Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.ja] | براج

Definisi : 1. berlaku sbg raja, menjadi raja; ~ di mata, bersultan di hati = ~ di hati, bersultan di mata prb mengikut nafsu masing-masing; 2. ada rajanya, mempunyai raja: adat negeri itu tiada ~, Batin sahaja penghulunya; baik­lah raja ini kita rajakan di sini kerana kita pun tiada ~; ~ kpd mengabdikan (mengham­bakan) diri kpd; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ja] | براج

Definisi : Jk bintang beralih. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.ja] | براج

Definisi : 1 menjadi raja; berlaku sbg raja: Dia ~ di mata, bersultan di hati. 2 mempunyai raja: Adat negeri itu tiada ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beraja

Peribahasa

Beraja di mata,
     bersultan di hati.

Bermaksud :

Menurut kehendak hati sendiri. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Beraja di hati, bersultan di mata, b. Nafsu-nafsi, raja di mata sultan di hati).

 

Lihat selanjutnya...(5)


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
perbezaan dato` & datukGelaran kehormat 'Datuk' dianugerahkan oleh Kerajaan Persekutuan yang diberikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan yang dianugerahkan oleh negeri-negeri tidak beraja , manakala 'Dato' dianugerahkan oleh negeri-negeri Melayu yang beraja.Lain-lain24.12.2009
saya nak tahu tentang ejaan dato atau dato' yang sepatutnya diguna pakai dan adakah maksud gelaran dato sama dengan dato'?sekian,terima kasih...Gelaran Dato' dianugerahkan oleh negeri bersultan/beraja dan gelaran Datuk dianugerahkan oleh negeri tidak bersultan/beraja atau Wilayah/Kerajaan Persekutuan.Ejaan04.12.2012
sala. minta penjelasan..apakah kata honorifik yang betul bagi gelaran Dato' atau Datuk..? saya keliru sama ada Dato' Joseph Salang Gandum atau Datuk Joseph Salang Gandum?Untuk makluman tuan, Gelaran Dato' dianugerahkan oleh negeri bersultan/beraja dan gelaran Datuk dianugerahkan oleh negeri tidak bersultan/beraja atau Wilayah/Kerajaan Persekutuan. Oleh itu, jika gelaran tersebut diperoleh daripada kerajaan Negeri Sarawak, maka gelaran yang betul ialah Datuk.Lain-lain17.05.2013
Terdapat sembilan negeri yang beraja dalam negara kita dan pemerintah di setiap negeri mempunyai gelaran yang berbeza. Soalan: Apakah perkataan yang dapat merujuk kepada kesemua pemerintah ini? Perkataan "pemerintah negeri" rasanya macam tak betul kerana mungkin disalah ertikan sebagai kerajaan sivil yang ada di situ.Lazimnya disebut Sultan, Yang di-Pertuan Besar dan Yang di-Pertua Negeri, tidak ada satu perkataan khusus untuk merujuk kesemua mereka.Lain-lain19.04.2012
apakah maksud peribahasa "di rumah beraja-raja, di hutan berberuk-beruk"? Terima kaishMaksud peribahasa tersebut ialah harus pandai menyesuaikan diri pd setiap keadaan.Lain-lain14.10.2010
Apakah perbezaan gelaran Dato' dengan Datuk? Adakah benar gelaran Dato' untuk darjah kebesaran yang diberikan oleh TYT atau Raja di setiap negeri. Manakala Datuk pula gelaran bagi mereka yang memperoleh darjah kebesaran daripada YDPAGelaran Dato' dikurniakan oleh negeri bersultan/beraja dan gelaran Datuk dikurniakan oleh negeri tidak bersultan/beraja atau Wilayah/Kerajaan Persekutuan.Lain-lain28.01.2014
Mana satu yang betul, Dato atau Dato'?Gelaran yang ada ialah Dato' dan Datuk, tidak ada Dato. Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan.Tatabahasa28.04.2013
Selamat petang Mohon maklum balas, apa beza Dato dan Dato'. Sekian, terima kasih.Gelaran yang ada ialah Dato' dan Datuk, tidak ada Dato. Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan.Tatabahasa31.05.2013
memohon semakan penggunaan bahasa persuratan kepada Yang Dipertua Majlis Perbandaran (YDP). Baru-baru ini telah mendapat gelaran Dato'. Oleh itu memohon semakan penggunaan Dato' Yang Dipertua didalam surat seperti di lampiran adalah betul atau salahLampiran tidak dapat dibuka.

Gelaran Dato' diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh negeri yang bersultan/beraja, manakala gelaran Datuk diperoleh apabila seseorang itu dianugerahkan pingat kebesaran oleh DYMM Yang di-Pertuan Agong dan negeri-negeri yang tidak bersultan.
Penyemakan dan penterjemahan24.09.2014
Dato’ Ahmad akan menerima bintang kebesaran yang membawa gelaran datuk. Itulah gelaran kedua selepas dia menerima gelaran dato’ tiga tahun yang lalu. Adakah ejaan datuk dan dato’ dalam ayat ini tepat?Ejaan gelaran dalam kedua-dua ayat perlu diselaraskan kepada Dato'. Berdasarkan kedua-dua ayat tersebut dapat menjelaskan bahawa pingat kebesaran yang diterima daripada negeri yang beraja.Lain-lain13.01.2013
12

Kembali ke atas