Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[be.ra.las]/[ber.a.las] | برالس

Definisi : 1. memakai alas, berlapik: cawan yg tidak ~; meja-meja itu belum ~ lagi; 2. mempunyai asas (sbg bukti, keterangan, dsb), berasas: kata-katanya tidak ~; 3. ki (bkn cakap) berhati-hati menggunakan kata-kata supaya tidak menyinggung perasaan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[be.ra.las]/[ber.a.las] | برالس

Definisi : memakai alas; berlapik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata beralas

Puisi
 

Baik beralas baik tidak,
     Gumbur-gumbur dalam puan;
Baik balas baik tidak,
     Kita berhamba dengan tuan.


Lihat selanjutnya...(2)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
apakah maksud bagai menumbuk beralas nyiru?Frasa ini boleh membawa maksud membuat pekerjaan yang sia-sia ataupun membuat kerja dengan mudah ataupun membuat  dua kerja dalam satu masa. Sila rujuk buku peribahasa bagi mendapatkan maksud yang lebih tepat. Makna07.07.2008
Grounded theory merupakan suatu pendekatan dalam kajian kualitatif di mana teori dibina berdasarkan data. Istilah 'teori beralas' digunakan di Indonesia. Bagi saya lebih sesuai 'teori berpasak' kerana teori dipasakkan ke atas data. Sesuaikah istilah ini digunakan?Cadangan padanan terjemahannya ialah teori bersebab atau teori beralasan. Walau bagaimanapun, saudara perlu melihat konsep dan takrifan teori tersebut dari segi bidang ilmunya.Lain-lain12.10.2009

Kembali ke atas