Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.da.a.da]/[ber.a.da.a.da] | براد-اد

Definisi : = ada-berada ada sesuatu yg tersembunyi (spt sebab, maksud, dll); kalau tidak ~ takkan tempua bersarang rendah prb tentu ada maksud tersembunyi seseorang berlaku secara luar biasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berada-ada

Puisi
 

Sesudah malam bulan cerah,
     Bintang jua tumpang berada;
Jangan adik duk ambil susah,
     Abang ada di depan mata.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

132

Between a rock and a hard place

Berada dalam dilemma untuk membuat pilihan kerana kedua-dua pilihan yang ada tetap akan mendatangkan masalah.

Lalu hangus, surut layu

The volcanic mud that gushed out from the underground has devoured the whole village. In a desperate move to save the village, the government decided to divert the mud flow to the nearby sea. But the action caused an uproar among the fisherman who worried

Lumpur gunung berapi yang memancut keluar dari perut bumi telah menenggelamkan seluruh kampung. Untuk menyelamatkan kampung itu, kerajaan telah mengambil langkah terakhir untuk mengalihkan lumpur itu ke arah laut yang berhampiran. Namun tindakan ini telah menimbulkan kekecohan dalam kalangan nelayan yang bimbang periuk nasi mereka akan terjejas. Keadaan ini membuatkan kerajaan berasa serba salah kerana hendak lalu hangus, surut layu.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(19)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sahabat lamaku, di manakah engkau berada? Telah lama tak ada khabar darimu. Rindu akan saat-saat kami bermain sama main guli main gasing main congkak main teng-teng main layang-layang main batu seremban Penulisan prosa di atas ini terdapat apa-apa kesalahan? Terima kasih atas tunjuk ajar Tuan/Puan.Cadangan penggunaan bahasa yang betul ialah:

"Sahabat lamaku, di manakah engkau berada? Telah lama tiada khabar daripadamu. Rindu akan memori kita bersama bermain guli, gasing, congkak, teng-teng, layang-layang dan batu seremban."
Tatabahasa17.05.2022
1) Perlukah ada partikel 'kah' di belakang setiap kata tanya yang berada di hadapan ayat? Jikalau kata tanya itu berada di tengah-tengah atau belakang. bagaimanakah pula? 2) Adakah 'oh' itu kata seru dan perlukah meletakkan tanda seru di setiap belakang ayat yang mengandungi kata seru? 3) Bolehkah meletakkan partikel 'kah' di belakang perkataan yang bukan kata tanya? Misalnya, bolehkah, perlukah dan sebagainya.1. Partikel -kah sebagai kata penegas frasa predikat hanya berlaku apabila frasa predikat atau bahagian-bahagian yang ditegaskan itu mengalami proses pendepanan, seperti dalam contoh ayat berikut: Adakah awak sudah makan?

2. Oh bukannya kata seru, akan tetapi merupakan kata untuk menyatakan rasa terkejut (hairan, kecewa, menjadi yakin, dan lain-lain).

