bukan manusia, namun ramai digunakan untuk manusia. | Tatabahasa | 03.02.2012 |
| Assalamualaikum saya ingin tanya ayat di bawah ada kesalahan tidak 1. Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga ke pukul 6.00 petang. 2. Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer. | Ayat yang betul ialah: 1. Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang. 2. Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer. | Tatabahasa | 08.05.2014 |
| Tuan, 1. Thailand berada dalam keadaan ___________kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. yang mana jawapannya ? huru-hara atau porak-peranda 2. Ibu ________minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. jawapannya ? menyediakan atau menghidangkan 3. Kamil hanya duduk dan berehat sedang adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. Penggunaan sedang dalam ayat betul atau salah ? 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk jejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. Penggunaan jejak dalam ayat betul atau salah ? | 1. Thailand berada dalam keadaan ______huru-hara_____kerana berlakunya pergaduhan dalam kalangan rakyatnya. 2. Ibu __menghidangkan______minuman dan makanan untuk tetamu yang datang. 3. Kamil hanya duduk dan berehat sementara adiknya Nita dan Razi sibuk membersihkan halaman rumah. 4 Pasukan keselamatan sedang berusaha untuk menjejak perompak yang melarikan diri ke dalam hutan tersebut. | Tatabahasa | 24.05.2013 |