Apakah terjemahan untuk "grounded theory"? | Untuk makluman, istilah grounded theory tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah tersebut ialah teori bersebab atau teori beralasan. | Istilah | 30.09.2012 |
Apakah istilah grounded theory dalam bahasa Melayu | Untuk makluman, istilah grounded theory tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah tersebut ialah teori bersebab atau teori beralasan. | Istilah | 07.05.2012 |
Grounded theory merupakan suatu pendekatan dalam kajian kualitatif di mana teori dibina berdasarkan data. Istilah 'teori beralas' digunakan di Indonesia. Bagi saya lebih sesuai 'teori berpasak' kerana teori dipasakkan ke atas data. Sesuaikah istilah ini digunakan? | Cadangan padanan terjemahannya ialah teori bersebab atau teori beralasan. Walau bagaimanapun, saudara perlu melihat konsep dan takrifan teori tersebut dari segi bidang ilmunya. | Lain-lain | 12.10.2009 |
Assalamualaikum, Saya ingin bertanyakan renting beberapa perkataan yang tidak dijumpai di Dalam kamus dewan akan maknanya. 1. Grounded Theory 2. Trustworthiness 3. Dependability 4. Confirmability 5. Transferability 6. Scientific Rigour Mohon cadangan perkataan yang sesuai untuk diterjemah ke Bahasa Malaysia. Serian terima Kasih. SOPIAN 0194892464 | Cadangan padanan istilah seperti yang berikut: 1. Grounded Theory - Untuk makluman, istilah grounded theory tidak ada dalam pangkalan data kami. Walau bagaimanapun, cadangan padanan bahasa Melayu untuk istilah tersebut ialah teori bersebab atau teori beralasan. 2. Trustworthiness - kebolehpercayaan 3. Dependability – kebergantungan/kebolehharapan 4. Confirmability – sah/kesahan 5. Transferability – keterpindahan/kebolehpindahan 6. Scientific Rigour – ketegasan saintifik | Penyemakan dan penterjemahan | 26.10.2015 |