Selamat pagi, Kami dari Syarikat Gopi Travel Tours Sdn Bhd ingin memohon papan tanda baru untuk cawangan baru kami di Seremban beralamat No 8, 1st Floor, Jalan Dr. Krishnan, 70000 Seremban, Negeri Sembilan. Maklumat terperinci mengenai papan tanda adalah sepereti berikut: Gopi Travel Tours Sdn Bhd (Mohon Untuk Translet kepada Bahasa Cina Nama Syarikat) Perkhidmatan yang disediakan: Pakej Pelancongan Luar dan Dalam Negara Penempahan Tiket Dalam dan Luar Negara Tempahan Hotel Dalam dan Luar Negara Perkhidmatan BAs Persiaran, Catar, Ekspress dan Henti-Henti p/s: Mohon Pihak Dewan dan Pustaka dapat memberi maklumbalas kepada pihak kami. Terima Kasih | Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/ Terima kasih. | Lain-lain | 30.05.2017 |
saya ingin mendapatkan senarai karya-karya yang dikatakan sebagai karya agung atau karya-karya yang diterbitkan oleh Yayasan Karyawan. t.kasih | Berhubung dengan pertanyaan tersebut, sdr. boleh merujuk kepada Yayasan Karyawan beralamat pejabat di Lot 14 & 15, Paras 3, Blok G (Utara), Pusat Bandar Damansara, 50490 Kuala Lumpur. No. Telefon 03 - 20952745 atau faks 03 - 20952787. Pegawai atau editor yang boleh dihubungi ialah Puan Hajah Nor Jannah Adam. Selamat berjaya dan Wassalam. | Lain-lain | 15.03.2009 |
Ticer Nani May 30th, 3:31pm Salam.. saya mohon maaf kerana ingin bertanya.. cawangan DBP di Larkin Johor Bahru adakah masih dibuka? Ticer Nani May 30th, 3:31pm Berapakah harga sebuah kamus dewan edisi ke4 yg berkulit merah marronn | DBP Wilayah Selatan beralamat di Jalan Susur Dato' Mohd Said Sulaiman 1, Larkin Perdana, Johor Bahru. Harga sebuah Kamus Dewan ialah RM60. | Lain-lain | 30.05.2015 |
SALAM SY NAK TANYE CARA NAK MEMOHON JWTN DI DBP??? | Sdr, Semua permohonan jawatan kosong yang diiklankan hendaklah menggunakan Borang Personel 27/99. Borang ini boleh didapati dengan cara mengirimkan kepada Bahagian Pengurusan Personel, DBP ibu pejabat sampul surat beralamat sendiri/bersetem 40 sen, atau datang untuk mengambil sendiri di pejabat kami di alamat seperti yang berikut: Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur. Sdr juga boleh memuat turun borang tersebut melalui laman web DBP. Kami ingin memaklumkan bahawa sdr boleh mengemukakan borang permohonan jawatan pada bila-bila masa. Namun sebaik-baiknya permohonan tersebut dikemukakan selepas sesuatu jawatan kosong itu diiklankan. | Lain-lain | 09.09.2009 |
saya hendak bertanya tentang jawatan Pembantu Tadbir (Kesetiausahaan). saya sudah membaca iklan mengenainya. tetapi masalahnya saya tidak dapat memuat turun borang jawatan itu. jadi, pertanyaaan saya, bagaimana saya hendak mendapatkan borang tersebut? terima kasih. | Sdr, Sekiranya sdr ingin mendapatkan borang tersebut, sila hantar sampul surat beralamat sendiri kepada kami sepertimana alamat yang tertera dalam iklan di akhbar tersebut. Sdr juga boleh datang sendiri ke pejabat kami di Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, Kuala Lumpur. Pastikan permohonan sdr yang telah dilengkapkan dengan makalumat dan dokumen yang dapat menyokong permohonan sdr sampai kepada kami selewat-lewatnya pada 6 April 2009. TK. | Lain-lain | 16.03.2009 |
saya nak memohon jawatan (Pegawai Khidmat Pelanggan) jadi saya nak borang permohonan jawatan (Borang Personel 27/99) | Sdr, Borang permohonan jawatan boleh diperolehi dengan memuat turun daripada laman web DBP atau datang sendiri ke Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17 Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur atau menghantar sampul surat beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan ini. | Lain-lain | 12.01.2009 |
saya ingin maklumat yang terkini mengenai bahasa baru yang telah di terjemahkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka | Puan Norhaslinna, Untuk makluman puan, tidak ada konsep bahasa baru. Mungkin apa yang saudara maksudkan ialah istilah baru yang diterbitkan dalam bentuk daftar atau glosari istilah. Oleh yang demikian daftar atau glosari istilah ini boleh dibeli di Kedai Buku Koperasi DBP yang beralamat di Tingkat Bawah, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, KL. Puan boleh juga melayari Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) yang boleh dicapai melalui laman sesawang DBP untuk mendapatkan padanan bahasa Melayu bagi istilah bahasa Inggeris dalam pelbagai bidang. | Lain-lain | 24.02.2010 |
Assalamualaikum Sebenarnya saya cukup minat membaca Munsyi Bahasa oleh Muhammed Salehudin Aman dalam TUTOR yang disisipkan bersama akhbar Utusan Malaysia. Adakah terdapat sebuah buku tentang tulisan beliau itu? Saya ingin membelinya. Terima kasih. Zol kepli Yahaya | Kumpulan tulisan Munsyi Bahasa yang disiarkan dalam TUTOR oleh Encik Muhammad Salehudin Aman diterbitkan dalam buku bertajuk Mari Kita Berbahasa Jilid 1 dan Jilid 2. Buku-buku ini diterbitkan oleh Citra Kurnia Enterprise yang beralamat 7256, Jalan 18/10, tAMAN sRI sERDANG, 43300 Seri Serdang, Selangor. | Lain-lain | 07.10.2008 |
Bagaimana saya memohon sebarang kekosongan jawatan di DBP?Saya lulusan Diploma tapi tidak mempunyai pekerjaan buat masa ini dan sangat memerlukan pekerjaan yang tetap.Saya sudah mencuba untuk membuka borang kosong melalui Intenet tapi tidak berjaya. | Sdr boleh mendapatkan borang permohonan jawatan kosong dengan memuat turun melalui laman web DBP atau datang sendiri ke Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 54000 Kuala Lumpur atau melalui pos dengan menyertakan sampul surat berukuran 38sm x 25 sm bersetem RM0.40 dan beralamat sendiri. | Lain-lain | 28.04.2008 |
KEKOSONGAN JAWATAN DI DBP | Sdr, Sekiranya terdapat keperluan untuk mengisi sesuatu jawatan kosong, kami akan mengiklankannya melalui akhbar utama berbahasa Melayu iaitu akhbar Mingguan Malaysia dan juga disiarkan melalui laman sesawang DBP. Sdr. boleh menyemak iklan tersebut dan sekiranya berminat dan memenuhi syarat yang ditetapkan sdr bolehlah mengisi borang permohonan jawatan yang boleh dimuat turun melalui laman sesawang kami, atau datang untuk mengambil sendiri di Bahagian Pengurusan Personel, Tingkat 17, Menara DBP, Jalan Dewan Bahasa, 50460 KL atau mengehantar sampul surat bersetem RM0.40 berukuran 38cm x 25cm dan beralamat sendiri ke alamat seperti yang dinyatakan di atas. Pastikan permohonan sdr. sampai kepada kami pada atau sebelum tarikh tutup yang dinyatakan di dalam iklan. | Lain-lain | 10.11.2009 |