Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.kit] | براکيت

Definisi : bergerak di air di atas rakit, meng­guna­kan rakit: perjalanan ~ hanya memakan masa kira-kira tiga jam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.kit] | براکيت

Definisi : bergerak di air dgn menggunakan rakit; menaiki rakit: ~-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
rakit (kata nama)
Bersinonim dengan ancu, telatak, jeriau, telatap;,
Kata Terbitan : berakit, merakit, perakit,

Puisi
 

Kalau tuan berakit kayu,
     Boleh ambo berakit buluh;
Tiada dagang nak tanggung malu,
     Sungguh kasih teramat sungguh.


Lihat selanjutnya...(10)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Ingin tahu maksud peribahasa ini.. 1. Kalah jadi abumenang jadi arang. 2Biar putih tulang jangan putih mata. 3. Berakit - rakit ke hulu beranan renang tepian

Menurut Kamus Dewan, maksud peribahasa yang dikemukakan adalah seperti yang berikut: 

1. Kalah jadi abu menang jadi arang - kalah menang sama sahaja bagi kedua-dua pihak yg berkelahi (iaitu sama-sama rugi)

2. Biar putih tulang jangan putih mata - lebih baik mati daripada menanggung malu

3. Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian - bersusah payah dahulu kemudian baru bersenang-senang

Makna15.05.2011
bersenang-senang dahulu bersusah-susah kemudian

Soalan saudari tidak jelas. Peribahasa yang ada 'Berakit-rakit ke hulu berenang-renang ke tepian, bersakit-sakit dahulu bersenang-senang kemudian.

Lain-lain08.10.2009
apakah maksud "sukan lasak"?

Sdr. Mohamad Shukri terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Sukan lasak ialah sukan yang melibatkan aktiviti yang kasar dan kadang kala melibatkan aksi ganas. Antara jenis sukan ini ialah lumba motorcross, memanjat gunung, berakit atau bersampan dijeram sungai dan sebagainya.

Makna11.07.2009

Kembali ke atas