Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.khi.ran]/[ber.a.khi.ran] | براخيرن

Definisi : mempunyai akhiran; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata berakhiran


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Adakah DBP mempunyai pedoman pengejaan istilah berakhiran -phobia, -phobe, -philia dan -phile yang diserap masuk bahasa Melayu? Contohnya astraphobia menjadi astrafobia, xenophilia menjadi xenofilia, Islamophobe menjadi Islamofob (atau Islamofobiawan?) dan pedophile menjadi pedofil (atau pedofiliawan)? Terima kasih didahulukan.Penulisan kata serapan mempunyai kaedah tertentu seperti yang terkandung dalam Pedoman Ejaan Umum Bahasa Melayu dan Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu. Antara lain, ph akan menjadi f, maka Islamophobia akan menjadi Islamofobia,  astraphobia  akan menjadi  astrafobia,  pedophilia akan menjadi pedofilia. Ejaan19.04.2019
Antara berikut ayat tanya manakah yang betul? 1. Mengapakah cikgu menghiaskan bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang? (Atau) 2. Mengapakah cikgu menghiasi bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang? Apakah perbezaan antara menghiaskan dan menghiasi? Terima kasih.Ayat 1. Mengapakah cikgu menghiaskan bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang. Dalam ayat ini, kata kerja transitif ((KKT), iaitu kata kerja yang memerlukan objek ialah menghiaskan, iaitu berakhiran dengan “kan” dan objeknya ialah  “bilik darjah”.  Jika KKT berakhiran “kan” , objek yang hadir  selepas KKT membawa maksud ada pergerakan objek ke arah kata nama (Jalur Gemilang) yang mengikutinya . Di sini, bilik darjah tidak “bergerak” ( tiada pergerakan) secara langsung ke arah kata nama yang mengikutinya, iaitu Jalur Gemilang. Oleh itu, ayat yang sepatutnya ialah  Mengapakah cikgu menghiaskan Jalur Gemilang  di dalam bilik darjah kita atau sekiranya hendak dikekalkan ayat tersebut, “kan” perlu digugurkan menjadi Mengapakah cikgu menghias bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang.
Ayat 2.  Mengapakah cikgu menghiasi bilik darjah kita dengan Jalur Gemilang. Dalam ayat ini, kata kerja transitif ((KKT), iaitu kata kerja yang memerlukan objek ialah menghiasi, iaitu berakhiran dengan "i" dan objeknya ialah  “bilik darjah”. Bagi KKT berakhiran “i” , objek ( bilik darjah)  hadir langsung lepas KKT berakhiran “i”  dengan maksud makna KKT langsung kena pada objek. Tiada unsur “pergerakan” diri objek. Objek berkeadaan pasif dan menerima  makna KKT. Oleh itu, ayat ini betul.
Perbezaan kedua-dua ayat ini terletak pada (a) Jika KKT berakhiran "i' , objek hadir terus ( langsung) lepas KKT lalu menerima maksud yang terkandung dalam KK itu. Objek tersebut bersifat pasif ( tak bergerak). (b) Jika KKT berakhiran "kan"  objek yang hadir selepas KKT membawa maksud ada pergerakan objek ke arah kata nama yang mengikutinya.
Tatabahasa21.02.2018
Apakah perkataan "isme" yg sesuai untuk sikap "bersemangat" (passionate). Contoh patriotisme, altruisme, positivisme...saya perlukan "isme" yang menunjukkan "passionate".Tiada kata yang berakhiran -isme yang menyatakan makna sikap bersemangat (passionate) dalam bahasa Melayu. Kata yang merupakan contoh kata pinjaman seperti patriotisme, altruisme dan positivisme terdapat dalam bahasa sumbernya, iaitu bahasa Inggeris.

Malangnya, kata sumber passionatism juga tidak terakam dalam Kamus Collins dan Kamus Oxford English, iaitu rujukan dalam bahasa sumbernya.

Apa yang boleh dicadangkan ialah saudara berbincang dengan pakar bidang dan pakar bahasa untuk membentuk/menggubal istilah/kata yang sesuai dengan maksud dan konteks dalam bidang tersebut.
Istilah23.08.2023
Apakah perkataan "isme" yg sesuai untuk sikap "determined"(tekad yang kuat). Contoh patriotisme, altruisme, positivisme...saya perlukan "isme" yang menunjukkan "determined".Tiada kata yang berakhiran -isme yang menyatakan makna tekad yang kuat (determined) dalam bahasa Melayu. Kata yang merupakan contoh kata pinjaman seperti patriotisme, altruisme dan positivisme terdapat dalam bahasa sumbernya, iaitu bahasa Inggeris.

