Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : selaku adik dan kakak; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
kakak
Rujuk :kakanda


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
assalamualaikum. saya mempunyai 12 orang adik beradik. kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua. jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai? (contoh: along, angah,....) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 12 gelaran. terima kasihDalam budaya Melayu, anak pertama sehingga anak kelapan ada gelaran yang khusus. Tidak ada pula gelaran untuk anak yang kesembilan dan kesepuluh. Namun, anak kedua bongsu dan yang bongsu ada gelarannya. Gelaran mengikut tertib ialah: 1. Sulung/Along @ Pak/Mak Long; 2. Angah @ Pak/Mak Ngah; 3. Alang @ Pak/Mak Lang; 4. Pandak/Andak @ Pak/Mak Andak; 5. Ateh @ Pak/Mak Teh; 6. Anjang @ Pak/Mak Anjang; 7. Hitam/Itam/Atam @ Pak/Mak Tam; 8. Muda/Uda @ Pak/Mak Uda. Anak kesembilan boleh dinamakan sendiri dengan gelaran yang sesuai. Saya cadangkan no.9. Ilan @ Pak/Mak Ilan. Adi bermaksud adik (dalam bahasa Brunei). Oleh itu saya cadangkan, no. 10. Adi @ Pak/Mak Adi. Yang kedua bongsu, dalam keluarga ini no.11. digelar Acik @ Pak/Mak Acik; 12. Bongsu/Busu @ Pak/Mak Busu/Usu.  Ada juga sesetengah tempat menggunakan gelaran Enduk/ Mak Enduk yg bererti perempuan dan Wok/Mak Wok yang bererti manis manja. Makna23.09.2011
assalamualaikum..saya mempunyai 13 orang adik beradik..kakak saya bercadang untuk memberi gelaran kepada kami semua bagi memudahkan anak-anak saudara kami untuk memanggil kami semua..jadi, apakan urutan gelaran yang sesuai..? (contoh: along, angah,..) kerana kami kehabisan idea untuk mencari 13 gelaran..tdalam keluarga kami kakak saya mempunyai kembar,cth bg zam bg rie ( kak miza,kak watie )kembar kak bibah kak cik kak yang bg awie kak zura saya adik un adik nadia adik wan..terima kasihKebiasaannya dalam sebuah keluarga Melayu, nama-nama gelaran untuk keluarga adalah seperti yang berikut: Along (pertama), Angah (kedua), Alang (ketiga), Atih (keempat), Andak (kelima), Uda (keenam), Tam (ketujuh), Acik (kelapan), Anjang (kesembilan)dan Usu (akhir/bongsu).

Untuk gelaran adik-beradik yang seterusnya, pihak keluarga boleh menamakan sendiri dengan gelaran yang bersesuaian.
Lain-lain27.01.2024
Adakah 'adik-beradik' termasuk pengarang sendiri ? Seperti contoh: Saya Ai Ling. Keluarga saya terdiri daripada 6 orang, iaitu ayah, ibu, kakak, abang, adik dan saya. Soalan : Berapa orangkah adik-beradik Ai Ling ? Apakah jawapannya? 3 orang atau 4 orang ( termasuk Ai Ling) ? Sekian, terima kasih.Adik-beradik termasuk diri orang yang bercakap.Tatabahasa25.06.2012
Ali mempunyai seorang kakak, seorang adik dan dua orang abang.Soalannya: Berapakah adik - beradik di dalam keluarganya?adakah termasuk Ali juga?Ini bukanlah soalan tentang penggunaan bahasa. Sila berbincang dengan guru atau rakan di sekolah.      Lain-lain15.03.2008
Salam Sejahtera. Bagaimana kerabat diraja mengelar adik-beradik mereka? Adakah frasa seperti "kanda andak" dan "dinda long" betul?Panggilan sapaan bagi kerabat diraja yang sebaya dengan abang, kakak atau adik ialah kakanda (kekanda/kanda) dan adinda (dinda). Penggunaan frasa "kanda andak" dan "dinda long" tidak ditemui dalam teks klasik bahasa diraja, khususnya dalam pangkalan data Malay Concordance Project (MCP)Kata yang selalu dikolokasikan dengan kanda dan dinda adalah seperti Kanda Tengku Embung, Kanda Seri Indera, adinda baginda tuan puteri, Adinda Asma Penglibur, adinda baginda Maharaja/Raja/Pangeran dan sebagainya. Kesimpulannya, kata kanda dan adinda digunakan secara kata nama tunggal atau frasa nama dengan gabungan yang tertentu dan khusus sifatnya (dengan kata nama khas).

Namun, tidak dinafikan adanya pengguna kata kanda dan dinda dalam panggilan orang bangsawan yang dilakonkan dalam drama kepahlawanan, kependekaran dan sebagainya.

Mohon rujuk buku Bahasa Diraja Edisi Baharu (Asmah Haji Omar. DBP, 2016) untuk penjelasan lanjut. Untuk carian makna kata yang terkini, sila dapatkan Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Lain-lain24.07.2023
ASALAMUALAIKUM. PERMASALAHAN DALAM AYAT YANG DIBUAT. CONTOH (AMIR TIDAK MEMPUNYAI ABANG DAN KAKAK. DIA MERUPAKAN ANAK TUNGGAL) JAWAPANNYA ANTARA BETUL DAN SALAH. SAYA MEMILIH (BETUL). NAMUN BEGITU, TERDAPAT KERAGUAN YANG MEMBOLEHKAN JAWAPAN SALAH JUGA BOLEH DITERIMA. JADI SAYA INGINKAN PENDAPAT YANG BOLEH SAYA JELASKAN KEPADA ORANG YANG BERKENAAN. SEGALA KERJASAMA AMAT DIHARGAI.

Anak tunggal ialah anak yang seorang sahaja, iaitu tidak mempunyai adik-beradik. Contoh yang diberikan belum tentu anak tunggal kerana Amir tidak mempunyai abang dan kakak tetapi mungkin mempunyai adik.

Lain-lain23.03.2009
Salam. Saya ada kemusykilan tentang anak buah dan anak saudara. Apakah berbezaannya? Apakah panggilan kepada anak sepupu kita? Adakah dipanggil anak saudara? Dan betulkah gelaran anak buah itu merujuk kepada anak kepada adik beradik kita sahaja? Mohon pencerahan. Terima kasih.Anak buah bermaksud orang-orang yang termasuk dalam sesuatu keluarga atau orang yang temasuk dalam sesuatu pasukan atau terletak di bawah tanggungjawab seseorang. Anak saudara bermaksud anak kepada abang (kakak) atau adik. Tiada panggilan khusus kepada anak sepupu. Walau bagaimanapun dalam budaya Melayu masih menggunakan istilah anak saudara, iaitu anak saudara sepupu.Tatabahasa10.10.2017

Kembali ke atas