3. Untuk soalan nombor 3, boleh rujuk jawapan nombor 1.
Tatabahasa27.10.2015
yang manakah antara ayat berikut betul? (Nadia ada di dalam terowong.) atau (Nadia berada di dalam terowong.) terima kasih.Ayat yang betul ialah Nadia berada di dalam terowong.Tatabahasa04.10.2017
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Ada 2 soalan: 1. Ayat yang manakah betul, "Buku yang ada di tangan anda..." atau "Buku yang berada pada tangan anda..." 2. Yang manakah yang betul, "ejen perubahan" atau "agen perubahan" (ayat: Guru agen perubahan masyarakat...) terima kasih1. "Buku yang berada pada tangan anda ..."
2. Kata ejen bermaksud wakil atau orang yang diupah untuk melakukan sesuatu. Agen pula bermaksud sesuatu yang berperanan secara aktif untuk menghasilkan perubahan dan agen juga bermaksud tindak balas kimia. Berdasarkan kontesk ayat yang diberikan, kata yang betul ialah "agen perubahan".
Tatabahasa20.05.2024
Assalamualaikum saya ingin tanya ayat di bawah ada kesalahan tidak 1. Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga ke pukul 6.00 petang. 2. Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer.Ayat yang betul ialah:
1. Kami berada di sini dari pukul 4.00 petang hingga 6.00 petang.
2. Jarak di antara rumah Rosli dengan rumah neneknya lebih kurang dua kilometer.
Tatabahasa08.05.2014
permulaan ayat membuat karangan, perkataan mana yang tidak boleh digunakan?Tidak ada satu terbitan khusus yang membicarakan tentang perkataan yang tidak boleh ada pada pangkal ayat. Untuk menghasilkan binaan ayat yang baik sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, lihat Bab Ayat. Ayat mengandungi subjek dan predikat dan dalam bentuk ayat biasa subjek berada di pangkal ayat. Subjek terdiri daripada Kata Nama/Frasa Nama. Oleh itu, semua kata nama boleh menjadi subjek atau dan berada pada pangkal ayat. Dan penanda wacana juga boleh berada pada pangkal ayat.Tatabahasa23.09.2012
salam sejahtera. Saya musykil tentang ayat ini sama ada betul atau tidak. Seseorang yang berbudi akan sentiasa disanjung walau di mana sahaja dia berada. terima kasih.

Ayat yang betul ialah 'seseorang yang berbudi akan sentiasa disanjungi walu di mana sahaja dia berada. Harap maklum.

Tatabahasa22.07.2008
Sehingga kini, Malaysia berada di kedudukan ketiga bagi kedua-dua jumlah kes jangkitan COVID-19 serta kematian akibat COVID-19 di belakang Indonesia dan Filipina. Betulkah ayat di atas? Adakah ada unsur lewah di dalam ayat?Cadangan jawapan yang sesuai ialah Sehingga kini, Malaysia berada pada kedudukan ketiga, iaitu dari segi jumlah kes jangkitan COVID-19 dan kematian akibat COVID-19. Kedudukan ini mendahului Indonesia dan Filipina.Tatabahasa05.06.2021
terima kasih kerana menjawab.Namun ada buku rujukan tatabahasa mengatakan bahawa "anda' digunakan apabila kita berkomunikasi kepada orang yang tidak berada di depan kita.Contohnya oleh pembaca berita,papan tanda di bahu jalan dan sebaginya yang menyampaikan mesej secara tidaj bersemuka. Apakh penjelasan DBP dalam hal ini.Untuk makluman, dalam Tatabahasa Dewan tidak menyatakan 'anda' (kata ganti nama diri orang kedua) digunakan apabila  kita berkomunikasi dengan orang yang tidak berada di depan kita. Walau bagaimanapun, 'anda' memang sesuai digunakan untuk konteks tersebut kerana kata ganti diri ini tidak membezakan taraf, tingkat dan umur.Tatabahasa21.02.2011
Saya ada soalan tentang tatabahasa:- Penggunaan di sana dan di situ. Apa perbezaan untuk kata tunjuk di sana dan di situ. Kalau untuk kanak-kanak tadika, boleh ke kita tunjukkan - Buku di sana. Buku tersebut berada tak jauh dari kita. Atau kena tukar kepada di situ. Buku di situ. Ini untuk pembelajaran bagi di sana & di sini.Kata “di situ” merujuk kepada tempat yang tidak jauh dari orang yang berbicara manakala “di sana” pula merujuk kepada tempat yang jauh atau yang dianggap jauh. Kami mencadangkan “di sana” ditukar kepada “di situ” jika merujuk kepada benda yang berada tidak jauh dengan orang berbicara. Cadangan ini bergantung pada konteks dan konsep penggunaannyaLain-lain30.03.2022
12345678910...

Kembali ke atas