Kami mencadangkan saudara berbincang dengan pakar bidang dan pakar bahasa untuk membentuk/menggubal istilah/kata yang sesuai dengan maksud dan konteks dalam bidang tersebut.
Lain-lain23.08.2023
contoh perkataan yang berakhir dengan inbuhan man dan nitaContoh perkataan yang berakhir dengan imbuhan 'man' ialah seniman dan budiman. Manakala contoh imbuhan  berakhiran 'nita' ialah biduanita. Sila rujuk kamus untuk mendapatkan maklumat lanjut. Tatabahasa16.06.2009
Dasar Pendidikan Kebangsaan yang menggunakan bahasa itu sebagai bahasa pengantar telah berjaya mencapai matlamatnya, iaitu menyatupadukan murid pelbagai kaum, sekali gus berjaya "melahirkan" rupa bangsa yang diingini. melahirkan dalam ayat di atas merupakan kata kerja transitif aktif?Perkataan melahirkan tergolong dalam kata kerja aktif transitif berakhiran. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 157.Tatabahasa24.03.2012
Adakah benar tokoh bahasa Melayu hari ini telah banyak menginggeriskan bahasa Melayu dan banyak mengambil perkataan serta istilah saduran dan pinjaman dalam bahasa Inggeris. Benarkah bagi apa-apa perkataan atau istilah saduran dan pinjaman daripada bahasa Inggeris yang ada akhiran ''tion'' maka perkataan atau istilah yang dimelayukan akan berakhiran dengan ''si''. Mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan bahasa Melayu itu sendiri banyak dan kaya dengan perkataan, istilah,perbendaharaan kata serta kosa kata yang boleh dipilih, direka, diperbaharui dan digubal.Saya sebagai dan selaku pencinta bahasa Melayu sungguh kecewa dan mohon penjelasan yang sewajarnya dari pihak DBP.Perkara sebegini perlu dipandang sungguh-sungguh oleh tokoh-tokoh bahasa yang bijak pandai lagi dihormati. Saya juga mohon supaya mengurangkan perkataan, kosa kata serta istilah saduran dan pinjaman bahasa Inggeris dan Eropah. Pada pandangan saya, bahasa Melayu akan lebih berdiri megah dengan perkataan , kosa kata, perbendaharaan kata dan istilahnya sendiri tanpa banyak pinjaman. Masyarakat juga lebih memahami serta dapat mengerti dalam melontarkan dan mengucapkan kata-kata.Untuk makluman, salah satu cara pembentukan istilah bahasa Melayu adalah melalui penyerapan. Penyerapan istilah asing menjadi istilah behasa Melayu bermakna mengambil keseluruhan istilah asing dengan atau tanpa penyesuaian ejaan dan sebutan. Kaedah ini digunakan apabila; 1. Istilah asing yang akan diserap memperlihatkan mudahnya pemindahan timbal balik antara istilah asing dengan istilah Melayu dalam konteks keperluan pemindahan ilmu pengetahuan. 2. Istilah asing yang akan diserap mempermudah pemahaman teks asing oleh pembaca Malaysia kerana memberi ciri transparensi teks. 3. Istilah asing yang akan diserap lebih ringkas jika dibandingkan dengan terjemahan Melayunya. 4. Istilah asing yang akan diserap mempermudah kesepakatan antara pakar jika padanan terjemahannya terlalu banyak sinonimnya. 5. Istilah asing yang akan diserap lebih sesuai dan tepat kerana tidak mengandungi konotasi buruk. Akiran "-tion" pada istilah bahasa Inggeris boleh dipadankan menjadi "-si" dan "-syen". Contohnya: tradition- tradisi, variation - variasi, convention - konvensyen, convocation - konvokesyen. Untuk maklumat lanjut tentang perkara di atas, sila rujuk buku "Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu Edisi Baharu" terbitan DBP.Istilah20.01.2014
bagaimana hendak mengetahui satu-satu perkataan yang mengandungi imbuhan memper-..kan itu membawa makna kausatif atau menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja? (Harap jangan suruh rujuk tatabahasa dewan kerana sudah dirujuk)Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kausatif bermaksud (Lin) berkenaan bentuk kata kerja transitif yang berakhiran -kan yang mengatakan sebab ber­lakunya sesuatu kejadian (misalnya dalam ayat Ali membesarkan rumah, -kan dalam kata membesarkan membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan besar).

Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Dalam mengenal pasti sama ada membawa makna kausatif atau menyebabkan orang lain melakukan perbuatan, tuan digalakkan selalu merujuk kamus bagi carian makna sesuatu perkataan
Tatabahasa14.09.2014
bagaimana hendak mengetahui satu-satu perkataan yang mengandungi imbuhan memper-..kan itu membawa makna kausatif atau menyebabkan orang lain melakukan perbuatan yang terkandung dalam maksud kata kerja? (Harap jangan suruh rujuk tatabahasa dewan kerana sudah dirujuk)Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, kausatif bermaksud (Lin) berkenaan bentuk kata kerja transitif yang berakhiran -kan yang mengatakan sebab ber­lakunya sesuatu kejadian (misalnya dalam ayat Ali membesarkan rumah, -kan dalam kata membesarkan membawa pengertian kausatif, iaitu menjadikan besar).

Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal.

Dalam mengenal pasti sama ada membawa makna kausatif atau menyebabkan orang lain melakukan perbuatan, tuan digalakkan selalu merujuk kamus bagi carian makna sesuatu perkataan.
Tatabahasa10.09.2014
Sila jelaskan makna kata kerja terbitan dan berikan contoh-contoh kata kerja terbitan. Terima kasih .Kata kerja terbitan ialah bentuk perkataan yang dihasilkan melalui proses pengimbuhan, iaitu proses yang menggandingkan imbuhan pada kata dasar. Pengimbuhan ini melahirkan bentuk perkataan yang disebut kata terbitan. Kata terbitan terdiri daripada empat jenis, iaitu:

1. Kata Terbitan Berawalan. Contoh: pelari, melawan, terbesar dan banyak lagi.
2. Kata Terbitan Berakhiran. Contoh: pakaian, buatkan dan banyak lagi.
3. Kata Terbitan Berapitan. Contoh: pelaksanaan, memainkan, kearaban dan banyak lagi.
4. Kata Terbitan Bersisipan. Contoh: telunjuk, selerak, gelegak dan banyak lagi.

Untuk lebih jelas, mohon rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 69.
Tatabahasa30.07.2015
12

Kembali ke atas