1) Apakah maksud kesantunan berbahasa, ciri-cirinya serta penggunaannya dalam masyarakat? 2) Contoh-contoh kesantunan bahasa yang diamalkan dalam masyarakat. 3) Senarai rujukan buku atau artikel untuk kesantunan berbahasa. | Santun Berbahasa, secara umumnya merujuk penggunaan bahasa yang baik, sopan beradab, menunjukkan penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicaranya. Sdr bolehlah merujuk buku yang berkaitan, cuba layari Kawat melalui Laman DBP. | Makna | 08.08.2007 |
Assalammualaikum... soalan 1 saya ingin bertanya maksud perkataan yang tidak terdapat dapat kamus Dewan 1) Babarisme 2)uca (cth ayat dalam sajak : Siapa mungkin mengutip kuasa uca) soalan 2 yang mana lebih sesuai? Bahasa Melayu atau Bahasa Malaysia? Terima Kasih | 1. Barbarisme bermaksud cara atau perbuatan yang tidak beradab. 2. Kata "uca" yang ditemui dalam pangkalan data kami ialah terjemahan head start dalam bahasa Melayu dan digunakan dalam bidang sukan. Berdasarkan ayat contoh he was given a head start in the race, head start atau uca dalam bahasa Melayu boleh membawa maksud kelebihan. | Makna | 29.06.2011 |